Monday, November 28, 2011

iRead : Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha

Sebuah Novel Spiritual by saudara Taufiqurrahman al-Azizy.

Buku ini bukan mengisahkan tentang Zulaikha dan Nabi Yusuf. Apa yang buat aku tertarik untuk beli dan baca buku ni, bila aku terbaca sinopsis cerita:

"Saya takut menjadi musyrik. Saya takut menyekutukan cinta saya kepada Allah kerana cinta saya kepada Yusuf. Saya rindu untuk dikasihi Allah, tetapi hati saya dipenuhi kerinduan kepada Yusuf. Apakah saya sudah menjadi musyrik? Ustaz....tolonglah saya! Demi Allah, saya tiada kuasa untuk memilih satu cinta dari kerinduan ini."
Rintihan Zulaikha tentang cintanya kat Yusuf. Aku teros carik novel ni kat kedai blakang opis untuk tahu kesudahan cerita. 

Okey jugaklah. Ini kali pertama aku baca novel cinta berlandaskan agama. Agak tersentuh jugak. Sayangnya, bila novel ni diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia, ada beberapa ayat yang aku rasa pelik bila dibaca. Mungkin lebih okey kalo baca in Bahasa Indo agaknya? Just an assumption....

Note: Aku dapat relate cerita ni dgn kisah Zulaikha & Nabi Yusuf as. Cinta Zulaikha terlalu kuat. Bukan mudah untuk lupakan seseorang yang dah melekat dalam pale ni, kan? Tapi hati ini milik Allah SWT.......

iRate : 6/10

iWatchMovie: Al-Hijab

Pengarah : Pierre Andre
Genre : Seram
Pelakon : Pierre Andre, Nur Fathia, Maimon Mutalib, Aziz M.Osman & Nor Albaniah
Tarikh tayangan :  6 Oktober 2011
Klasifikasi : PG 13

Aku baru berpeluang layan filem yang dikatakan paling seram yang pernah dihasilkan di Malaysia, Al-Hijab.

Promo and trailer filem memang not bad. Ada rasa nak tengok jugak la. Tapi bile layan cerita ni dari awal sampai habis....hancusss.

Daripada barisan pelakon, skrip, pengolahan cerita, elemen2 seram ---- semuanya hampeh. Pelakon communicate dengan each other pon macam tak blend langsung. Macam baru blaja baca skrip yang tak paham maksud. Yang boleh pakai, rasa2nya special efx je kot? Okeyla....boleh tahan. Haa...poster filem pon boleh harap aa!!!

Jalan cerita tu sendiri, sangat lah longgar and tak strong. Tak ingat, berapa kali aku dok sebot, "Apa logik?" 

Cerita pasal seorang pelakon pembantu yang dapat peluang jadik hero cerita seram. Rafael ni nak menjiwai watak, perlu study cerita2 seram. Tapi masalah utama dia ialah dia tak takot hantu. So, dia gi wat research pasal hijab. Dek kerana teringin sangat nak nengok antu, dia carik jalan untuk bukak hijab. Tapi bila dah bukak....bila antu2 sume kaco dia....dia takot. Endingnya, dia sebok nak tutup balik.

(Geleng pale....ish ish ish....)

Awatlah hang bazir duit buat cerita cenggini, Pierre? Aku yang menonton ni, dok tahan ketawa jer nengok babak2 meleret kisah cinta antara Rafael ngan aweknya. Ini sudah macam syok sendiri je?

But untuk naikkan smangat tuan pengarah....aku puji gak la....good effort...good effort!!! =P

Jadik, cerita ni aku rasa sangat sesuai ditonton oleh bakal2 pelakon filem seram je kot? Maybe ini je caranya uols leh menjiwai watak dengan mendalam. He he he. Last2 jadik citer lawak pulak untuk aku.

iRate : 3/10

 

Sunday, November 27, 2011

Pertandingan Nasyid Puspanita @ 25/11/2011

Aku nak mula gimana eh? 

Hmm....Okey, aku mula dari awal la....

Penglibatan aku ngan Puspanita kat opis aku ni, rasanya aku dah pernah share awal tahun dulu. Masa tu, aku jadik AJK kecik je, bantu2 orang lain wat keje.

