Sunday, July 8, 2012

Tak Mengapa Orang Nak Kata Apa

Memula aku nak taip panjang lebar untuk post kali ni. Dah tulis pon, uploaded pon, tapi aku deleted

Rasa cam tak best lak citer pasal orang len kat blog aku. 

Mende yang aku nak share sebenarnya ialah mende yang sangat general. Berlaku kat mana2 sekali pon. Untuk peringatan kat diri sendiri gak. Jangan mengata orang. Kadang2 tu memang tak boleh lepas daripada sesi gossip-menggossip ni. Maklumlah, nak buat sesuatu perkara baik teramatlah susah. Tapi untuk buat perkara yang dilaknat oleh-Nya, dalam sekelip mata pon boleh! 

Bagi sesapa yang pernah senasib dengan aku, pernah dilabelkan sebagai manusia "bossy, gila kuasa dan gila nama", that is not the end of the world. Tak mengapa orang nak cakap apa, betul ke tidak ke, kita dengar saja....sambil cuba perbaik diri sendiri. 

Macam aku, dalam kesuntukan masa kejar timeline projek, aku rasa ada kelebihan gak jadi seorang yang bossy, gila kuasa atau gila nama macam yang orang label aku. 

Sekurang2nya, aku rasa bertanggung-jawab untuk pastikan produk aku nanti satu mende yang sukses. Tanpa rasa tanggung-jawab, atau ownership, kita akan jadi orang yang hanya pandai bercakap je. Action na-da! Kita akan jadi sama dengan orang2 lain. 

Bak citer Greys Anatomy tu, ada golongan Do-er dan jugak Follower. Nothing's wrong being both. Itu pilihan kita.  

Note: Walaupon mati2an aku rasa label yang orang bagi kat aku tu melampau over dan tak betul, aku tak perlu melatah. Itu pendapat dia. Aku tak boleh nak suruh dia ubah pendapat. Tapi aku ada hak untuk ignore dan maju ke depan. Jangan jadikan kata2 orang sebagai penghalang kejayaan kita. 

Owh ada orang pernah bagitau aku, selalunya orang yang suka labelkan orang lain gila kuasa or whatsoever ni, orang tu juga dua kali lima. Sebab hanya orang gila kuasa etc yang tak puas hati dengan orang gila kuasa yang lain. Kat satu tempat, hanya ada satu Queen sahaja aa....(ni kes tak puas hati laa). Aku fikir2...hmmm ada logiknya! 

Buat je keje sendiri, jangan pedulikan depa!

Saturday, June 23, 2012

Aiiyyooo, Jam Kredit Punya Pasal!

"Dari stay back doing nothing, better do e-Learning."

Nak ketawa ke atau nak marah kalau dengar statement ni keluar dari mulot orang 'atasan'?

Masa aku dengar ni, aku memang rasa nak pukol je dia ni. Tapi aku paksa diri aku diam diri je. Sabar, dia bukan tahu pon apa keje aku.....

Okay, breath in....breath out....breath in...phuhhh....

Mulanya gini...aku received a call dari dia ni. Panjang lebar dia intro, bgtau skor yang aku dapat untuk jam kredit kursus. Aku noted la, tak capai target. Aku bukan bodoh pon...ko cakap sekali, aku leh paham.

Tapi dia ni teros2an lagik bebel. Bagitahu aku kene usaha la, tunjukkan peningkatan. Dalam hati aku, dah mula panas. Hmm...kita tengah cakap pasal kursus je kan ni? Mula konfius. Dia ni tak ghenti lagi bebel.

Aku tekun je dengar sambil sekali-skala bgtau 'Okay noted. Will do my level best. Dont worry.'

Tapi dia masih lagi membebel. Dok ulang lagi skor yg sangat x memuaskan hati dia.

Sabar pon ada limitnye, babe.

Aku sangat kepenatan smalam. Uruskan beberapa hal berkaitan ngan keje aku. Not complaining abt the work sbb aku mmg puas hati bila dapat buat keje dengan betol. Tapi dia ni wat aku hanginnnn.

Peribahasa 'Jangan dijolok sarang tebuan'. Haa...pernah dengar tak?

Tetibe dia ni keluar statement, "I noticed you like to stay back. Instead of doing nothing, just do the e-learning."

