Friday, October 15, 2010

21 Hari Perjalanan Mencari Diri - Menawan Eropah (Day 2)


Hari Kedua : Amsterdam & Volendam

Awal pagi, kitorang dah mula bertolak tinggalkan kawasan perkhemahan. Badan mula rasa lain macam. Maklumlah dah lebih 20 tahun aku tak tidur dalam khemah. Nasib baik cuaca kire okay. Taklah menggigil sangat.

 
Pemandangan dari dalam bas. Macam sejuk je perut bila tengok 
banyak lembu di tengah2 kehijauan. Moooo.....

Souvenirs yang dijual di kedai.
Clogs dijadikan pasu bunga. Cantik!!!
Hari kedua, kitorang dibawa ke perkampungan nelayan Dutch - Volendam. Tapi sebelum tu,  singgah dulu kat kedai untuk beli souvenirs. Tempat ni memang terkenal ngan clogs dan keju.

Aku beli pembuka tin ngan mug kat sini. But too bad, mug yang aku beli tu pecah dalam aeroplane. Later aku citer apa jadik. Nak citer skang, dah tak best lak sebab cerita dah tak ikut turutan hari dan kejadian. =P
Kat kedai ni memang ada bermacam2 jenis clogs. Bila gantung banyak2 dan tersusun atas kepala --- jadi cantik pulak. Di sini gak kitorang diterangkan bagaimana cara nak buat clogs ni. So, sebenarnya kalo worse comes to worst, aku leh bukak kedai buat dan jual clogs ni kat Malaysia. Manalah tau, dapat sambutan hangat and boleh kalahkan pasaran Crocs tiruan kat pasar malam tu? He he he.


 Bergambar kenangan dengan wanita Dutch. Bila tengok balik, aku macam rasa pompuan ni ditenggelamkan oleh 'kejelitaan wanita2 melayu laks'. Sebab tak menonjol lak dia dalam pic ni. (Ha ha ha --- walopun sebenarnya ditenggelamkan dek sebab lain!)
Pelbagai jenis keju disusun mengikut perisa. Awas. Banyak juga yang TAK HALAL. But again, malas bertanya --- boleh ter-sesat agama.

Ada cerita kelakar di sebalik gambor keju kat atas ni. Agak lama jugak kitorang 'dilepaskan' kat kedai cheese and clogs ni. Ntah macam mana, aku boleh terlupa nak merasa keju2 yang sudah siap dipotong. Bila masing2 mula naik bas, baru kepulan2 awan yang ada gambar keju terawang2 atas kepala aku. Owh, damn!

Arrgghhhhh --- very torturing! As usual, automatically aku akan tertunjuk sifat pasif (muka berfikir) aku depan kengkawan lain. Masa tu Ruby tanya aku, "Rena ni mesti tengah pikir something. Pikir apa tu?"

Aku jawab, "Kita lupa nak rasa keju tu la. Serba-salah ni, nak turun ke tak nak. Orang dah mula naik. Ruby sempat rasa tak?"

Ruby jawab, "Kita dengan Nora dah rasa tadi."

Aku diam lagi. Masya-Allah, perasaan masa tu memang berkecamuk. Macam tengah pikir masalah besar negara. Hati aku makin meronta2 bile dengar Ruby citer pasal perisa keju yang menarik dan pelik --- of course la tak ada kat Malaysia! Aku ni cheese-lover!!! Dan telah menjadi satu kesilapan besar bagi Kementerian Keju Malaysia, kalo pulang tanpa memori makan keju kat negara orang. Rugilah wooo.....

Bas makin penuh. Tapi geram punya pasal, aku ajak gak Ruby turun. Kene tunjuk aku kat mana tempat keju. Siap pesan lagi kat tour agent, tunggu sat --- aku nak cari 'mende' kat dalam kedai tu.

Dan, Alhamdulillah --- aku merasa bermacam2 perisa keju --- yang pedas, yang masin dan yang lemak!!! Bessshhhh. Puas hati.