Beberapa bulan lepas letak post aku kat blog, ada pemilihan AJK baru. And aku actually tak mengharap langsung pon....tapi Alhamdulillah, kene calon jadik AJK induk. Obviously, aku bukan jenis orang yang suka sangat berkelab2 lebih2 lagi under Puspanita. Bukan sebab yang specific --- cumanya, aku ni tak berapa suka aktiviti2 perempuan yang libatkan kemahiran2 indoor. Tak terrer. Tapi bila dah terpilih, aku cuba gak buat yang terbaek...walopon masa tu, aku hampir panik gak....nak wat aktiviti masak2 ke, gubah2 bunga ke....menjahit ke.....yang mana sume mende tu, aku memang tak tahu langsung!

Masa pemilihan biro, memula nama aku masuk under Biro Kebudayaan. Tapi tetibe lak diorg tukar jadik Biro Sukan & Rekreasi. Aku --- angguk sajalah labu!!! Tak kisahlah memana.

Terus-terang aku ngaku, jadik AJK baru ni bunyi je senang. Tapi nak menghadapnya, rasa berat ngan panas je kat dada ni. Beberapa kali aktiviti yang biro aku anjurkan, ada beberapa pihak yang boikot secara terang2an....masa aku bentang proposal....ada gak yang membantah depan2.

Yang buatkan aktiviti2 biro aku berjalan so far --- memang disebabkan teamwork. Alhamdulillah, dalam team aku ada member2 opis aku yang best2 : Nit, Kak Zura, Wiwi, Rosziana, Robitah, Kak Noi, Kak Madz ngan Hazilah.

 Biro Sukan & Rekreasi

Dipendekkan cerita, bila aku bentang proposal untuk buat Pertandingan Nasyid ni....ada beberapa orang yang tak setuju and pertikaikan apa kene-ngene nasyid ngan biro ni. Siyesly, mmg takde, tapi aktiviti tahun ni yang biro kitorang handle dah capai target. So, apa salahnya buat satu lagi aktiviti yang libatkan penyertaan ramai, kan?

Cabarannya ialah --- penyertaan mestilah lebih daripada lima kumpulan, then barulah boleh proceed.

Itulah cerita awalnya. Tarikh dah ditetapkan...tup2 beberapa hari lepas tu, baru dapat tahu terpaksa buat drama gile sebab tarikh pertandingan nasyid sama ngan persembahan koir untuk annual dinner opis aku.

As usual eP ngan CRM bergabung untuk form kumpulan Tahajud Cinta. Nama ni kitorang pilih sebab masing2 baru lepas syok nengok citer pasal Ustaz Shauqi kat tv.

Aku jadikan pertandingan ni sebagai cabaran untuk diri sendiri. Belum cuba, belum tahu. Kitorang bukan nak target menang, cuma nak buktikan --- yang we ols boleh buat aktiviti ni berjalan lancar.

Persiapan, kitorang bahagi2kan tugas pada semua AJK. Dan Alhamdulillah, sume berjalan ngan lancar. Pertandingan Nasyid ni boleh jadik hari ini dalam sejarah sebab ini kali pertama kitorang wat aktiviti yang panggil artis (Bienda) datang sebagai juri. 

25hb November 2011. Ada dua acara berlangsung ; Pertandingan Nasyid ngan Persembahan Koir. Kalo nengok impak, kitorang terpaksa letak priority pada Persembahan Koir sebab ada VIP opis yang datang. Walopon camtu, masing2 cuba jugak buat yang terbaik nyanyi nasyid "Selawat" ngan "Hambamu".

Seawal kol 9.30am, kitorang menapak naik LRT ke PWTC untuk rehearsal koir. Pastu, balik semula ke opis dalam kol 11.30am untuk persiapan pertandingan nasyid. Adoiii, bayangkan laa drama apa yang kitorang buat. He he he...penat gile. Dalam kol 1.00pm, turn kitorang nyanyi atas pentas.

 Masa berkejar2 ke PWTC, naik LRT. Bau sudah tukar jadik mashaammm. Aiyyoooo...
 Tahajud Cinta

Owh --- aku ada nyanyi part solo untuk both songs. Dan hampir2 ruined the Selawat song sbb aku tertelan air liur lama. Seb bek team aku tak ngamok...hehehe.

Aku ngan Bienda (Artis & Juri Jemputan)

Alhamdulillah --- Kumpulan Tahajud Cinta dapat nombor 3. Aku dah cukup bersyukur. Lebih2 lagi dengan persiapan masing2 yang agak kelam-kabut nak pilih and tukar lagu last minute. Nak hapal lirik lagi.....kira dah cukup bersyukur la dengan nombor 3 tu.