Nak terkeluar bijik mata aku. "Doing nothing???" Aiiyyyyoooooo mulot lu!!!

Aku tahan gile mulot aku dari bercakap. Tapi dia ni dok "Hello-hello?".

"Yes."

"You are not doing your work kan masa stay back?"

Aku tergelak. Dia ni, silap masa kene tempeleng ngan aku kang...

"Okay, I take note. I will do my level best la...do the e-learning tu." Smart tak jawapan aku?

Dia sambung lagi bebel. Ulang lagi citer pasal skor aku...and bagi nasihat lagi pasal stay back buat e-learning.

Aku tarik nafas. "I stay back buat my project work. Kalau nak buat e-learning tu, better I balik." (Jawapan yg x smart!)

"Hmm???"

Tu mmg terkeluar tanpa sedar. Aku marah. Tapi aku lekas sedar, aku siapa. Dia siapa. "Okay, nanti I buat."

Buat kali terakhirnye, dia membebel lagi. Tentang kepentingan e-learning yang boleh bantu tambah jam kredit aku.

Pengajaran utk aku:
1) Dia ni stay back bukan buat keje (kalo pernah stay back lar). Mungkin dia tak pernah jumpe orang lain stay back buat keje kot? Aku malas nak kelahi tentang ni.
2) Kat umah maybe dia ni x dilayan bile berleter. Makin aku dengar, makin enjoy dia sambung leter dan bebelan.
3) Makna 'jam kursus' dalam hidup dia ni bebetul sangat besar. Aku kene memahami dan hormati dia. Setiap orang mmg ada keunikan sendiri.
4) Aku berdoa takkan jadi macam dia. If nak jadi ketua, be a wise one. Jgn tunjukkan kebodohan sendiri. Sebelom cakap, ambil tahu dulu staff tu buat keje apa. Kenapa dia 'suke stay back'? Atau mmg dia saja2 suka melepak kat opis.....hobi kut?
5) Aku ingatkan diri aku, bila hadap situasi macam ni, tindakan yang aku kene ambil ialah - Cari kursus yang available dan hantar je staff tu attend kursus. Lebih senang kan? Kata kuasa kursus tu kat tangan sendiri?

Pengajaran utk uols lak:
1) Boss is always right.
2) Jangan lawan, okay.
3) Keep your mouth shut coz kemarahan akan buat kita lakukan perkara yang bodoh dan merugikan.

Saturday, March 24, 2012

Hari Lahir Terlambat yang Sempurna (ke-30)

As usual, tajuk Post memang tak boleh blah kan? Ha ha ha.

Hari ni bukan hari lahir aku.

Tapi family aku insisted untuk sambut jugak. Dah tua2 ni, sambut besday --- agak kelakar jugak. But to tell you the truth, rasa seronok dan touched bila masih ada orang yang ingat dan care pasal kita. Seriously.

Bangun pagi, dah siap2 nak pegi kelas but rasa masih lagi blom sihat 100%. And fikirkan yang aku nak berulang-alik ke TTDI-Sg Buloh sampai ke tengahari, aku batalkan je niat untuk ke kelas. Jam 11.30 tepat, tros gerak bawak ibu and the gurls.

We had our lunch bersama kat The Manhattan Fish Market @ IPC Shopping Centre - Ibu, Along, Kak Dah, Uje & Dhila. Aku tak sangka suddenly waiter & waitresses datang ke meja dengan b'day cake and nyanyi b'day song. Muka dah tatau nak letak mana --- 1st time rasa camni. Naseb baik kulit tak cerah, kalo tak mesti nampak ke-blushing-an aku. =P Auwww......

Note: Truthfully I hate surprises. But yang kali ni, aku kecualikan. Sebab perasaan masa tu --- bebetul an indescribable feeling. Aku sukaaa....

Terima kasih utk ibu, Along aka Tumirah, Kak Dah, Uje dan jugak Dhila. Tahun ni, aku admit --- aku boleh puji usaha semua orang untuk lebih merapatkan hubungan family. (Hmm --- janji aku dan Tumirah dengan arwah nenek masih lom tertunai. Insha'Allah, dipermudahkanlah hendaknya....Ameen.)

Aku appreciate sesangat. Ikhlas. 

Of courselah happy. Tapi everytime sambut b'day, aku akan teringat arwah nenek. Selalu akan sambut ngan dia --- but life moves on, kan?