Memula aku ingat nak beli sepasang kasut kayu ni bawak balik Mesia. Tapi lepas pakai, datang pulak perasaan takot kalau2 jejaka2 Dutch ter-berkenanlak nak ikut aku balik Mesia. Eheheh....teros tak jadik beli.
 The Big Clog
 Meet me @Bristol ya! =P
 Antique, huh?
 @the Traditional Windmill
Nak ke mana kita?

Lepas puas membeli-belah dan posing ambil gambar masing2, baru berpeluang makan seafood dan bergambar dengan pakaian traditional Dutch kat Volendam. So, aku berkesempatan gak jadik Dutch Lady. 

Kedai diamond - Biesterveld Diamantairs

Kat sini jugak berkesempatan untuk belajar cara2 memotong diamond. Satu lagi proses penambahan ilmu yang aku dapat kat sana.
 The Dutch Ladies - Kami menunggu Abang Baju Merah pulang dari medan perang. He he he.
 Sambil berjalan, sambil menikmati pemandangan yang cantik. Dingin lagi!
 Setelah membeli pancake yang sedap tapi mahal.
 Chocolate-Syrup Pancake
 
Kedai menjual fish & chips & seafood
   
Seafood, yumm yumm. Berhati2 juga masa memilih makanan. Bagi yang ada alahan, perhati dulu seafood apa yang you all nak beli tu. (Bertanya tu penting, ya!)

Satu perkara yang menarik kat tempat ni ialah cuaca yang dingin dan mendamaikan (chewah), dan hiasan bunga kat rumah2 penduduk kat situ. Seriously, memang cantik. Macam ada pertandingan rumah paling cantik pulak! Obviously, penduduk kat sini mementingkan kebersihan.

 Bunga yang ditanam pun segar2 belaka.
 Sangat cantik! Kan?
  
Hiasan macam ni ada pada hampir setiap rumah tau....

Pada hari kedua ni, aku mula menambah kenalan dengan budak2 yang join trip ni. Tapi masih malu2 kucing jugaklaa nak menegur sbb aku ni kan originally sorang yang pemalu. LoL.

Okay, pics ni baru cover setengah hari. Setengah hari lagi baru kitorang ke kota Amsterdam. Yok, berehat dulu!!!

Thursday, October 14, 2010

Pesanan untuk Sahabat Gadoh-ku

Pompuan, aku tau ko tengah sedey. Aku pon sedey gak. But this is life. Setiap orang ada cerita masing-masing. Welcome to my world!!! Kita takkan selalu dapat apa yang kita nak.

Aku baru habis ber-family meeting dengan ibu ngan nenek aku. Walopon buat kali ke-3 aku dengar syarahan yang sama, tentang isu yang sama dalam hidup, aku tetap ngan pendirian aku. Syarahan kali ni, aku nampak ibu aku dah agak 'longgar' berbanding dulu. Tak cepat melenting bila aku bagitau rancangan aku. Nenek tak banyak cakap, mungkin sebab tak berapa dengar. Syukur alhamdulillah.....

Dunia ni Allah cipta cukup besar, banyak tempat, pilihan dan peluang lain. Ko down pon tak guna, sebab even kalo ko sakit --- orang lain tetap akan sama. Aku tetap akan ketawa besar sambil goyang2 pipi tanpa teringat ko tengah menangis air mata darah kat kampung tu. Bangunan tu tetap teguh gak kat situ. Memang pedih kalo nak terima kenyataan --- Trust me, I know how it feels. 

Rezeki orang lain2.  Ada orang rezeki melimpah-ruah pon hidup tak happy. Asyik merungut gak. So, what the heck gurl? 

