Okay, pagi hari Khamis lalu sampai je opis --- aku dah takleh nak pikir apa. Jantung aku degup agak laju.
As always, aku bertolak dari umah lepas je Suboh, sampai kat tol Jalan Duta tu dalam kol 6.20 pagi. Selalunya kereta memang tak banyak pun pagi2 tu. Jalan memang lengang.
Tup2 aku ternampak lampu merah atas jalan. Bila aku dekatkan kete, baru aku perasan ada motorsikal terbalik atas jalan raya kat bahu jalan. Pastu ada sorang laki terbaring tak jauh dari motor --- tak gerak sikit pon. Aku tatau sejak bila orang tu dah terbaring kat situ.
Yang aku heran, pesal kete lain yang lalu semuanya tak berenti? Seriously, aku memang panik and clueless nak wat apa. Aku perlahankan kete, and tekan hon.
Ikut hati, aku memang nak keluar tengok lelaki tu. Aku macam nampak darah. Tapi akal aku soh duduk je dalam kete sampai orang lain datang. Kalo aku anak jantan, okeylah. Tapi skarang ni, kalo kene apa2 --- orang akan salahkan aku gak sebab berlagak berani. Yup, aku memang takut. Tu pertama kali aku berhadapan ngan kejadian macam tu.
Alhamdulillah, lepas aku berhentikan kete je ada dua kerete belakang aku buat perkara sama. Aku nampak ada orang laki keluar nak hulurkan bantuan. Masa tu kepala lutut aku dah lemah. Kepala aku masih berfikir2 jugak samada nak keluar sama atau pun terus blah.
Banyak gak soklan --- Kalo aku terbaring atas jalan sebab kemalangan, tanpa bantuan --- mesti dah jadi citer sedih. Aku mesti tolong. TAPI, dibuatnya, orang2 laki yang menolong tu pun orang jahat? Diorang ni sume berlakon accident??? Macam mana? Hmm --- yang pasti cerita Gerak Khas favourite nenek aku, serba-sedikit ada datangkan kesan dalam proses membuat keputusan.
Yang penting, dah ada orang berhenti untuk tolong. Sebelum jadi apa2, aku kena selamatkan diri dulu.
Aku terus gerak dari situ. Sempat gak aku nengok beberapa kete lain berhenti. InsyaAllah orang tu selamat. Keluar daripada kawasan tol, aku ingatkan perasaan aku dah okay. Tapi sadly NO. Aku bebetul rasa terkilan sebab tak dapat tolong. Rasa macam nak patah balik je.
Even masa kat opis pon, aku sempatlak berfikir --- apa sepatutnya yang aku perlu buat dalam keadaan macam tu?
InsyaAllah, ALLAH SWT tahu niat aku baik. Aku memang nak menolong tapi aku takut. Dalam keadaan panik, aku cume boleh pikir perlahankan kete dan tekan hon untuk panggil orang lain. Mungkin kemalangan tu berlaku tepi jalan, kat tempat yang orang tak berapa perasan.
Dan insyaAllah, kalau ada 2nd time bagi keadaan yang sama, aku tetap akan buat perkara sama gak : berhentikan kereta dan tekan hon sampai orang lain datang. Dan --- buat panggilan kecemasan. Aku baru perasan, yang aku tatau nak dail nombor apa kalo nak tepon polis. 999 ke 911 ke??? Patutla tak teringat nak cari handphone.
Untuk orang lain --- please store this number 999 in your handphone. Kalo dok luar negara baru dial 911 ye. =)
Tapi lain keadaannya kalo aku bukan sorang dalam kete. InsyaAllah, aku akan tolong orang yang terbaring atas jalan tu. Tapi kene gak bawak baseball bat dalam tangan --- just in case. He he he.
Inilah nasib sorang pompuan. Nak jadik berani perlu kene dengan tempatnya. Zaman skarang, macam2 cerita boleh jadi. Ustazah dengan anak lelaki pon boleh kene bunuh dek jiran sebelah rumah. Kita memang perlu selalu berhati-hati.
No comments:
Post a Comment