Sunday, November 20, 2011

South Korea Day 5

Catatan aku pada 5 Nov 2011
Kat Bilik 603, Patio Inn Hotel (Malam terakhir kat Incheon)
Roommates tgh Zzzzzzz
Mood: Sangat bessstttt!!!

Hari ni punya perjalanan sangat-sangat-sangat menarik. Kesihatan kaki??? Of coz la sangat-sangat-sangat sakit. Ha ha ha. Tapi tak sesakit masa kitorang keliling Seoul. Maklumlah, jenjalan kat Seoul guna public transport. Jalan2 cam hari ni la seronok....dah penat jalan, leh tido dalam kete.

So hari ni kitorang dibawak ke Korean Folk Village kat area Yongin, Gyeonggi. Kat sini, memang best gile. Tempat ni ala-ala live museum la. Kalo nak alami suasana kampung zaman dolu2 kat Korea, haa....this is the place lah! Kita leh tengok performances yang dah discheduled-kan untuk sehari....ada tarian tradisional, leh tengok orang jalan atas tali, akrobatik ngan korean traditional wedding.

As usual, gambar dalam kete, mmg kene ambil dulu....LoL
Nak masuk, adults kene bayar 15,000 won.
@Korean Traditional Folk Entrance
Aksi disebat atas kesalahan mengumpat dan menggosip =P
Welcome....welcome...Si Nit ni soh aku buat aksi, dia pulak yang malu2...cisss!!!
Eeee....I takotttt (ngade tak? ha ha ha)
Banduan dalam penjara atas kesalahan minor
Lakonan semula.....banduan kesalahan minor
Yeaaa...itu dia sawah padi (kat blakang tu yer)
Suasana kampung lama....nun jauh di sana, ada seorang petani menyusuri jalan (chewaaah, ayat koya tak hengat!!! hahaha)
Ahjumma ni jual mineral water and buah berangan. Serious, buah berangan kat sini sedap2 weh. Tak sama pon ngan orang Mesia jual!!!
Performance: Traditional Dance
Lepas nengok Performance Korean Traditional Wedding.

Haiiyaaa....ini gambar....aku nak amik gambar berdua jerk ngan "oppa-peace" tu...tapi "oppa-muka-serious" ni datang lak enterframe tetibe. Bile dia masok pon aku x prasan. Layan jerk.
Lakonan babak: Pergadohan direbot bini??? Aikkk....
Akulah Maharaja Baru dlm citer The King & the Clown...muahahaha. Actually tempat ni jugak dijadikan tempat lakonan bagi banyak filem korea termasok Jewel in the Palace.
Hwan-yeong (Selamat datang)
Kat hut ni pon aku, Kak Zura ngan Nit nak posing
Batu2 disusun jadik penyambung jalan. Cantek yarr...
This view....sangat superb!!!

Dah puas keliling Korean Folk Village, kitorang gi satu lagi tempat yang boleh datangkan 'feel' berada kat zaman lama. We ols pergi World Heritage: Suwon Hwaseong Fortress.

Basically, tempat ni kita boleh kagum dengan pembinaan or architecture design zaman dolu2. Masuk je entrance, Hanizul dok angkot sorang ahjussi yang boleh berbahasa English untuk terangkan history background tentang tempat ni. Nama dia Mr Kim.

Ambil sorang tourist guide yang leh cakap suam2 English ni buat den lomah sket. Ahjussi ni ingatkan aku kat Oppa Zali. So....in other words, teringatkan aku kat golongan2 orang yang sebaya bapak aku la. Effort yang ditunjukkan oleh ahjussi Kim memang sangat menakjubkan. Sampai daripada kitorang ber-6 (asalnya)....alih-alih aku nengok, tinggal aku sorang je dok follow uncle ni.

Tapi sebabkan Hanizul dah pesan dari awal, just respect and jaga hati tourist guide ni...aku jadiklah bayang2 Ahjussi Kim. Tak sampai ati aku nak tinggalkan dia and cakap, ".....errr borrrriiiing. yawn." Yang pasti, dia beria-ia nak terangkan pasal sejarah istana lama ni. Hua hua hua....ada rasa nak nangis gak sebab aku melepas join orang lain untuk ambik gambar.

Tapi apa yang aku dapat, hasil daripada jadik 'ekor' dia....aku tau citer pasal King Jeongjo. Camne dia mati. Camne dia prektis main sukan memanah kat Deukjungjeong, rumah maids dia katner.....bilik tidur dia kat Jangnakdang, potret dia disimpan kat Unhangak. Jem gak pale aku nak sumbat sume info.

Haaa....x sia2 uols!!! Walopon ada gak masa, aku nak soh pakcik tu sonyap je. Leteh nak layan. Hehehe...papehal, kesabaran itu adalah sebahagian daripada iman. Last sekali, Ahjussi Kim bagi aku kad nama and masa bergambar ngan dia, dia cakap, "It is my pleasure to take a photo with you." Chewaaaahh, siap pegang lagik. Memang den terkojuit tapi bile dok pikir pakcik ni bukan tau pon pasal "Can" and "Cannot" in Islam, aku let go je. Kalo orang Melayu buat, siap aa kene seligi.

@Entrance di Suwon Hwaseong Fortress
Kat sini pon, ada lokasi shooting citer Jewel in the Palace 
Ahjussi Kim ajar main sukan memanah
Peace!!!
Layan penerangan panjang Ahjussi Kim
Bergambar kenangan ngan Ahjussi Kim
 
 Malam, kitorang pegi makan kat restoran bawah hotel yang kitorang pegi sebaik sampai ke Incheon.