Ingat, you have to live your own life. Don't let other people control hidup ko. Aku pun buat mistakes yang sama. Aku ter-biarkan hari2 terakhir ni tentukan masa depan aku. Agak bodoh. Walopon sakit nak terima, it is a part of my learning phase. Next time, kita kena pastikan tak berulang lagi. Buat bende yang ko enjoy dalam dunia. Kalo ko suka travel, yok ikut aku - packing cepat. Kalo ko sakit hati ngan comments mak2 bedah yang bermuka2 depan ko kat FB tu --- Delete je status thread ko tu. Tak pon, remove je dari friends list ko. Kalo ko nyampah nengok muke aku, delete je muka aku teros. =P Nak wat canne, ramai orang dengki ngan profile pics aku. Ha ha ha.

Kita tak boleh baca apa ada dalam kepala orang lain. But you know what's in your own head. Kita tak tahu pon apa sebenarnya berlaku. Promises to promises. Tapi kesudahannya, Na Da. Aku sendiri pon tak dapat jawapan yang aku nak dengar. Just anggap manusia hanya boleh merancang, tapi ALLAH SWT yang tentukan.

Buck up, gurl! Ko kan kawan gadoh aku. Jangan jadi lemah sangat! Ko kene tunjuk kat depa yang mainkan perasaan kita --- ko jadik lebih kuat sebab perkara ni. In fact, ko kene ucap terima kasih kat diorg sebab jadikan ko lebih tabah. The rest, kita serahkan je pada Allah. Kalo depa sengaja mainkan, biar Allah SWT yang balas. Ingat depa suma ada anak2 dan keluarga. Kalo tak sengaja, sebagai hamba Allah SWT, kita maafkan saja. Sebab kita tak tahu apa sebenarnya berlaku. Tak ada orang berani nak explains. And due to that --- takkan kita nak terukkan lagi hidup kita?

My point is, yang penting, diri kita sendiri. Kita yang boleh memilih untuk terus2an makan hati atau pun cari jalan untuk gumbira. Bak kata ibu aku, kalo kite tuding satu jari kat orang bodoh, empat jari tuding pada kita balik sebab kite pilih untuk hidup dengan orang bodoh. (Itu ibu aku yg cakap. dia soh ko start packing utk hujung bulan. Suma dah ready.) Betullah tu, kalau kita hidup di kalangan orang2 bodoh dalam satu tempoh yang lama, penyakit akal tu akan berjangkit juga. Kita perlukan exposure, babe!!!

So, friend --- no regrets in life!!! Aku bosan kalo tak bergadoh ngan ko. =(

Friday, October 8, 2010

Perlu ke Menolong Lelaki tu???

Okay, pagi hari Khamis lalu sampai je opis --- aku dah takleh nak pikir apa. Jantung aku degup agak laju.

As always, aku bertolak dari umah lepas je Suboh, sampai kat tol Jalan Duta tu dalam kol 6.20 pagi. Selalunya kereta memang tak banyak pun pagi2 tu. Jalan memang lengang.

Tup2 aku ternampak lampu merah atas jalan. Bila aku dekatkan kete, baru aku perasan ada motorsikal terbalik atas jalan raya kat bahu jalan. Pastu ada sorang laki terbaring tak jauh dari motor --- tak gerak sikit pon. Aku tatau sejak bila orang tu dah terbaring kat situ.

Yang aku heran, pesal kete lain yang lalu semuanya tak berenti? Seriously, aku memang panik and clueless nak wat apa. Aku perlahankan kete, and tekan hon.

Ikut hati, aku memang nak keluar tengok lelaki tu. Aku macam nampak darah. Tapi akal aku soh duduk je dalam kete sampai orang lain datang. Kalo aku anak jantan, okeylah. Tapi skarang ni, kalo kene apa2 --- orang akan salahkan aku gak sebab berlagak berani. Yup, aku memang takut. Tu pertama kali aku berhadapan ngan kejadian macam tu.