Alhamdulillah --- redzeki aku tahun ni boleh tahan. Everything went smoothly hari ni. Presents yang aku dapat sumenye best2. Again, thanks uols! (Thanks to Nitt & Wiwi jugak bagi two items yang aku mintak! He he he!!!)

Cute li'l teddy bear from Dhila
I've wanted to buy this --- thanks Kak Dah! Sangat suke!!!
These are the polaroid pics, captured masa makan2 tadi...Heeee
....and owh --- tak sangka my ibu dah into Branded items now!!! It's my first coach!!! 

Untuk sekali dan sekali dan sekali.....lagi, terima kasih. Alhamdulillah hari ini dikurniakan oleh-Nya good food, great experience and presents bersama2 my beloved family. Simple tapi sangat sempurna untuk aku! =)

Love & Peace.

Friday, February 10, 2012

Wahai Hati Yang Lemah

Beberapa hari ni aku tak berapa sihat. Bukan sakit fizikal. Tapi sakit dalaman yang bagi aku lebih bahaya daripada penyakit fizikal. Sakit yang susah untuk ubatkan. Aku sakit hati.

Terasa musnah jugaklah usaha aku dalam masa sebulan ni. Usaha untuk jadikan hati aku lebih kuat dan tetap daripada sebelumnya. 

AKU GAGAL. 

Aku gagal jaga mulut. Gagal kawal tingkah-laku. Aku gagal jaga HATI. Hasilnya, aku balik umah beberapa hari ni dengan hati yang sakit dan perasaan macam nak cekik2 orang. Still --- aku masih rasa tak puas hati. Rasa penat sangat. Sebab takmo ahli keluarga aku tau aku down, aku terpaksa nangis dalam toilet. Salah tempat rupanya --- tempat tu lagi laa banyak syaitan. Patutla lagi worse. =)

Gara2 sakit hati dengan orang, minggu ni aku escaped gi kelas ngaji sebab tak dapat kawal hati. Bila tulis balik kat sini, baru nampak apa yang dah berlaku dan mula dapat berfikir ngan rasional. Auwwhhh....gagalnye laa aku!!! Aku jugak yang rugi. =(

Aku berjaya biarkan syaitan kuasai aku. Aku berjaya biarkan orang lain mempengaruhi emosi dan kelakuan aku. Kebetulan pulak now dalam tempoh cuti daripada mengamalkan ubat-ubat penenang hati. Terasa hati ni sangat serabut. Mungkin serabut sebab kurang dzikrullah.

Pagi ni aku bangun tidur, tiba-tiba rasa macam makin jauh pula dari Allah SWT. Naudzubillah. 

Aku gi kelas pagi ni, Ustaz ada sebut do'a untuk teguhkan hati supaya istiqomah pada agama dan Yang Maha Esa. Ustaz pon ada sebut, bila hati dan jiwa kita kosong dengan dzikrullah, qarin kita akan menguasai. أستغفر ال

Perlahan2 aku relate ngan diri-sendiri. Lalainye lah aku....(Sigh). Apa yang berlaku kat aku dalam beberapa hari ni cuma ujian kecil je. Tu pon aku tak dapat tahan sabar. Aku hampir putus asa and almost buat bende bodoh yang boleh beri impak kat masa depan aku. Tu semua bukti yang hati aku masih belum kuat. Masih tak teguh. Masih lemah. 

Aku masih lalai pada Allah SWT. أستغفر ال

So, untuk lebih berjaga2 pada masa depan dan dengan nawaitu ingin berkongsi dengan uols, aku post kan do'a2 amalan ni kat sini. Insha'Allah, semoga hati kita sama2 lebih kuat dan dihindari penyakit.

Aku takmo gagal lagi.
Ini janji aku. Ya Allah SWT, bantulah hambaMu yang lemah ini.

Wahai hati aku yang lemah dan parah, 
Demi Allah SWT aku akan cantumkan semula cebisan yang luka dan terkoyak itu. Tak kisahlah kena tampal plaster, celotape, gam atau perlu dijahit sekalipun. Insha'Allah, esok hari hati aku akan sembuh dan sihat. Malah lebih sihat daripada hari2 sebelumnya. Aku akan hiasi dan indahkan hati aku dengan dzikrullah. Insha'Allah.

