Wednesday, January 1, 2014

Selamat Tahun Baru 2014!!!

Yeay!!!

Dah masuk tahun baru. Hari ni merupakan hari yang sangat TIDAK produktif bagi aku. Sebab tido sepanjang hari --- ha ha ha apa laa yang memenatkan, aku pon x sure. Orang lain sibuk berpiket2 dan ber celebrate tahun baru kat tepi jalan raya, aku sambut atas katil. Lebih aman gitew. 

Rasanya penat tahun 2013 dah di cover setelah bangun tido tadi. Yeeeeaaaahhh!!! Alhamdulillah. Rasa sangat segar pulak malam ni.

Okay, nak mengenang semula cerita2 best dan 'kureng' best yang berlaku sepanjang 2013 ni, tak guna jugak sebab past is past --- cheewaaahhh. Takleh pusing balik masa tu pon. Tapi untuk mengenang dan ambil iktibar supaya aku dapat improve untuk tahun 2014 ni, why not, kan?

Yang pasti, azam tahun 2013 tak berapa banyak pon aku pasang. Boleh dikatakan aku hampir capai 98%. Satu pencapaian yang paling mantap sepanjang idop. Alhamdulillah. Tahun 2014 ni aku kene UP sket, bagi lebih bermakna, kan?

Banyak juga pengalaman yang aku dapat dan belajar tentang agama, real life, family, friendship dan career. Boleh dikatakan setelah berusia 31 baru aku tahu tentang mende2 ni. Siapa kata satu kehidupan itu sangat mudah? Ha ha ha.

Tahun 2013.

Alhamdulillah, ALLAH SWT jemput aku semula menjadi tetamuNya. Satu pengalaman yang penuh bermakna sebab kali ni aku ke sana dengan ibu, Uje, Dhila, Aunty Chah, Aqib dan Ya. Memang berlainan dengan tahun sebelumnya! Buat pertama kali dapat makan Al-Baik! Best!!! Ha ha ha. Kalau 2012 aku dapat sambut hari lahir aku kat Madinah, tahun 2013 ni aku berjaya khatam Quran kat Madinah. Seronoknya, Allah SWT je yang tahu. Syukur alhamdulillah sangat.

Dan yang paling penting, aku belajar tentang diri aku --- hamba Allah yang sangat lemah dan banyak kekurangan dalam ilmu tuntutanNya. Terlalu banyak yang aku kene baiki tentang diri. Entah sempat, atau pun tidak. Aku berdoa semoga Allah berikan aku masa yang cukup untuk menyediakan diri sebagai calon ahli syurga. Ameen.

Tahun ni jugak aku dapat tambah ramai kawan baru. Adik-beradik koir aku. Tambah kenalan pon dapat perbaiki diri. Terbentuk sebuah keluarga baru 'Armonia de EPF' dan dapat banyak juga pengalaman yang boleh meningkatkan mutu hidup. Kekalahan yang aku dapat pon boleh dijadikan api untuk bakar semangat aku. (Hmm --- cumanya, bila bercerita bab2 koir ni aku konflik sket. Aku ada jugak bercita2 untuk berhenti 'berseni' ni tapi kene carik masa sesuai.)

Jawapan 'masa sesuai' ni hanya aku sorang je yang boleh jawab. Kalau nak tunggu 'masa sesuai' rasanya sampai bebila la aku tak berhenti, kan? Okey Rena --- chaiiyokkk!!! Yang penting aku kene make sure jangan sampai me'lagha'kan. Insha Allah, akan tiba masanya tu. 

Balik je daripada menunaikan umrah, aku diuji dengan kemalangan kereta kat MEX, kene sapu dek angin lintang. Sekali lagi, syukur alhamdulillah sangat, kereta aku yang terbabas ke divider jalan tak jatuh ke bawah bukit tu. Dahlah aku tengah bawak anak angkat aku balik SSP masa tu. Kalo pape jadi, naudzubillah --- susah jugak aku nak hadap. Pengalaman ini mengajar aku tentang mati. Dah ready ke aku? 

Selain tu, tahun 2013 ni jugak aku dapat Anugerah Perkhidmatan Bakat utk tahun 2012. Heee --- satu pengalaman yang manis sekali. Gambar aku dan CEO kat pentas masa amek hadiah --- Serious, cam adek beradik uols!!! Alhamdulillah.

Yang paling penting sekali --- aku berjaya rapatkan semula ikatan keluarga. Aku belajar bertolak ansur dan tak menjadi anak yang kurang ajar. (Still struggling ni - ha ha ha). Aku belajar menyayangi semua orang dalam keluarga aku. Aahhh, romantis nya perasaan --- aik??? Ha ha ha.

Lagi, hmm --- aku berjaya ubat penyakit jiwa yang 'serang' aku pada tahun 2012. Alhamdulillah lagi. Dalam hal ini, Allah banyak sangat bantu aku. Haaa --- kengkawan, sesungguhnya dzikir itu memang ubat penyakit hati. Insha Allah.