Alhamdulillah, lepas aku berhentikan kete je ada dua kerete belakang aku buat perkara sama. Aku nampak ada orang laki keluar nak hulurkan bantuan. Masa tu kepala lutut aku dah lemah. Kepala aku masih berfikir2 jugak samada nak keluar sama atau pun terus blah.
Banyak gak soklan --- Kalo aku terbaring atas jalan sebab kemalangan, tanpa bantuan --- mesti dah jadi citer sedih. Aku mesti tolong. TAPI, dibuatnya, orang2 laki yang menolong tu pun orang jahat? Diorang ni sume berlakon accident??? Macam mana? Hmm --- yang pasti cerita Gerak Khas favourite nenek aku, serba-sedikit ada datangkan kesan dalam proses membuat keputusan.

Yang penting, dah ada orang berhenti untuk tolong. Sebelum jadi apa2, aku kena selamatkan diri dulu. 
Aku terus gerak dari situ. Sempat gak aku nengok beberapa kete lain berhenti. InsyaAllah orang tu selamat. Keluar daripada kawasan tol, aku ingatkan perasaan aku dah okay. Tapi sadly NO. Aku bebetul rasa terkilan sebab tak dapat tolong. Rasa macam nak patah balik je.

Even masa kat opis pon, aku sempatlak berfikir --- apa sepatutnya yang aku perlu buat dalam keadaan macam tu? 

InsyaAllah, ALLAH SWT tahu niat aku baik. Aku memang nak menolong tapi aku takut. Dalam keadaan panik, aku cume boleh pikir perlahankan kete dan tekan hon untuk panggil orang lain. Mungkin kemalangan tu berlaku tepi jalan, kat tempat yang orang tak berapa perasan. 

Dan insyaAllah, kalau ada 2nd time bagi keadaan yang sama, aku tetap akan buat perkara sama gak : berhentikan kereta dan tekan hon sampai orang lain datang. Dan --- buat panggilan kecemasan. Aku baru perasan, yang aku tatau nak dail nombor apa kalo nak tepon polis. 999 ke 911 ke??? Patutla tak teringat nak cari handphone

Untuk orang lain --- please store this number 999 in your handphone. Kalo dok luar negara baru dial 911 ye. =)

Tapi lain keadaannya kalo aku bukan sorang dalam kete. InsyaAllah, aku akan tolong orang yang terbaring atas jalan tu. Tapi kene gak bawak baseball bat dalam tangan --- just in case. He he he. 

Inilah nasib sorang pompuan. Nak jadik berani perlu kene dengan tempatnya. Zaman skarang, macam2 cerita boleh jadi. Ustazah dengan anak lelaki pon boleh kene bunuh dek jiran sebelah rumah. Kita memang perlu selalu berhati-hati.

Wednesday, October 6, 2010

21 Hari Perjalanan Mencari Diri - Menawan Eropah (Day 1)

Bagi orang lain, mungkin cerita yang dah lama lepas dianggap basi. Tapi bagi aku --- cerita aku menawan Eropah ni takkan basi sampai bila-bila. Mungkin aku akan kenang sepanjang hidup aku. Banyak benda menarik happened wooo.....But 1st thing yang aku perlu ucapkan --- thanks a lot kat member 'jabatan-jiran' - Ruby sebab bagi aku kekuatan and kata2 motivasi (chewaaaah) untuk keraskan hati dengan keputusan aku tinggalkan Malaysia --- ha ha hacheeehhh!!!!

Hmmm --- sampai ke hari ni korang masih lagi tuntut hutang cerita aku sepanjang 'berlung-ling-lung-ling' kat Eropah. Aku pon confuse nak ucap terima kasih sebab concern kat aku ke atau naik angin sebab mintak aku update blog macam nak tuntut hutang --- he he he --- TAPI demi janji2 manis yang aku dah bagi --- Alhamdulillah aku dapat tunaikan hari ni. (Semangat jitu tu yang penting!)

Okay, info pasal trip ni?
Tempoh Trip = 15 hari
Nama Trip = 15 Days 'Conquest of Europe' (eh, nama trip pon dah explained sume?)

