Saja aku nak layan jiwang sekali-sekala. Sementara mengemaskini dokumen2 peribadi, aku tergerak hati lak nak meng-update blog petang ni. Sekarang aku dalam Fasa Pengujian Jiwa dan Penabahan Hati.
Baik aku warn awal2 --- sajak2 jiwang ni xde kene-ngene ngan hal keje. Almaklumlah manusia memang suka buat assumptions =P. He he he. (Termasuk aku yaaa.....aku tak tuduh sesiapa).
Happy? Owh semestinya!!! Kenapa tidak, kan? Aku berpeluang menghadap pengalaman2 yang menarik dan belajar tentang banyak perkara kebelakangan ni. Oleh kerana pelbagai cerita menarik setiap hari, aku tak kebosanan. =P
Terutama sekali selepas aku hadap semua peristiwa2 pelik sensorang diri. Hari Sabtu lepas, pakcik mekanik aku tanya, samada aku ada hentam lubang jalan raya ke tak? Ni bukan soalan pertama yang aku terima dalam bulan ni dan bulan lepas. Dah banyak kali aku jawab. Memang takde! Kalo ada, aku sure akan sengih dan mengaku. Buat apa nak berlakon jadi orang jimat-cermat di jalan raya, kalau realitinya bukan?
Last2 dia pesan, aku perlu berhati2 berkawan. Aku perlu kurangkan bergaul dengan sesiapa saja. Hmm --- demi Allah, dalam bulan ni aku ada terima advice yang sama daripada tiga orang yang berlainan. Orang2 ni lak sumanya ada kene-ngena ngan kete aku. Masalahnya, kalo cakap bunga2, aku payah nak paham. Kenapa kena kurangkan bergaul?
Bila dah terima advice yang pelik camtu, semangat curious aku makin menjadi2. Even Kak Zimah, colleague opis aku pun ada bagitahu 'sesuatu' yang buat hati aku tak sedap. Si Putih pun tetiap kali aku balik, dia punya intai bawah kete aku cam lain macam je. Apa masalahnya????
Okey, aku nak percaya benda2 yang tak nampak ni --- memang masalah sket. Sebab aku ni jenis orang yang penakut. Aku pandai cakap tapi tak berani nak hadap. Lagi2 membesar kat area Kuang, apa benda yang aku tak pernah nampak dan bertegur-sapa? Aku takmo hadap lagi. Huhuhu ----- tapi, apa salah aku???? Untuk kuatkan hati, aku redha je apa yang dah jadi dan anggap semua perkara tu berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin ALLAH SWT sayangkan aku lebih dan beri aku ujian untuk jadikan aku lebih kuat dan tabah. Wallahualam.
Hal kete aku ni lom habih lagi, dah tambah lak hal2 lain. Kete aku --- hari tu, batteri kong, pastu oil filter pecah tiga kali dalam minggu yang sama, pastu wiper aku gila, stucked masa hujan tengah lebat, then --- lampu dalam kete aku menyala sesuka hati, radio berenti sesuka hati ---- kete berenti and jalan sesuka hati --- now batteri dah OK, tapi alternator lak rosak. Aku dah tukar tapi tup2 motor wiper lak problem. Tapi persamaan yang aku perasan, suma orang yang baiki kete aku --- samada yang kenal dan sekampung atau pun yang tolong aku kat tepi jalan --- cakap benda yang sama : Bawah kete aku ada kesan remuk macam kene ketuk atau aku langgar lobang!!!! Yang peliknya, dah betulkan pun remuk lagi ke? Padahal takde pun lubang yang aku lanyak.
Atas nasihat daripada beberapa orang tua kat kampung aku (termasuk nenek kesayangan), aku ada amalkan beberapa surah dan ayat Al-Quran. Tapi lain lak jadinya --- dah beberapa malam, aku diganggu lak. Ibu aku pun sampai dah takmo temankan tido lagi. Woooiiiiii, canne aku nak survive ni? Gangguan canner, biarlah aku yang hadap tetiap malam simpan sendiri. Yang pasti --- sekarang alhamdulillah, aku dapat atasi masalah tu. Betul ke ada orang marah sangat kat aku???
Sekarang, hal kereta dan 'gangguan' tengah malam aku dah cuba atasi tapi hal lain pulak yang jadi. Mula2 camera baru yang aku beli tak sampai seminggu hilang dari atas meja, pastu shawl hitam hadiah daripada geng2 HLB missing dan belum jumpa lagi ---- hari ni aku perasan headphone aku hilang!!!! Woiiiiii siapa nak cari pasal lagi? Frankly speaking, aku dah letih laa nak layan perihal remeh-temeh ni. Apa2 yang aku dah buat yang orang tak puas hati, kita settlelaa depan2. Jangan pukul aku dalam tidur. Aku sakitlaa....Kalo berkenan ngan barang2 aku, bagitau je. Aku carik yang bersih. Shawl tu dah sebulan lom basuh! --- Kantol. He he he. Ternyata, ini lah satu-satunya perbezaan KETARA pengalaman berkerja dengan bangsa lain dan bangsa Melayu saja!
Ke hadapan semua sahabat yang disayangi, aku dedicate kan lagu ini kepada anda. Ada sebab mengapa sejak dua menjak ni aku kurang beri reaksi dan respon kat korang. Aku confused. Semoga anda faham isi hati aku dan maafkan lah semua kesalahan yang aku buat. He he he....Aku cuba ubah diri sendiri, insyaAllah. Lagu ni, aku download dan dengar berulang2 kali.....sedap. Kalo korang nak, bawak je thumbdrive ke meja aku.
Lagu: Sebagai Teman
Nyanyian: CTKD
Sejauh manakah ketabahan hati
Menempuhi dunia
Walaupun kau jauh
Kau tetap di hati
Temanku
Percayalah
Begitu tulusnya perhatian kamu
Kepada diriku
Hidupku berombak
Namun kau selalu ada kuatkanku
Oh mengapa
Dunia ini begini
Ku cuma manusia biasa
Yang hanya inginkan hidup
Seperti yang lain seperti juga yang lain
Mengapa harus begini
Sejak hari itu hatiku terluka
Namun ku sembunyi
Ku juga mengerti
Walaupun terselindung
Kau teman
Aku fahami
Oh Tuhan
Tunjukkanlah jalanMu
Padaku untuk bahagia
Selamanya
Kuatkanlah diri menjalani semua ini