Friday, November 22, 2013

Hari yang Sangat Menggembirakan!!! Allahu Akbar!

Thank you Allah!

Hari ini 22/11/2013, akan jadi hari yang bersejarah bagi aku dan family aku. Of coz birthday Faidz & K. Dah....(Happy birthday uols!!!) selain tu kitorang terima good news, good news dan good news!

Sekarang ni dah jam 11.05pm. Seb bek fizikal aku agak kepenatan hari ni. Kalo ikut hati, aku rasa cam nak melompat2 jek sambil nyanyi lagu team Malaysia Gemuruh Suara tu dengan sekuat hati.

Satu hari ni kat opis tak buat keje banyak pon sebab komputer aku kebetulan kena upgrade hari ni. Petang baru aku boleh intai2 apa keje yang kene buat. Pastu hari ni gak dapat gambor ngan 'brader' aku. Belek punya belek, muka hamper sama daaa....hahahah perasan! Layan je la...sebab aku tgh happy hari ni!

Brader dan Aku

Masa tengahari, kene prektis koir. Memang belom perfect tapi sudah banyak improvement yang team members tunjukkan. Aku tak berapa risau dah.

Beban yang aku pikul beberapa bulan ni pon, Alhamdulillah ada rasa ringan sket tetibe petang ni. Dan aku dapat satu lagi berita yang buat aku bersyukur daripada seseorang. Memang tak sangka! Aku rasa bangga sensorang....tapi sebab aku terpaksa kawal keujuban diri ni, terpaksalah aku telan sensorang. Risau jadik penyakit hati pulak nanti. Naudzubillah.

Malam pulak, bila sampai rumah Along terus citer pasal ibu dan Pak Ham. Kegumbiraan yang kitorang tunggu2 sejak arwah nenek meninggal. Hah, dah berapa tahun dah tu! Baru hari ni doa semua termakbul. Alhamdulillah, aku nampak ibu gumbira gile malam ni. Dia sanggop tepon geng2 ngaji dia untuk kongsi cerita gembira dia. 

Point penting yang aku nak kongsi sebenarnya ialah....beberapa minggu lepas, hidup aku rasa down sangat sampaikan ada masa2 yang aku nak senyum pon tak leh. Cam biasa, ibu dan keluarga aku akan jadik tempat ngadu....dan sudah tentunya Allah SWT! Kita ni hambaNya. Kepada Allah lah yang perlu kita meminta. Aku bersyukur ada ibu dan kuarga yang sama2 doakan kebahagiaan aku tetiap malam.

Aku tau ujian ni kecil je kalau nak dibandingkan dengan yang orang lain. Minta kepadaNya kerana hanya Dia yang dapat membantu. 

Dengan mata ngantuk dan hati yang masih excited gembira, sekali lagi --- Thanks Allah. Kerana tenang dan lapangkan jiwa aku. Kerana berita2 gembira yang Kau sampaikan hari ini. Kerana 'jalan penyelesaian' yang kau beri....dan kerana beri aku ujian2 ini. 

Selain daripada tu, aku jugak makin kenal dengan diri aku sendiri. Banyak yang aku perlu perbaiki. Aku perlu belajar sabar. Sabar....bunyi cam senang tapi sbenarnya susah gile nak buat!

Dan aku juga perlu belajar hormat kat orang lain.....chaiyok!!!!


Tuesday, November 5, 2013

Girlfriends...girlfriends...

30/10/2013
At GSC MV.

Asalnya nak nonton Thor but terawal sehari. So, nengok Tom Yum Kung 2 (x sure ejaannya gimana) --- but hampir2 sama ngn food Secret Recipe gitew!

Hmm --- that was the last 'D-day out 2gether' with my girls untuk tahun ni nampaknya. Memandangkan ada one of us sudah berisi and bakal bergelar mummy! Kena tunggu beberapa bulan lagi untuk hu-ha bersama.

Will miss this moment!

Friday, August 2, 2013

Kem K


This is Kem K (nama pendek bagi Kembang Kardashian). Kucing luar rumah aku yang paling aku sayang.

Arwah nenek pon sayang Kem K. ;)

Kem K selalu hantar aku masa nak gi keje and sambut aku masa aku balik. Manja kan?

Hmm...yang buatkan aku sayang Kem K sebenarnya sebab dia tak macam Yuri. Kucing dalam rumah yang aku bagi nama Kim Yu Ri dulu dah tukar nama jadi Yuri Van Houtten. Ha ha ha....korea ke german laks. Sume Along punye keje.

Jaga Kem K senang gile....takyah urus najis sume....dia pandai sendiri. 

Post ni aku wat khas utk Along sbenarnya, Farrah Cadburry. Kasi jeles. ~wink.