Hari Pertama : London ke Amsterdam
Hari Kedua : Amsterdam & Volendam
Hari Ketiga : Frankfurt
Hari Keempat : Fussen
Hari Kelima : Innsbruck ke Venice
Hari Keenam : Venice
Hari Ketujuh : Florence ke Rome
Hari Kelapan : Rome
Hari Kesembilan : Rome ke Pisa
Hari Kesepuluh : Swiss Alps
Hari Kesebelas : Lauterbrunnen & Swiss Alps
Hari Keduabelas : Paris
Hari Ketigabelas : Paris
Hari Keempatbelas : Disneyland Paris
Hari Kelimabelas : Paris ke London
Soklan yang korang suka tanya aku --- berapa ringgit aku habiskan untuk trip ni? Errkk --- kengkawan, depan korang aku mmg senyum jek. Tapi since aku dah soh korang baca blog aku, aku selitkan sesi syarahan aku sket. Soklan korang tu macam lebih kepada nak tau brapa aku belanja untuk trip ni. Aku rasa mungkin niat korang sebenarnya nak tahu, berapa harga trip ni kot?

Harga trip yang aku join ni: £579

Korang convertla sendiri ikut current rate. The rest tu, korang campurlah sendiri harga flight ticket, nak sewa umah ke, bilik ke, shopping ke --- terpulang kepada bajet yang korang ada. 

Tips? Aku belajar daripada trip kali ni, sebelum pergi WAJIB bawa barang2 keperluan yang penting seperti :
1) beg vakum
2) stoking tebal
3) panadol, pil sakit tekak, pil sakit perut, pil migrain
4) krim pelembab muka
5) tuala wanita (untuk wanita sahaja okay!) --- bla bla bla --- list lengkap, korang leh mintak aku nanti. Agak panjang gak kalo nak tulis kat sini.

Tips ni bagi insan2 kesayangan Malaysia yang tak pernah jejak negara orang macam aku. Again, thanks a lot to Ruby yang jadik pembekal barang2 penting ni untuk aku. Haa --- bagi orang yang ada masalah penghadaman, bawalah pil Chi-Kit Tek Aun. Ini aku tak tipu, kan Ruby? Ha ha ha wink~!

Sebelum pergi, walopun Ruby dah pesan --- reaksi aku maintain jek. Krim pelembab muka? WTH, kat Mesia pun aku tak pakai. Konon macam kewl laa. Tak yah nak gurly-gurly. Bila kulit muka dah pecah2, barulah paham.

Haa --- bila join trip macam ni --- yang tawan satu negara dalam satu hari --- adalah diWAJIBkan menitik-beratkan benda2 yang remeh ni. Pil sakit tekak Ruby, habis gak aku telan tetiap hari. Kita lom tahu kesesuaian badan kita kat negara lain. Cuaca depa kat sana tak sama ngan Mesia.

Actually aku sampai dua (2) hari lebih awal kat London. Hari ke-3 kat sana baru aku join the trip. So aku post je la pics aktiviti aku mentara menunggu trip mula. Cuaca kat London sangat best masa ni. Tak sejuk sangat.

 Sebelum bertolak. Masih lagi sempat berposing sebelum kene tegur ngan staff LCCT.

 
@Holliday Inn Express, London Stansted   


Ada cerita di sebalik hal tags kat bantal ni. Keh keh keh. Biorlah jadik rahsia antara aku ngan Ruby. Kitorg buat hal kat negara orang. Seb baik selamat balik Mesia.

Serangan 'anak ikan' pertama. Driver Easy Bus yang bawak kitorang from Stansted Airport ke Church Street London.

Bukti kebusanan. Maklumlah satu jam perjalanan. Driver ni ada muka ala-korean sket. Tu yang tetibe semangat gatal aku naik. Image kat mirror pon aku amik. annyeonghaseyo, oppa!!! 

Kedai pertama yang aku nampak. The Sherlock Holmes Museum. Kat London, style kedai memang comel2 camni.

