Sabtu, 26/05/2014 @ jam 8.30am di sekitar Sungai Plong
Aku
on the way to Perangsang Templer Golf Club untuk aktiviti SkooL of JRaP (
department aku)....tetibe kat selekoh jalan
area Sungai Plong tu, aku nampak dari jauh seekor ayam warna putih kat tengah2 jalan. Kejap dia ke kiri, kejap ke kanan. Aaaaaa sudah!!!
Jantung aku masa tu.....dag dig dug....
Aku tahu, ayam tu ketakutan, tu sbb jalan pun tak keruan....dia takut dengan kete2 yang lalu-lalang.
Apa lah ayam tu buat kat tengah2 jalan raya? Duduk dediam kat dalam reban kan selamat?
Tapi makin dekat, makin teruk pulak ayam tu nervous.
Dan, time aku lalu pulak, ayam tu lari ke bawah kete aku. Aku siap rasa kete aku tergoyang sket, macam langgar batu. Gedeguk. Huaarrrggghhhhh....ayam! Aku ni dahla suka ayam, sampai member2 aku pon gelarkan aku 'Ciki'. Rasa macam dah buat satu jenayah besar pulak.
Aku pandang rear mirror, aku nampak ayam tu dah terkapai2, bulu2 berterbangan macam dalam kartun yang aku tengok kat tv masa kecik2 dulu.
Masa tu, aku dah tak pikir apa dah. Allah.....apa aku nak buat? Aku nak berhenti, kete banyak pulak kat belakang. Aku terus nangis.
Oh, ayam.......
Sampai kat traffic light depan sket, aku called ibu.
"Ibu, angah langgar ayam.....Ayam tu macam dah nak mati....Angah nak patah balik."
"Angah istighfar banyak2....jangan patah balik. Teruskan perjalanan."
"Habis, ayam tu?" Seriously, tangis aku makin lebat lak.
"Ucap innalillah, Ngah. Angah bukan sengaja nak langgar dia."
"Angah nak patah balik."
Dan aku ingat lagi, ibu tanya apa...."Angah nak patah balik, lepas tu nak buat apa?"
Sungguh, aku pun tatau nak buat apa kalau aku patah balik. Apa yang aku rasa masa tu, aku bebetul sedih dan kesiankan ayam tu.
"Tadi ayam tu tak mati lagi. Ibu tolong ye, sama2 doakan ayam tu mati terus. Jangan dia sakit lama2...."
"Angah teruskan perjalanan. Jangan patah balik. Ibu memang tengah sembahyang sunat tadi....masa angah called. Nanti ibu doakan. Dah, terus pergi. Angah tak sengaja, ucap je innalillah...."
Aku tamatkan perbualan telefon ngan ibu. Hati masih tak sedap. Aku whatsapp-ed pulak member aku, Nitti.
Hmm....Betul jugak! Aku pon takleh buat apa.
Dear Ayam, aku doakan semoga kau tak menderita lama. Aku minta maaf banyak2. Aku tak sengaja.....