Tetibe, time aku tengah kemas2 bilik, aku terjumpa kalendar lama. Tahun 2004. Yang patutnya aku dah buang lama dah. Terus --- aku teringat cerita lama.
Rasa bersalah and berdosa aku yang tersorok lama --- keluar tiba2. Aku terus teringat cerita zaman UM dulu.
Nak kata minah popular, takde pon! Aku rasa, aku ni dalam kategori budak2 pompuan comot kat fakulti yang perasan bagos. Hahahah. Seriously, memang betol! Agaknya mungkin sebab aku ngan kengkawan aku ber-background-kan boarding school. Tu yang perangai masing2 --- speechless!
Masa tu, sesape saja yang berjaya tarik perhatian kitorang, kompem akan jadi bahan. Antara yang popular dengan gelaran yang kitorang bagi : Blur, Dindon and Abang Muda.
1) BLUR
Dia ni budak fakulti aku. Bekas budak VI. Setutor ngan sekuliah gak ngan aku. Dia budak kolej 3. Nak describe dia masa tu...agak gagah jugak la kalo nak banding ngan budak2 kuliah lain yang sekeping2 gaya band indon tu. Muka boleh tahan ensem. Tapi yang sangat obvious tentang Blur ialah dia sorang Mat Jiwang.
Aku kenal Blur camni. Aku ni mmg minat sangat ngan subjek Data Structure. So, one day...tutor aku declared kat lab, sesapa nak blaja solution soklan leh refer kat aku. Orang len wat dek je. Tapi Blur sorang je kejar aku sampai luar fakulti. Nak kata nervous, of coz sangat! Hahaha...den lom ponah kono ngorat kat kuliah cam dalam drama tu.
Tapi potong stim betul bila Blur bukak mulut. "Saudari, boleh berkenalan?"
Saat tu jugak aku tros ilang mood. Saudari??? Dey, brader...ni zaman biler ni? But of coz aku tak cakap macam tu. Aku angguk je. So, kebetulan aku nak jalan ke kolej 3. Mamat ni offer diri untuk jalan saing ngan aku. Banyak laa dia tanya, itu dan ini...tapi dek kerana den mmg dah ilang minat, den layan tak layan jer.
Mungkin kitorang yang terlalu childish and kekampungan kot? Or Blur terlalu matured untuk jadik kawan aku. So, cerita Blur ber-saudarikan aku tu, tersebar ke geng2 aku yang lain. Asal nampak bayang Blur je, kitorang gelak besar. Nitti, Mona, Nai, Emod, Matun, Kak Farah, Jelik and geng...sume tahu!
Memula Blur tak perasan. Dia masih lagi layan aku baik. Masih lagi ambil tempat duduk sebelah aku. Pantang nampak aku menguap, mesti offer gula2 and chocolate. But masa tu, wave and language tak sama. Everytime dia ajak borak, aku nak tido. Until satu hari, masa dalam kuliah --- dia baru masuk and tegur aku. Tetibe sume kengkawan aku gelak besar (aku sorang je yg tahan gelak). Aku rasa start dari situ dia perasan. Aku masih teringat macam mana muka dia berubah. Sejak hari tu, Blur mula jauhkan diri. Dan sejak dari tu jugakla, rasa bersalah aku tersimpan dalam hati --- sampai skarang.
2) DINDON
Ada seorang mamat, yang obviously umurnya lebih tua dalam 5 tahun daripada kitorang. Kenapa panggey Dindon? Nama dia orang panggil Din dan muka dia...(Rasanya aku tak perlu explain 'Don' tu dapat dari mana). Ye...memang aku jahat. Tapi tu dulu.
Peristiwa yang sangat memalukan. Aku ngaku, aku antara orang2 yang selalu gelakkan Dindon dulu. Tapi rasa terkena tamparan kat muka sendiri bila satu malam, masa aku ngan geng2 aku stay back kat kolej 3 untuk buat thesis. Lepas midnight, baru kitorang decided nak balik kolej/umah memasing. Selalunya banyak je teksi yang lalu-lalang ambil passengers but malam tu, satu kelibat teksi pkn takde. Puasla kengkawan aku run-tru semua contact list dalam handset masing2. Semua orang yang berkereta tak available. Last option: call Dindon!