Ini malam terakhir kat Incheon. Esok kene bangun awal pagi....untuk ke Gimpo Airport. Mula dari esok, dah bergerak sendiri. Kak Huda akan jadik driver we ols kat Jeju Island!!!!

Hiii....bestnya!!! Tido dulu!

Wednesday, November 16, 2011

South Korea Day 4

Catatan aku pada 4 Nov 2011
Kat Bilik 603, Patio Inn Hotel
Roommates tgh Zzzzzzz
Mood: Mula excited.


Hari ni seronok sangat. Alhamdulillah....mood aku dah tukar. Maybe sebab sangat puas hati dengan perjalanan hari ni. Sesangat-sangat PUAS HATI!!! Seronok. 

Hari ni kitorang takyah bangun awal pagi sangat. Sebab we all dah takyah naik-turun subway and bas. Hari ni Hanizul bawak naik kete ke Nami Island. So, dia just bagitahu....kalo lambat sket, takpe. 

Kali ni, turn bebudak bilik aku lak yang lambat. We took our own sweet-giler time siap2, sarapan dulu...then baru turun bawah. Maybe sebab dah penat or tau takkan kene tinggal. Bila sampai kat lobi, tengok sume dah tunggu...of coz la terselit gak rasa guilty. (Actually, yg buat kitorang lambat....aku lar!) Hahahaha.....sebab tetibe baru teringat nak tukar stoking baru lah, nak tukar kasut lah.....so, terpaksa patah2 balik. Maklumlah, smalam gi DMZ dengan pakai boot. So, hari ni dah kene plan dengan geniusnya....takyahlah nak KPOP benor. Pakai je lar, kasut biasa yg xde heels. Baju pon, takdelah bertemakan ninja sesat! Hehehe...

So hari ni, tema baju aku: (asal tutup aurat...)

On the way to Nami Island
 
Selain tido, aku pon baca buku gak tau. Sape kata aku x suke membaca? Hahaha...ni pinjam buku Hanizul lar...dia dok selit kat poket seat belakang.

Kat pintu menghala ke boat. Stop dulu, untuk berkenang2an. =P
 
 Atas boat. Hanya kitorang je dok atas lantai....nak simpan tenaga dulu. Hehehe.
 Welcome to Naminara Republic!!!
 
 I Heart You
Orang wat aksi koya, aku pon nak wat aksi koya...koyalah sangat!!!
Gaya KPOP la ni
Jangan mizzundastood!!! Ini LOVE, bukan aku yang sapu kasik bentuk cenggini. Mmg dah siap ada. Ahjussi kat situ rajin sapu and panggey kitorg utk amek gambar.
Gaya Winter Sonata
Nitt & me bersama adek2

Oppa Lee Byung-hun
Gambor beramai2 kat pokok2 cantek
Untuk keliling Nami Island ni, we ols sewa basikal warna PINK only. Geng Beskal PINK, okey!!!

Geng Beskal PINK in action. Kat sini, nak nek beskal kene tutup mulut, tutup hidong...banyak sangat serangga.
Nice spot!!! Puas nunggu sampai orang xde utk amik gambar ni.
Cobaan melompat tinggi. Tak tinggi ke mana pong! Ha ha ha.
Orang cakap, ini spot wajib untuk bergambor. Walopon bagi aku, bende ni macam "susunan batu2 yang ada poster besar Winter Sonata" --- I follow je la. Snap snap!!!

Love. Comel lak aku nampak Kak Zura dok depan.
Aku suke sangat background ni sbb ada pokok2 bermacam2 warna --- merah, kuning, oren dan hijau. Cantek giler.
 
Atas boat, otw back. Kat sini, bendera Malaysia pon ada tau. Aku bangga jadi anak Malaysia!!!
Balik dari Nami Island, kitorang singgah market lak. Aku beli stoking sejuk ibu --- tu yang warna kelabu putih tu...Comelkan, kalo ibu pakai?
.....dan aku tido lagi dalam perjalanan balik. Rasa2nya, ini keje si Nitti Tonyet!!!

Mungkin dek kerana pengalaman hari ni mula menarik, rasa excited pulak nak tunggu esok. Aku dah mula mengantok. Dah lama gak aku tak tido betul2. Problem dari Malaysia, terbawak2 lak ke sini. Nak marah pon tak guna....bukan salah sesapa. Salah aku sendiri gak. Skarang kene tunggu masa berlalu je la. InsyaAllah. 

Hmm....esuk aku kene gak telefon ibu. Rindulaaa....

Bila pikir2, ada hikmahnya jugak aku ada personal problem ni. Aku rasa dekat sangat dengan Allah SWT. Lately ni pon, aku perasan ibu banyak kali cuba paham perasaan aku. Appreciate sesangat. And banyak bende yang aku tak penah amalkan sebelum ni, alhamdulillah.....ada lah jugak aku buat. Maklumlah, masa tido dah berkurang malam2....aku cuba je la buat apa yang tahu, cuba carik ketenangan jiwa. Chewaaah!!!

Tak sabar nak tunggu esok. Tapi tido dulu. Kalo ikut itinerary, sok nak jenjalan nengok historical places....istana lama...etc. Okey, better bobok now!!!