Tahun ni jugak satu berita yang mengejutkan (Allah's miracle) kitorang terima --- ikut hasil med check up ibu yang latest, ibu macam takde penyakit glaucoma pon. Which kalau ikut statement renal docs yang sebelum2nya, we had to prepare for the worst. Ibu akan 100% blind dalam masa 3 - 5 tahun. 

Doctor bahagian kidney pulak dah scheduled for operation untuk buat saluran kat lengan ibu --- utk preparekan diri just in case kene dialysis. Tapi bile tiba hari operation tu, ibu tetiba warded disebabkan penyakit lain dan perlu buat minor operation lain lak. Dan terpaksa postponed operation dialysis prep dari masa ke semasa --- sampai ke tahun ni. Last checked, bacaan kidney ibu semakin baik. Allah, besarnya kuasa Mu!!!

Aku juga berpeluang melihat tempat2 bumi Allah yang cantik --- Dubai dan Istanbul. Mashaa Allah, cantik giler! Banyak tempat yang mengingatkan aku kepada kehebatan Pencipta. (Gambar2nye masih lom sempat aku kumpul daripada semua yang pergi untuk dikongsi dengan uols). ;) 

Last quarter of the year pulak aku diuji di tempat kerja. Alhamdulillah jugak, Allah beri aku beberapa jalan penyelesaian untuk aku pilih. Dan hari ni aku boleh kata, I've made the best solution. Again, terima kasih Allah. Dengan ujian2Mu, aku tahu aku tidak sendiri. Aku juga jadik lebih matang dan kuat.

Beberapa hari sebelum tahun baru juga, Along jumpe tabung aku berisi duit2 syiling RM0.50 yang nenek simpan dalam almari pakaian dia. Huhuhu sedihnya. Rindu kat nenek. Tahun 2014 ni dapat duit saku. Owh, cerita pasal arwah nenek --- tahun ni, pokok rambutan nenek masih berbuah cuma isinya tak berapa lekang berbanding sebelum2nya. Alhamdulillah. Redzeki tahun ni. Sempat juga diagih2kan pada jiran sekeliling dan juga kengkawan seopis.

Dan --- cerita penutup tahun yang paling adventurous ialah kes u-u (cik panjang melingkar) sempat bertukar kulit kat toilet umah blakang. Selamatkanlah kami daripada sebarang bencana, ya Allah.

Dengan pelbagai pengalaman dan cerita2 menarik yang aku tempuh sepanjang 2013 ni, aku tahu aku perlu perbaiki banyak lagi bende. Aku tak boleh mudah berpuas hati dan berputus asa untuk berjaya dalam dunia dan akhirat.


Doa Tahun Baru 2014
- Semoga aku dijemput Allah menjadi tetamu rumahNya lagi di tahun2 hadapan. Nak gi haji, Ya Allah! Heee....;) Panjangkan usiaku dan berilah kesempatan untuk aku perbaiki lagi diri untuk menjadi muslimah berpandukan tuntutan agamaMu.

- Semoga aku dan keluargaku diberikan kesihatan dan kekayaan (hati) yang baik olehMu. Kukuh dan kuatkanlah ikatan kami sekeluarga. Terangkanlah hidup dan hati kami dengan cahayaMu dan persiapkan kami untuk ke jannahMu.

- Semoga aku dan keluargaku dilimpahi dengan redzekiMu yang melimpah ruah untuk dikongsi bersama hamba2Mu yang lain. Semoga kami adik beradik semakin rapat dan sayang-menyayangi di antara satu sama lain. Owh, semoga pokok rambutan dan pokok manggis berbuah dengan lebih lebat lagi tahun ni.

- Semoga aku lebih tabah dan menjadi anak yang solehah kepada kedua ibubapaku. Semoga aku diberikan jalan untuk memberikan yang terbaik kepada ibu dan abah. Semoga Allah SWT melembutkan hati mereka terhadapku.

- Semoga aku dikurniakan kejayaan di tempat kerja. Semoga aku memperoleh gaji yang halal dan dielakkan daripada penyakit Malas. Semoga aku diberikan tenaga dan semangat yang tinggi di setiap permulaan hariMu.

- Semoga ditingkatkan darjah keimanan ku. Please, ya Allah.

-  Semoga aku tamat dan dapat sijil 'kelas jahit' aku tahun ni. Please, please, pleaseeee, ya Allah. Hi hi hi.

- Semoga tahun ini, mengajar aku LEBIH BERSABAR, LEBIH SOPAN DAN TIDAK KURANG AJAR dengan sesama manusia. Aku tahu, ini kelemahan yang perlu aku ubah.

- Dan, semoga tahun 2014 ini, aku berjaya ubat penyakit hati including makan hati, mengumpat, tidak berlagak, tidak sombong dan kufur nikmat, tidak riak / ujub, kurangkan sensitivity, tidak menyakitkan hati orang lain, tidak mengasari orang lain dan terhindar daripada penyakit2 hati lain yang seumpama dengannya. (Mengumpat yang paling payah uolss, aduiiiyaaaaa. Chaiiiyokkkk rena!!!)

Gambar yang di bitstripped kan =p
Tabung 50 sen Nenek!!!
Selamat Tahun Baru 2014!!!