Do'a di bawah ini adalah do'a agar kita tetap tegar dan istiqomah pada agama yang benar. 

اللهم أعني على ذكرك وشكرك، وحسن عبادتك
“Allahumma a’inni ‘ala dzikrika wa syukrika wa husni ‘ibadatika’"

Artinya: " Ya Allah, bantulah aku untuk mengingat-Mu dan bersyukur kepada-Mu, serta agar bisa beribadah dengan baik kepada-Mu"

Nabi Muhammad SAW bersabda kepada Mu’adz, “Demi Allah, aku benar-benar mencintaimu. Maka janganlah kamu lupa untuk membaca doa di setiap akhir shalat. (HR. An Nasa’i [1303]  dan Ahmad [21614]  Sahih Sunan Abu Dawud. )


يامقلب القلوب ثبت قلبي على دينك 
'Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik' 

Artinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” 
[HR.Tirmidzi 3522, Ahmad 4/302, al-Hakim 1/525, Shohih Sunan Tirmidzi III no.2792] 

يا مقــلـب لقــلــوب ثبــت قــلبـــي عــلى طـا عــتـك 
'Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Ta'atik' 

Artinya: “Wahai Dzat yg membolak-balikan hati teguhkanlah hatiku diatas ketaatan kepadamu” [HR. Muslim (no. 2654)]

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ 
'Allaahumma Musharrifal Quluub, Sharrif Quluubanaa ‘Alaa Tho'atika' 

Artinya: “Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu.” (HR. Muslim)

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ 
'Rabbanaa Laa Tuzigh Quluubanaa Ba’da Idz Hadaitanaa wa Hab Lana Mil-Ladunka Rahmatan Innaka Antal-Wahhaab' 

Artinya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).” (QS. Ali Imran: 7) 

Monday, February 6, 2012

Maafkan Angah...Memang Angah yang Sembunyikan Buku ASB tu

Hari ni tengah kemas2 barang dalam bilik, terpegang buku ASB aku.

Teringat pulak aku kat arwah nenek. Biasalah, angin 'koya' ni datang malam2 cenggini. Hmm --- rindu!!!

Aku ni kalau bab2 menyimpan duit --- memang 'bercinta' jugaklah. Baru simpan beberapa bulan dalam ASB, tup2 dah beratur kat bank untuk keluarkan. Pendek citer --- aku memang boros. Yang tahu dan masak ngan perangai aku yang satu ni, memang nenek sorang.

Awal tahun lepas, arwah nenek memang sedar tahap kesihatan diri yang makin menurun. One thing yang aku nak puji tentang nenek, ialah tang 'planning'. Sangat tip-top. Nenek akan duduk kat her 'thinking-chair' sambil pandang luar rumah untuk buat perancangan sepanjang tahun. Kengkadang tu, apa nak buat tahun depan pon, dia dah rancang.

Dari masa ke semasa nenek buat appointment ngan family members untuk ke bank. Proses ni, aku ngan nenek panggil "Tumpang Akaun". So, seperti ahli keluarga yang lain gak bila tiba masa nenek nak 'tumpang akaun' aku, terpaksalah aku ambil cuti.

Ini pesan nenek, "Duit yang nenek tumpang dalam akaun Angah ni tak boleh keluarkan. Biar dia berbunga sampai Angah tua." 

Aku ingat lagi, masa tu kat meja makan, aku sempat buat lawak. "Kalau terpaksa keluarkan sesangat sebab emergency?"

"Emergency cam mana?"

"Nak beli handphone baru." Jawapan aku teros buat nenek jeling dengan muka masam.

"Hish...Jangan keluarkan orang kata!" Aku mengangguk setuju gak. Maklumlah, nenek sudi 'tumpang akaun' aku pon dah kira bersyukur sangat lah! =P Heee....

Tapi, as usual --- beberapa bulan lepas tu, aku dah beratur kat bank untuk proses pengeluaran. (Of course, aku masih simpan janji aku. Aku keluarkan duit sendiri. Memang tak usik duit 'tumpang' tu.) Cuma mungkin masa tu nenek dah dapat agak, dan mula risau ngan sikap cucu dia.

Tak lama je lepas lawatan aku ke bank, aku perasan buku ASB aku hilang. Memula aku cari kat dalam bilik. Takde. Pastu aku selongkar habis meja opis aku. Pon takde. Bila sume tempat takde, aku mula gubra.