@Rumah Ummi kat Blackwater House. Sempat berkenal2an ngan kakak2 ni. Yang pakai tudung coklat ni, senior aku kat SSP rupanya!!! It's a small world!!!

Rumah Ummi ni boleh tahan gak selesanya. Nak cari makan pun senang. Bawah umah ada daily market and Tesco. Halal food restaurants pun bersusun kat bawah tu. Tren yang paling dekat is Edgeware Road. 
Oyster Card
Haa --- bila dah sampai London, kene khatam dulu laluan2 tren. Kat atas ni ialah Oyster Card aku. Aku punya excited guna Oyster Card ni. Hmm --- wondering, how come kat Malaysia diorg takmo tiru sejibik sistem oyster nih? 

Nak tahu lebih lanjut, korang Google la sendiri eh! =P



Kejakunan yang ketara. Asal jumpa train station jek, aku stop sat nak amik gambor kenang2an. Yang penting walaupun Hugh Grant ngan Julia Robert takde masa tu, aku dah pijak tapak kaki diorg wooo!!!

Buah cherry (kalo aku tak silap). Buah ni banyak betul aku jumpa tepi2 jalan. Kakak2 yang aku kenal kat umah Ummi tu pon suka beli and makan buah ni. Macam makan asam lak!

 Yang TIADA di MALAYSIA. Korang pernah tak jumpa kedai buah2an yang dihias/susun sekreatif ini???


Malaysia Hall London
Aku sempat temankan member yang dah lama tak makan char kuew tiow kat gerai Malaysia ni

Kat Malaysia Hall ni, susah betul aku nak decide nak makan apa. Cam kelaka pulak --- datang jauh2 tapi makan Malaysia food gak. Tapi curiousity untuk merasa food ni tetap ada. Jadi (jangan gelak!) aku pilih ROJAK. Kah kah kah --- yeah, aku mmg blur!!!

Rojak Mahalku
@Pintu depan Malaysia Hall
Kat sana, walopun baru dua hari tinggalkan Mesia, aku (again) seperti orang jakun tiap2 kali nampak bendera Mesia berkibar. Hidup anak Malaysia!!! Nasib baik tak nyanyi lagu kebangsaan jek.
 Thistle Marble Arch
 Seriously, aku tak tahu arca apa sebenarnya yang kat bas merah tu. Yang berbelang2 tu, hmm --- sangat comel!

 Hari Pertama : London ke Amsterdam

@Park Lane
Yang pegang kertas senarai nama tu, kitorang namakan Abu Tausin. Anggap je lah dia antara insan 'favourite' aku.

Ini masa penentuan antara Bas 1 atau Bas 2. Nama aku ngan geng2 bas skolah aku termasuk dalam Bas 2.

Secara keseluruhannya, peserta mmg ramai students Malaysia. Bebudak lagi diorg ni. Ada jugak yang bawak satu family.

 Belgium - @Belgian Chocolate Factory

Yang TIADA di MALAYSIA - Kalau mata masih berfungsi dengan baik, kat atas ni antara bentuk coklat yang ada dalam factory ni. Memula agak culture shocked. Sangat gross!!! Ada ke orang nak makan???

Kalau nenek aku nampak pics kitorang ngan 'boops and willy choc' ni, mahu dia kejar ngan batang penyapu. =P


@Camp Site near Amsterdam. Sekarang dah handal pasang dan tidur dalam khemah!

Okay frens! Please make sure kalau nak ber-backpack tu, you find out about tempat penginapan. Macam aku, memang dari awal dah prepared nak tidur dalam khemah. Tak letak high-expectation. Jadi Alhamdulillah, tak ada masalah.

Hari pertama tidur dalam khemah, seriously aku tak berapa ingat sangat macam mana perasaan aku. Yang aku ingat, aku sangat kepenatan! =P

Tamat dah cerita Hari Pertama Trip. Aku sambung Hari Kedua later kay! Mata aku dah ngantuk.

Peace.