Monday, November 3, 2014

Liebster Award by FAMF

Do you like this post?
Apokobondo eh Liebster Award tu?


Tetibe kene tagged. Sebelum aku proceed, aku kongsi dulu info pasal award ni.


Peraturan Liebster Award :



1. Mention blogger yang calonkan anda & letakkan link blog beliau ke dalam post anda


2. Jawab 11 soalan yang ditanya oleh beliau. 

3. Calonkan 11 bloggers lain yang anda tengok followers kurang dari 1000. 

Allah je tahu betapa jenuhnya la aku mencarik 11 nama kat bawah ni. Hopefully korang jangan marah sbb kene tagged eh! Peace.

1. FAMF

4. Buat 11 soalan untuk ditanya kepada 11 bloggers tersebut.

5. Maklumkan kepada those bloggers


So inilah soklan2 yang aku dapat daripada ms FAMF.

1. Adakah anda pernah alami/berdepan dengan sebarang fobia? Mengapa?

Pernah. Fobia bawak kereta dlm hujan. Accident kereta kat MEX otw ke Sekolah Seri Puteri beberapa bulan lepas untuk hantar adik angkat. Himpit divider jalan dan nyaris jatuh gaung. Pengalaman yang buat saya takut untuk bawa 'penumpang kecil' dalam kereta. 

2. Apakah 3 benda yang anda tidak akan keluar dari rumah tanpanya?

i. iPhone
ii. Perfume
iii. iPhone Charger

3. 3 perkataan yang menggambarkan diri anda.

i. Bersemangat ala2 Gaban
ii. Suara Kuat dan Lantang (orang pekak je takkan dengar =P)
iii. Jujur (Transparent)

4. Seseorang yang sentiasa memberi inspirasi pada anda.

Ibu. Selalu ingatkan saya untuk berbuat baik. Dan sudah tentunya, Rasulullah saw!

5. 3 sifat baik yang membuatkan anda suka berdamping dengan seseorang.

i. Setia
ii. Baik Hati (Hati bersih). Akan beri pengaruh yang baik juga pada diri saya.
iii. Jujur

6. Anda akan tersenyum seorang diri apabila...

....baca whatsapp mengong kengkawan saya.

7. Apa yang mudah buat emosi anda tersentuh?

Orang yang 'jual-ikan' (selfish)

8. Satu lagu yang anda tidak akan muak dengar sampai bila-bila. Mengapa?

Tanpa Kekasihku. Sebab teringat pada Zumi Zola. =P


9. 3 makanan yang anda tidak akan tolak.

Sate, ayam dan lauk ayam masak merah. (Sume ayam daaa --- ha ha ha!)


10. Filem yang betul-betul meninggalkan impak pada diri anda.

White Chicks! Ha ha ha.


11. Apa yang anda ingin capai 5 tahun dari sekarang.

Bersedia untuk Bersara. Huhuhu. Ameen.



Bagi sesape yang kene tagged tu, ini 11 soalan daripada saya pula:



1. Cerita Hindustan yang anda minati. Mengapa?

2. Anda berharap nama anda dapat ditukar kepada.....?

3. Berapa orang teman rapat anda (bebetul rapat). Namakan.

4. Masih tentang teman rapat anda yang pertama dalam senarai di atas. Apakah 1 sifat positif dan 1 sifat negatif beliau?

5. Namakan 3 sifat buruk anda yang ingin anda tinggalkan.

6. Pengalaman paling kelakar dalam hidup anda.

7. Pendapat anda tentang bola.

8. Perkataan yang anda lafazkan setiapkali anda gembira.

9. Sosial media pilihan anda - FB, Twitter, IG, Pinterest dll. Mengapa?

10. 3 Perkara yang anda tidak suka lakukan.

11. Jika anda punyai pintu masa Doraemon, anda mahu kembali ke tahun berapa. Mengapa?



Wokey, adios!


4 comments:

Farrah MF said...

har har har! ahaks har har har!

calrase patrick said...

terbaik :)... saya follow awak harap awak sudi follow semula k...
http://Calrasepatricl.blogspot.com

mama 3farhanah said...

Hai..saya dah jawab soalan awak. Jom tengok sini..
http://mama3farhanah.blogspot.com/2014/11/liebster-award-tagged-by-rena-cruzee.html

Farrah MF said...

3 perkataan describe diri tu tepatlah...hahahah