Instinct aku masa tu, buat aku sengaja tak mahu tanya nenek dulu. Balik rumah macam biasa, act pon macam biasa --- bila nenek dah lelap --- aku tros masok bilik nenek. Jalankan penyiasatan! Konon cam dalam citer Enid Blyton tu --- Lima Penyiasat!!! Ha ha ha..... Dan seperti yang aku sangka, memang neneklah orangnya!!! Ha ha ha. 

Apa aku buat??? Like grandma, like granddaughter laaa!!! Aku pon sembunyikan balik!!!

Sampai ke hari ni pon, aku memang tak salahkan nenek sebab sembunyikan buku ASB aku. Kalo aku dapat cucu yang boros cam aku pon, aku akan do the same rasanya.

It took 2 days untuk nenek perasan buku ASB aku dalam 'sorokan' dia dah hilang. Memang kelakar. Dia tanya semua orang kecuali aku. Sampai hari ke-3 pencarian, baru dia tanya aku.

"Buku simpanan ASB Angah ada pada Angah ke?"

Aku just jungkit bahu. "Mestilah kat Angah. Takkan nak suruh kawan simpan. Tapi tak ingat letak mana. Hari tu cari, macam tak jumpa. Ada kat opis kot?"

"Dah cari?"

"Malas laa nak carik sekarang."

Nenek diam. Tapi aku tau, dalam hati dia ada puting-beliung. Aku perhati je dari jauh. Dia dok selongkar satu rumah sampai kol 11 malam. Nak kesian, tapi masa tu ada sikit geram gak. Syaitan dalam diri cam menghasut2.

Sudahnya, malam tu aku takleh tidur. Rasa sangat serba-salah kat nenek sebab tipu dia. Of coz nenek yang tipu aku dulu. Tapi dia tipu dengan sebab konkrit. Aku tipu dia sebab geram. And tru ahli keluarga aku yang lain, aku dapat tahu nenek minta tolong Nek Dah untuk cari buku ASB aku yang hilang.
Seriously guilty. Aku tunggu beberapa minggu jugak untuk ngaku kat nenek yang buku ASB tu ada kat aku. Tapi dengan gaya selamba dan 'cool'. =P Macam tak pernah bersalah.

"Mana angah dapat buku ASB tu? Bukan hari tu cakap hilang?"

"Eh, Angah tak cakap hilang lah. Angah cakap tak jumpa. Tapi rupanya ada je dalam bilik tu."

Muka nenek macam terkejut. Hairan pun ada. Tapi lepas tu, rasa guilty aku makin bertambah sebab nenek terus buat solat sujud syukur. Terasa jahat gila pulak.

Hal ni kalau dikira2 dah nak hampir setahun dah. Aku ngaku aku bukan cucu yang baik. Tapi bila aku ingat2 balik, sepanjang hidup aku, selain tipu pasal ke mana aku pegi --- dengan siapa aku keluar --- dan ke mana hilangnya buku ASB aku ni --- rasa2nya takde tipu mende lain.

Alhamdulillah, lawatan aku ke bank untuk pengeluaran ASB sekarang memang sangat kurang. Aku pun dah mula menyimpan untuk masa depan. Dalam proses belajar untuk tidak menjadi boros. Takdelah cam dolu2. Inshallah.

Demi Allah SWT, kalau diberi kesempatan --- aku teringin sangat minta maaf kat nenek and mengaku......

"Maafkan Angah....Memang Angah yang Sembunyikan Buku ASB tu."

So, kengkawan --- mohlah menyimpan dari sekarang!!! Bijak Dahulu, Bijak Sekarang. =)

Tuesday, January 24, 2012

Ar-Raihul-Ahmar

Bila hati diusik bisikan syaitan, aku cuba banyakkan beristighfar. Jauhkan diri daripada berbual yang bukan2. Takut menimbulkan fitnah pula.

Akhir2 ni, jahat pulak hati aku terdetik yang bukan2. Petang tu, aku ke rumah seorang teman sekampung. Hiba pula melihat ibunya yang aku pernah jumpa sihat tubuh badan dahulu, lemah akibat penyakit angin ahmar.

Soalan ni aku ajukan pada kakak aku. Hanya ingin mengesahkan. "Long, betul ke penyakit angin ahmar ni disebabkan ujub?"