Dengan muka tebal, member aku call Dindon. Tak sangka, orang yang kitorang jadikan bahan lawak tulah yang sudi tolong kitorang. Masa tu Dindon tengah main pool. Dia sanggup jemput kitorang (4 orang) dari kolej 3 and hantar sampai depan umah kat Pantai Dalam. Siap pesan, soh berhati2 lagi. Sebelum kuar dari kete, Dindon bagi kalendar sorang satu.
Persoalannya, mana nak letak muka yang tebal tu??? Tapi mmg dah sah, kitorang punya muka mmg tebal. Masing2 berlakon macam baik. Dalam hati, hanya Allah SWT je yang tahu. Lepas sampai rumah, kitorang terus takleh tidur. Rasa malu teramat sangat dengan diri sendiri. Malam tu jugak, aku dan kengkawan aku berazam untuk berubah. Sejak hari tu jugak, kitorang banned diri sendiri dari kutuk/gelakkan Dindon.
3) ABANG MUDA
Abang Muda ni kitorang bagi gelaran sebab secara pakejnya --- memang semua tak kene. Yang pastinya, dia memang sebaya but tak nampak langsung macam sebaya. Dengan cermin mata frame tebal, kupiah, ngan seluar baggy yang digulung hujung kaki. Tulah sebab, Abang Muda berjaya tarik perhatian aku ngan kengkawan aku.
Citer dengan Abang Muda tak banyak. Setakat selisih --- gelak --- bertembung --- gelak lagi --- dah memang jadi bahan lawak yan permanent. Disebabkan masa tu, diorg gelakkan aku dengan Blur and Nitti dengan Dindon --- Abang Muda ni kitorang serah dengan besar hati pada Mona.
Abang Muda tak penah buat salah pape. Kitorang yang jahat. Mengata, mengutuk memanjang.
True. Ini semua cerita lama. Cerita tentang budak2 yang masih mentah dan tak berapa kenal tentang hukum-hakam agama. Ini semua cerita dulu. Aku rasa, tak ada sesiapa pon tahu perasaan guilty aku ni terbawa2 sampai skarang.
Disebabkan wujudnya Blur, Dindon dan Abang Muda dalam hidup aku, aku berhenti daripada judging orang berdasarkan rupa paras. Aku stopped mengutuk dan menggelakkan orang lain.
Personally, aku dah cuba cari ketiga2 orang ni tru kawan2 lama, FB or twitter...aku nak mintak maaf. Tapi tak jumpa. Dan pengajaran yang aku terima sehingga sekarang, ialah rasa bersalah aku yang hebat kat diorg. Mungkin tu antara satu sebabnya, kenapa aku tak terbuang kalendar lama yang Dindon bagi.
To Blur, Dindon dan juga Abang Muda: Aku mengaku jahat. Kolot. Banyak buat dosa kat korang. Aku tahu korang memang perasan. Mustahil korang tak terasa setiapkali aku dan kawan2 aku gelakkan korang depan2. Tapi aku dah berubah. Aku nak berubah. Demi Allah SWT, aku minta maaf banyak2.
Kalau diberi peluang untuk berdepan dengan korang dan minta maaf, aku sanggup!
Semoga lepas ni, rasa bersalah aku kat korang --- takde. Amin.
Friday, September 2, 2011
Blur, Dindon & Abang Muda --- Ampunkan Aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Kalo jumpa balik Blur & Dindon, along nak sponsor diorang kuih raya setiap jenis satu balang wokeyyyyy :)
Kalau jumpa balik Blur, cakap kat dia, aku nak berkenalan! hehehe...
Sumpah aku sanggup buat aksi "saudara, boleh kita berkenalan?" sebab sepertinya, lelaki mcm dia sgt rare di zaman kini.
Along, kuih raya jek? Hahaha..baik sponsor angah.
Farina, kalo skang ni...baik aku yang tanya sendiri. "Assalamualaikum saudara. Boleh berkenalan?" Hahahaha....aku baru matang nih. =P
Post a Comment