Wednesday, April 30, 2014

Jom Baca Novel! - Selamat Hari Pekerja.

Minggu ni, memandangkan ada cuti Hari Pekerja, aku nak gunakan untuk habiskan novel2 yang aku beli. Semoga kali ini berjaya! Chaiyokkk!!!

Baru habis satu.....3 more to go!

JRaP Bowling Tournament 26042014




Saje je nak share this vid.

As usual, akulah pemain bowling "terhebakkk" kat JRaP! Aku terpaksa import 4 orang pemain termasuk sorang budak sekolah rendah (anak Kak Nani) untuk listed sebagai Top 5 Best Scorer.

Hebakkk gile den neh! =P

Eh, eh....Aku Kat TV Lah!!!

Ingat lagi post aku dated 24/3/2014? Tentang lawatan aku nengok penggambaran rancangan  MMA kat Finas pada Feb lepas?

Haa....ni pics yang dihantar oleh member2 aku yang tertonton. Hihihi diorg excited dapat cam aku kat tv.

 Haa....yang mana satu aku? Tudung maroon tu!
Ni lagik satu!!!

Ha ha ha....nampak tak kejakunan aku? Baru jadik penonton, dah kecoh! =P

I am sorry, Ayam.... =(

Sabtu, 26/05/2014 @ jam 8.30am di sekitar Sungai Plong

Aku on the way to Perangsang Templer Golf Club untuk aktiviti SkooL of JRaP (department aku)....tetibe kat selekoh jalan area Sungai Plong tu, aku nampak dari jauh seekor ayam warna putih kat tengah2 jalan. Kejap dia ke kiri, kejap ke kanan. Aaaaaa sudah!!!


Jantung aku masa tu.....dag dig dug....

Aku tahu, ayam tu ketakutan, tu sbb jalan pun tak keruan....dia takut dengan kete2 yang lalu-lalang.

Apa lah ayam tu buat kat tengah2 jalan raya? Duduk dediam kat dalam reban kan selamat?

Tapi makin dekat, makin teruk pulak ayam tu nervous.

Dan, time aku lalu pulak, ayam tu lari ke bawah kete aku. Aku siap rasa kete aku tergoyang sket, macam langgar batu. Gedeguk. Huaarrrggghhhhh....ayam! Aku ni dahla suka ayam, sampai member2 aku pon gelarkan aku 'Ciki'. Rasa macam dah buat satu jenayah besar pulak.

Aku pandang rear mirror, aku nampak ayam tu dah terkapai2, bulu2 berterbangan macam dalam kartun yang aku tengok kat tv masa kecik2 dulu.


Masa tu, aku dah tak pikir apa dah. Allah.....apa aku nak buat? Aku nak berhenti, kete banyak pulak kat belakang. Aku terus nangis. 

Oh, ayam.......

Sampai kat traffic light depan sket, aku called ibu. 

"Ibu, angah langgar ayam.....Ayam tu macam dah nak mati....Angah nak patah balik."
"Angah istighfar banyak2....jangan patah balik. Teruskan perjalanan."
"Habis, ayam tu?" Seriously, tangis aku makin lebat lak.
"Ucap innalillah, Ngah. Angah bukan sengaja nak langgar dia."
"Angah nak patah balik."

Dan aku ingat lagi, ibu tanya apa...."Angah nak patah balik, lepas tu nak buat apa?"
Sungguh, aku pun tatau nak buat apa kalau aku patah balik. Apa yang aku rasa masa tu, aku bebetul sedih dan kesiankan ayam tu.

"Tadi ayam tu tak mati lagi. Ibu tolong ye, sama2 doakan ayam tu mati terus. Jangan dia sakit lama2...."

"Angah teruskan perjalanan. Jangan patah balik. Ibu memang tengah sembahyang sunat tadi....masa angah called. Nanti ibu doakan. Dah, terus pergi. Angah tak sengaja, ucap je innalillah...."

Aku tamatkan perbualan telefon ngan ibu. Hati masih tak sedap. Aku whatsapp-ed pulak member aku, Nitti.


Hmm....Betul jugak! Aku pon takleh buat apa. 

Dear Ayam, aku doakan semoga kau tak menderita lama. Aku minta maaf banyak2. Aku tak sengaja.....


Monday, March 24, 2014

Sambutan Gong Xi Opis Aku

11 Feb 2014

Sambutan Gong Xi Fa Cai opis aku kali ni agak menarik wooo...

Ada tarian singa!!! Jakun aku nengok singa tu tergedik2 makan buah.

As usual, aku dan geng dijemput menghadiri sambutan tu sebab dapat tiket spesyel. Kene nyanyi lagu Gong Xi Fa Cai laaa...

10 orang yang terlibat, kitorang nyanyi lagu Kuda-Kuda. We had fun. Enjoyed ourselves!

Sebelum mula acara....
Sebelum mula menunjukkan bakat seni terpendam
Di sebalik tabir...seekor singa gedik
Gong xi...gong xi...
Mula beraksi....
Dikepit adik-beradik

Macam2 A Lah Sangat!!!

3 Feb 2014

Ini aktiviti Puspanita yang Biro Pendidikan anjurkan. Gi nengok penggambaran kat studio Finas.

Satu pengalaman yang baru, menarik dan memenatkan!

Yang pasti, kalau nak repeat experience, aku akan pikir 10 kali. Aku ni tak ske sangat nak fake2 senyum. Hu hu hu rasa terseksa jiwa dan raga. Kira tabik springlah pada mereka2 yang berjaya di bidang seni neh. Aku tak mampuuuu.

Pintu Utama Finas
Peace dulu...
Ngan Mawar...muah muah

My Cute Braders

14 Jan 2014

Ha ha ha --- salah satu angan2 aku tahun ni ialah nak jadik blogger yang rajin menulis! Failed.

Smangat amek piccas sana-sini, tapi balik umah je --- terbungkang kepenatan. 

Mungkin faktor usia aku kot --- ha ha ha. Kat opis bukan men berlari2. Aku cintakan cabaran, kunun. Skang ni sampai umah dalam jam 9.00 malam, aku tros flat. Jangan harapla aku nak melayan orang memalam skang ni.

Okay, tarikh sebenar hari ni ialah 24 Mac 2014. Sebabkan aku nak buktikan smangat aku tu bukan 'hot2-hen-shit', aku gagahkan jiwa raga plus kedua2 belah kelopak mata aku utk cover balik cerita2 yang aku terlupa nak update. Chaiyokkkk!!!

Weekends, aku, Along, Kak Dah dan ibu cadangnye nak jenjalan...shopping la. Tetibe dalam perjalanan cam teringat2 kat abah dan adik2 comel aku. Melenconglah kitorang ke umah baba.

So, inilah hero2 merangkap braders aku:

Along dan Along, Angah dan Angah
Aku ni tak pandai sangat ber-adek. Tapi jakun nak friendly2 gitew.
Sesaje test app baru. Jeng jeng jeng...main combine2 piccas, uols!

Bagi kengkawan sume, aku announce pada semua, aku ada 3 orang adek lelaki!!! (Aku tak berniat nak sembunyi, cuma lupa nak cerita jek!)