Along tak berani untuk mengesahkan, pernah juga dengar, katanya. Dan aku, dengan rasa ingin tahu yang meluap2, Google untuk dapatkan jawapan. Demi Allah SWT, bukan kerana aku ingin menuding jari kepada sesiapa yang ujub ---- hanya semata2 inginkan kesahihan cerita, selain daripada risau akan diri sendiri.

Aku tahu, ujian hidup Allah SWT datangkan pada kita dalam pelbagai cara. 

Aku manusia biasa yang kadang2 terdedah juga dengan penyakit ujub dan bongkak. Jadi, aku perlu ingatkan diri sendiri sentiasa.

Tetibe teringat pula kat buku doa ibu yang aku ter-hilangkan masa kat asrama, lebih sepuluh tahun dulu. Ibu berikan aku doa tu untuk aku baca sebab sejak kecil aku memang selalu ada masalah pening kepala dan migrain.

"Baca sekurang2nya sekali seumur hidup. Inshallah akan terhindar daripada penyakit angin ahmar." Pesan ibu.

Nak dijadikan cerita, ntah macam mana dek kecuaian aku, buku doa tu hilang pulak. Dahlah tak sempat baca, terhilangkan pulak! Jenuh la aku explained kat ibu dan mintak maaf.

Kali ni, hati aku tergerak untuk cari semula doa yang hilang tu. Alhamdulillah, teknologi sekarang memudahkan kerja aku. Ada internet, ada Mr Google, semua boleh cari, inshallah!

Lepas baca macam2 versi, aku rasa tanggungjawab aku pulak untuk kongsikan bersama dengan frens semua. Inshallah, kita sama2 dijauhi dari penyakit ini.

Apa itu Angin Ahmar (Ar-Raihul-Ahmar) / Strok?
Saintifiknya: Masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.

Punca angin ahmar termasuk kelanjutan umur, darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, dan merokok. Jangan merokok lagi, frens!

Puas hati dengan penerangan yang diberi dalam wikipedia mengenai penyakit ni, aku carik pula asal-usul angin ahmar dalam sejarah Islam.

Ar-Raihul-Ahmar di Zaman Nabi Sulaiman as
Semasa semua rakyat termasuk segala jin, manusia & binatang menghadap Nabi Sulaiman as, tiba2 timbul rasa ujub atau bangga diri; dalam hatinya berkata siapakah makhluk Allah SWT yang tidak mahu tunduk kepadanya.

Muncul pula satu makhluk seperti lembaga manusia, yang besar, gagah dan hebat serta garang. Nabi Sulaiaman terkejut dan menggeletar lalu bertanya kpd lembaga itu siapakah dia, dan mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa namanya Ar-Raihul-Ahmar (Angin Ahmar) iaitu penyakit yg amat berbahaya dari lain2 penyakit. Ia diberi kuasa utk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap masuk ke dalam urat saraf dan darah, dan juga otak seseorang sehingga hilang akal.

Nabi Sulaiman as segera mengarahkan panglima2nya agar membunuh Ar-Raihul-Ahmar itu. Namun lembaga itu menjawab bahawa tiada sesiapa pun makhluk yang boleh membunuhnya, lalu ia menghilang.

Angin Ahmar di Zaman Nabi Muhammad SAW
Cucu baginda iaitu Saiyidina Hassan bin Ali pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah. Ketika itu turun Jibril dan memberitahu baginda bahawa Hassan terkena penyakit Angin Ahmar, lalu baginda bertanya adakah penawarnya.

Jibril menjawab, "Ada." Lalu ghaib.

Sebentar kemudian Jibril kembali dan memberitahu Rasulullah, bahawa Allah SWT telah mengurniakan Doa mustajab bagi sesiapa yang membacanya walau pun sekali seumur hidupnya. Baginda pun membaca doa ini; lalu dengan sebentar itu juga sembuhlah Saiyidina Hassan, boleh berdiri dan sihat walafiat. Baginda lalu menganjurkan kepada para sahabat agar mengajarkan Doa ini kepada umat Islam sekalian.

Baca selanjutnya di Al-Azim.

Setelah meng-google, ini Doa Angin Ahmar yang aku jumpa. Selamat membaca!

