Wednesday, October 14, 2009

Nintendo Wii: Dancing with the Star

Gara2 kebosanan yang teramat, dah pukul 10.42pm --- tetibe semangat ber-wii datang. Apa lagi, ha ha ha....dah lama tak ber"Dancing with the Star", seronok gak!

Tengah seronok main, datang pulak keinginan nak tambah keseronokan. Hu hu hu....apa saja dalam dunia ni yang libatkan FUN, mesti kene guna duit! Takpe, tahun ni punya duit belanja msCruZee kena simpan untuk jenjalan hujung tahun....insyaAllah. Duit belanja jalan belum kumpul lagi. Hutang beli tudung kat kawan pun lom bayar lagik.....OMG, that's a BAD sign for me! (but good news with my cards' physical condition --- ha ha ha!)

Tak boleh tahun ni, msCruZee pasang azam jugak utk tahun depan. Nak beli:
1) Wii's microphone
2) Wii's dancing matt
3) latest wii games
4) Another Nunchuk!

Apa itu Nintendo Wii? msCruZee ada dapat soalan ni beberapa kali. Untuk dapat penerangan yang tepat dan mudah, silalah meng"Google". Dalam 'bahasa kampung', Nintendo Wii ni permainan video yang capture pergerakan pemain. Games seperti golf, football, basketball, dancing....dan apa2 saja permainan yang melibatkan pergerakan. Selain pergerakan, teknologi sekarang dah semakin menarik! Boleh berkaraoke juga! Tu sebab msCruZee perlu carik mic Wii. Untuk pemahaman bergrafik, boleh juga meng"YouTube". Lagi jelas! Baru baca review tentang High School Musical Wii Game tadi, macam menarik!

Jangan terkejut kalau tiba2 rakan, adik-beradik, ibu atau you OLLs sendiri berjoget terkinja2 di depan TV. Ha ha ha.....jangan leka sangat, silap2 masuk YouTube atau FB lak!

So, anyone ready to compete? msCruZee dah jadi jaguh Dancing with the Star!



Thursday, October 8, 2009

Jamuan Hari Raya KHIDMAT @ Level 6 - CRM + eP + JRC

Hari ni msCruZee kekenyangan...burrrp (Alhamdulillah)...walaupun sedih sebab tak dapat menikmati semua hidangan. Level 6 buat Jamuan Hari Raya! Makanan mmg banyak --- ada sate, nasi jagung, 4 jenis kek Secret Recipe, lauk ayam kurma, lauk ayam masak merah....bla bla bla....msCruZee tak ingat sbb yang lain tu dah tak sempat masuk perut.

So ini dia memoirs yang dapat ditangkap untuk acara hari ini.....mmg sangat best sebab organizer sangat memahami citarasa semua pihak.

Teks yang dibaca oleh pengerusi majlis....Mr Rahmat!
Hizwani beri ucapan....sangat bergaya dengan songkoknya!
Seorang deserves sebiji cake!
Sate 'manis' yang best!
Lemang pun ada!
Friends yang best!
CRM & eP 2009 bersama Raja Kamera yg 'ensem' ~ Farris
CRM + eP + JRC 2009 Ladies~
Iklan kasut.....
Dara pingitan....auwwwwww!
Gerds FC - Vice Pres & Pres
Gerds FC - 4 ahli terunggul gerds!!!
Skodeng Raya 2009

Ini Jamuan Hari Raya pertama msCruZee kat 'rumah baru'. Tak perfect but sangat memuaskan hati. msCruZee sangat enjoy hari ini........bila pandang pics ni banyak kali, macam suka pulak tengok tema baju Raya tahun ni...colourful!!! InsyaAllah, tahun hadapan ada lagi.......

Wednesday, October 7, 2009

Cara-Cara untuk Mencegah Kekejangan Otot


Akibat bersemangat pagi2 dengan K.imah sejak minggu lepas, dah 2 hari msCruZee alami kekejangan otot. Buat aktiviti apa --- jangan ditanya! Ha ha ha! Bukan satu tempat, tapi 2 tempat!!! Paha and betis. So dalam 2 hari ni, msCruZee agak control kaki especially bile jalan depan orang len.....depan office colleagues, msCruZee tak heran sangat. Diorg pun agaknya dah tak larat ketawa nengok msCruZee jalan kengkang2. Especially depan Abang Zali. Nasib baik kawan2 se-office amat sporting. LoL!


Jadi, hari ni msCruZee buat sedikit research tentang kekejangan otot. You may check the full version from this url: http://bit.ly/V9Z7V - How to Eliminate Muscle Cramps. You Can Prevent This Problem. Article was written by Liz Noelcke.


Kekejangan berlaku apabila otot bergerak atau merenggang dan tidak relaks. Walaupun anda dalam keadaan relaks, otot anda akan keletihan dan sakit. Kekejangan boleh berpanjangan samada sehingga beberapa saat atau lebih daripada 25 minit. Bukan saja disebabkan oleh senaman, kekejangan boleh juga berlaku akibat tidur dan juga duduk!!! Selalunya berlaku di bahagian kaki.


Kekejangan boleh berlaku bila kaedah regangan yang dilakukan adalah salah, yang menghasilkan asid laktik dalam otot. Keletihan otot dan kekurangan air juga merupakan antara penyebab2 kekejangan.


Masalah kekejangan dapat dielakkan dengan melakukan beberapa cara untuk melegakan otot iaitu dengan regangan otot yang perlahan dan urutan perlahan pada bahagian otot yang kejang. Selain itu, ia juga dapat dilegakan dengan mengenakan ais pada bahagian yang sakit selama 15 minit. Ini akan menambah kadar peredaran darah pada otot.


Maknanya Abang Zali mmg tak tipulah! msCruZee ingat dia main2 bila suruh msCruZee letak ais pada bahagian yang kejang. Tapi nak keluarkan ais dari peti sejuk tu pun kena jalan....ehehe....sakitttt!!!

Sunday, October 4, 2009

Tahajjud Cinta - Dato' Siti Nurhaliza


msCruZee dah dengar lagu2 dalam album ni. Album Tahajjud Cinta ni di-released pada 10 September 2009 (awal Ramadhan), dan berkonsepkan keagamaan. Boleh dikatakan overall album is okay. Ada 8 buah lagu yang diselitkan dalam album ni:

1) Asma Ul Husna
2) Pintu Rindu
3) Tahajjud Cinta
4) Batasku Asaku
5) Ku Percaya Ada Cinta
6) Ya Rasulullah
7) Ketika Cinta
8) Selawat

Personally, msCruZee suka lagu Pintu Rindu, Tahajjud Cinta, Ku Percaya Ada Cinta dan Selawat. Tapi msCruZee mungkin bias, sbb dari dulu sampai sekarang msCruZee mmg minat lagu2 dan suara (ONLY) Dato' Siti.
Rate : 6/10