#Dalammoodbusan.

Tuesday, July 30, 2013

Kenapa Aku Emo?

Aku rasa x berapa bestlak bulan Ramadhan yang mulia ni aku mem-blog tentang mende yang aku kurang suka.

But kebetulan hari ni lak tetibe datang mood untuk mengupdate blog...so I hope uols bear with me la ye...kejap je. =p. (Don't worry, aku tak mengumpat dan memburukkan sesiapa!) 

Dalam hidup ni, aku blaja bukan semua bende akan jadi seperti mana yang kita nak. Yang jadi tu, syukur alhamdulillah.

Apa yang aku try sampaikan kat sini ialah....aku ni mmg jenis orang yang suke plan ke arah mana aku nak pegi...apa aku nak buat sepanjang tahun....dan apa aku nak achieve dalam masa beberapa tahun. (Walopon orang ske underestimate aku, hahaha tapi at times, i'll make sure life aku berjalan seperti yang dirancang!)

But things will be complicated bila orang lain tentukan mende2 yang aku dah aturkan...and happened to be, tak sama lak ngan rancangan aku. Tak kisahlah hal personal ke...hal keje ke....

Aku jadik bengang giler.

Aku jadik emo....

Ibarat ada api kuar dari telinga aku....dan rasa geram yang teramat sangat sampai aku nak jerit kuat2.....camni.... AAAHHHHHHHHHHHHH!!!!

But in the end... Baru aku perasan, aku sebenarnya bukan geram ngn orang tu...or orang ni....aku sebenarnya geram dengan diri sendiri. Bukan orang lain. Sebab aku gagal kawal hidup aku sendiri. 

Bile aku carik the root cause.....baru aku sedar, aku lupa nak berdoa pada Allah SWT supaya bantu aku memudahkan perjalanan hidup yang aku dah rancang. 

Dapat tak point aku?

You see....Allah pemilik segala alam. Allah juga yang menentukan segala kejadian. Dari Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali. 

Aku juga nak share...bila sesuatu berlaku pada kita, janganlah kita sentiasa menyalahkan orang lain. Lihat dulu dan cuba berfikiran positif. 

Dalam kesibukan hidup ni, aku lalai beristiqomah. Aku kabur dengan ujian2 hidup. I was not like this, a few months back. I thot I have changed. But now, aku rupanya dah balik pada perangai lama.


Bulan Ramadhan yang mulia ini, lagi2 skarang ni tgh tunggu malam Lailatul Qadr, jom sama2 muhasabah diri, perbetulkan diri sendiri dan banyakkan berdu'a dan bersujud kepada Allah SWT.

Thursday, July 25, 2013

Selamat Berpuasa Semua!


Sunday, December 23, 2012

PSKK ke 38 03/11/2012

Ini kes last minute punya kerja! Tetiba dapat calls dan emel pasal jemputan berkoir kat Pesta Sukan Kementerian Kewangan (PSKK) 2012 kat INSPEN 2 Bangi.

Gile kentang!!!

Aku ingat dah nak bersara dah dari hal2 gelek-kiri-kanan ni. Hmm..... #sigh

So, kerana tak tahan dengan skill pujuk-memujuk daripada beberapa pihak, aku proceed je. Berlatihla steps macam nak rak selama 2 hari.

This time, disebabkan last minute geng2 koir kali ni aku tak kenal sangat. But surprisingly sangat komited and senang untuk aku wat keje. Kire best jugaklaa.

Yang paling bestnya, pada hari pelancaran PSKK tu, hujan la pulak. Bila dengar ada Plan B (tak yah nyanyi langsung!) kalo hari hujan, sumer tak setuju. Buek ponek jo prektis berjam2....takkan ler nak kensel? Redah je hujan tu dengan penuh semangat.

Pasukan Koir PSKK 2012
Bibir dah menggeletar kena senyum dalam hujan
Bergelek-an dalam hujan
Best!!!
Feedback yang kitorg dapat bagi function ni, agak best jugak. Big Boss siap kasi ucapan khas and amek gambor kitorg.

Hmm.....walopon best, aku kene kuatkan smangat gak untuk 'persaraan' aku. Chaiyookkk!!!

Wednesday, October 10, 2012

Posto Daripada Aminah...



Beberapa minggu lepas, aku terima SMS daripada Aminah --- ucap timerkasih bebanyak sbb dia dapat gred A untuk latihan industri.

Hari ni aku terima posto daripada universiti Aminah...dapat sesalinan laporan latihan industri. Ehem...ehem...acik suke noks! Ahaks.

I jakun nampak nama I kat dalam laporan tu. Semoga Aminah dapat move forward dengan confident dan sukses! Amin. Ini doa aku untuk Aminah.