Lawatan CRM + SeP ke RSK Cheras


Tarikh : 28hb Disember 2011 
(Yup, ini tahun lepas punya cerita. Tapi rasa2nya masih ada point berguna yang ingin dishare di sini. Tak apa, kan?)

Lawatan ini sebenarnya hasil usaha Seksyen CRM. Great effort and yang penting sekali nawaitu yg mulia.

We ols bertolak dari opis dalam pukul 9.30 pagi. Naik 3 kete. Bawa sumbangan ikhlas berbentuk pakaian dan juga wang ringgit.

Maybe aku boleh share sket pasal info on Rumah Seri Kenangan ni dulu.

Sampai saje kawasan Rumah Seri Kenangan, Cheras, rata2 kitorang semua tak percaya. Sangat luas!!! Disambut oleh seorang warga tua yang berbangsa Cina yang hanya boleh berbahasa isyarat.

Hati aku awal2 dah tersentuh. Tapi maintain je, dengan gaya jalan konon2 rock. Nak cover rasa sebak hati, aku sengaja usik Kak Sarimah yang obviously turut sama sebak. "Kak Imah, jangan tetibe bawak pakcik tu balik pulak!"

Kitorang diberi briefing dulu kat Bilik Taklimat.
@Bilik Taklimat
Kawasan seluas 15 hektar ini memuatkan seramai 114 orang warga tua berusia dalam lingkungan umur 60 hingga 93 tahun.

Terdapat bangunan bertingkat dan juga bilik kelamin yang lengkap dengan kemudahan2 lain seperti dobi, bilik komputer, bilik taklimat, surau, klinik, fisioterapi dan juga bilik mayat. Kesemua kelengkapan disediakan untuk keselesaan dan kemudahan para penghuni.
Wakil RSK menunjukkan Pelan Kawasan RSK Cheras

Dari segi bangsa penghuni RSK:
Melayu     57  org                       
India         18  org                       
Cina          38  org                       
Kemboja    1  org     

Ternyata, penghuni lelaki lebih ramai daripada perempuan.
                                    
Perempuan  39%
Lelaki             61%

Dan antara aktiviti harian yang diatur oleh pihak RSK Cheras ialah senaman pagi, kelas agama, fisioterapi, muzik, bengkel kraftangan dan juga pertanian. But warga2 tua tidak dipaksa mengikuti semua aktiviti. Ikut sekadar yang mampu.

We ols dibawa melawat dorm lelaki. Sempat berkenal2an dgn salah seorang penghuni dorm, Pakcik Mokhtar.
Carta Penghuni Asrama Kediaman Lelaki. Cool, kan? Teringat zaman skolah. =)

Actually sebelum sampai, kitorang dah dibagitahu...jangan bangkitkan sebarang pertanyaan yang sensitif. Nak ambil gambar pon, mintalah permission dulu. 

Yang ini, of coz mendapat persetujuan Pakcik Mokhtar dulu!

Bagi aku, keadaan dorm sangat selesa. Tilam dan katil, lengkap dengan almari pakaian --- hinggakan salah sorang daripada kitorg sempat berjenaka. "Kalo camni punye selesa, boleh book utk diri sendiri nampaknya."

Tapi jauh kat sudut hati aku...walapon tumpang ketawa....aku tau, manakan sama jika dibandingkan dengan rumah dan keluarga sendiri?

Asrama Kediaman Penghuni. Nampak selesa kan?

Pakcik2 dan makcik2 kat situ kebanyakannya dah berada dalam "dunia sendiri". Masing2 punye latarbelakang dan sejarah hidup yang pelbagai. Buatkan aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Moga, aku tak mengalami apa yg dialami oleh penghuni2 di sini. Ameen.

Kemudian, we ols dibawa pula ke ruang hiburan. Dari jauh kedengaran bunyi gendang, chimes dan beberapa alatan muzik dimainkan tanpa lagu....main sesuka hati.

Di ruang hiburan.....

Sebelum ambil tempat duduk, aku ngan kengkawan aku salam makcik2 yang duduk di sebelah. Sekadar menunjukkan rasa hormat dan ingin beramah mesra. Tapi bile lihat sekeliling...wajah2 mengharap makcik2 lain....ingin juga disalam, aku tak sampai hati.

Dengan ikhlas, we ols salam sume makcik2 yang ada kat situ. Antaranya Mak Pah, yang terus tarik aku dalam pelukan. "Macam anak Mak Pah."  Katanya sambil mencium kedua pipi aku.

Warning: Den ni luar je nampak brutal. Dalam hati, mmg ada taman lengkap ngan bunga2 dan rama2.

Aku terus tahan air mata. Walau betul atau tidak statement makcik tu, situasi tu tersangat awkward bagi aku.

Aktiviti seterusnye, we ols dihiburkan oleh warga2 tua RSK. Macam2 lagu ada...macam2 juga sore...masing2 sangat sporting! Dan aku...as usual cuba sedaya-upaya menjadi penonton paling supportive.
Pakcik Sheikh menyanyikan lagu Tidurlah Wahai Permaisuri

Tetibe lak encik emcee mintak wakil opis aku buat hiburan utk warga RSK. Dan aku yang mudah dibuli semua orang, mengangguk je la bile disuruh wakilkan orang lain. Nasib baik zaman moden ni ada Mr Google yang boleh carik lirik lagu lama. Aku tibailah lagu Syurga Idaman sambil ajak makcik2 dan pakcik2 menari. Naseb baek Wiwi ngan Robitah sanggop layan makcik2 dan pakcik2 menari. Mende ni hal spontan. Bab2 spontan ni aku kalot + gubra sket. Tatau nak wat apa selaen senyum, nyanyi and gelek2 kiri kanan.

Wiwi, aku ngan Robitah jadik penglipurlara....konon... =P

Lepas puas berhibur dan menghiburkan, we ols ikut warga RSK ke dewan makan. Kitorang diberi peluang untuk serve makanan kat pakcik2 and makcik2.
Ada juga yang masih ingin beratur sendiri mengambil makanan
Pekerja2 RSK yang ramah

Dah habih masa makan, we ols tolong bawakan pinggan kotor ke baldi pulak. Masa ini juga we ols gunakan utk beramah mesra dengan warga tua.

Aku yang hampir2 meleleh ni banyak habiskan masa dengan offer bantuan aku untuk bawak pinggan kotor. Takpelaa...xmo borak. Takot nangis. Aku sanggop wat keje lain asalkan membantu.

Tetibe datang sorang pakcik dengan wajah kerut. Nampak betul2 runsing. Tanya aku asal dari mana. Aku layan je la pakcik tu borak. Layan punye layan...mau ikot balik daa....lemau sungguh. 

Aku pon bgtau...takde orang kat umah. "Kan seronok tinggal kat sini dengan kawan2?"

Pakcik tu mula luahkan perasaan. Yang ini, aku rasa mungkin ada masalah psikologi. Wallahualam. Tapi cara dia cakap berulang2...dan minta aku carikan tempat tinggal lain kat area umah aku...ada kemungkinan gak.

Aku tak bermaksud nak menghina. Aku tau, insan2 ini adalah mangsa kepada 'kehebatan duniawi'. Bila bebudak opis aku tanya dia, dia akan ulang balik statement yang sama. "Saya nak minta dia tolong carikan tempat kat Sg Buloh." Katanya sambil menunjuk kat aku.

Aku bagi isyarat mata je. Soh bebudak opis aku layan je apa yg pakcik tu cakap. Akhir sekali, pakcik tu mintak aku tulis surat kat dia. Den ni anak yang baek hati, den anggok je la. Asal pakcik bahagia!

Dan aku terus ajak pakcik tu bergambar. Walo memula ada sikit pelek...sebab pakcik tu cuma nak bergambar berdua. (Ini sudah lain macam, pakcik!) Seb bek Wiwi yg memahami ada. Teros ajak sorg lagi pakcik yg tercegat dari tadi kat sbelah bergambar sama. Dan penghuni paling digemari, Baby (berbangsa Cina yang menjemput kitorang masa sampai) datang berdiri kat sbelah aku untuk bergambar bersama.

Peace, u ols!

Satu pengalaman yang sangat bermakna. Penting untuk aku jadikan tauladan hidup. Satu pengajaran untuk aku jadi seorang anak dan penghuni bumi yang baik.

Aku doakan semoga semua warga di sini berjumpa kebahagiaan masing2. Pengalaman hari ini jadikan aku lebih mengingati Allah SWT. Semoga aku sentiasa kuat mengharungi segala dugaan Allah. Ameen.