Kejayaan aku, dapat buktikan pada orang2 yang cuba patahkan semangat aku awal2 hari tu. Thanks a lot pada ahli kumpulan Tahajud Cinta: Nit, Siti, Wiwi, Ros Azura, Ecah, Kak Sarimah, Kak Noi, Haslida ngan Robitah. Uols sangat best ah!!!

Bagi AJK Biro Sukan & Rekreasi dan AJK2 lain yang membantu kali ni: especially Kak Zura & Robitah (ala2 Floor Managers), Nit (marketing gurl), Wiwi (PR manager), Hazilah (the Emcee), Zimah (PA system lady), CH (Juruaudit), Faai (Photographer), Kak Salina (Juri Dalaman) dan sume orang yang datang menjayakan pertandingan nasyid tu, TERIMA KASIH BEBANYAK!!! Muaaahhhh.

=) Peace. Satu kenangan beshh gile untuk aku.

Saturday, November 26, 2011

South Korea Day 6 & 7

Sepanjang 5 hari yang sebelumnya, aku ada masa note-kan cerita2 menarik perjalanan smentara pujuk mata untuk tidur. Bagi hari ke-6 dan ke-7, memang tak sempat nak tulis apa2 sebab kitorang berkejar2 untuk ke tempat2 menarik and at the end of the day --- masing2 kepenatan teramat sangat.

We ols bangun awal gile....sebab pukul 5-6am dah kene terbang ke Jeju Island via Jeju Air. So, masing2 dengan mata yang berat terpaksa gak gagahkan diri ke Gimpo Airport. Beg2 yang berat, kitorang 'check-in' kan kat tempat Deposit Bag. So takyah la berkendong2 naik kapal terbang. Bawak baju yang cukup untuk dua hari pakai jer.

Suboh, terpaksalah dilakukan kat tengah2 airport. One thing about Koreans ni, diorg allow kita smayang kat tempat2 public diorg...hanya terpulang lah pada diri sendiri, nak malu ke tidak smayang depan2 orang. Kalo pikir malu je, payah gak nak tunaikan kewajipan ni.

Sampai Jeju Island --- ekspedisi mencarik syarikat Happy Car Rental. Puas lah kitorang mencarik2 arah as instructed tapi tak jumpa2. Last skali, kitorang tanya sorang Korean guy ni.....rupanya salah instruction daaa.....camne lah orang Korea ni blaja bahasa english agaknya?

Dah jumpa company tu....lama jugak kitorang stranded. Dengan masalah bahasa lagik....macam ayam ngan itik bercakap, campor lak hari tu Hari Raya Aidil-Adha....we ols susah nak call bebudak Mesia kat Incheon untuk mintak jadi translator. Diorg smayang raya. But Alhamdulillah, setelah 2 jam lebih wasted kat luar airport, berjaya jugak misi menyewa kereta.

Kak Huda drove us to Yeha Guesthouse. Tak jauh je dari situ....adalah dalam 5 minit perjalanan. Seriously, sangat puas hati dengan suasana kat Yeha. Sangat-sangat-sangat cantek dan ceria!!! Puas hati uols!!!
 Masa stucked kat Happy Car Rental
Yeha Guesthouse
 Sampai je kat Yeha, teros carik access ke internet. Best sbb ada pc and setiap floor ada wifi lagik.

1st destination yang aku tunggu2 nak pergi ialah ke Trick Art Museum. Ni disebabkan nengok citer Heartstrings laa....aku nengok couple tu gi dating kat museum tu. Tu yang excited nak pergi. Hasil daripada survey yang dibuat, museum ni ada kat Seoul ngan Jeju Island. Ini tempat wajib pergi, okey!!!

Usaha menyelamat Cek Nit daripada dihenyak kuda
Kelaparan....katak pon sanggopku telan
 Wow...merdunyaaa alunan muzik tuh!
 Malam yang koya....bersama Cek Nit
Berusaha menyelamatkan diri daripada dibaham singa lapor
 Giant and orang kerdil
Eh, sayangnya.... tertumpah sudah!!!
 Buai laju2 oleh Kak Zura, sampai tercampak kasut minah omputih ni
 Tunggu jap bang, I test rasa dulu!!!
 Ni apa men tarik2 baju?
 Cobaan menyelamatkan gorila
 Tatih...bebaik. Jangan jatuh!
 I hate this pic!!! Koyak lagik bagosss
 Pelan2 sket Cek Nit!!!...Bahu aku sakit ni
Masing2 lapar....makan dulu dalam kete!!! Selamat Hari Raya Eidul-Adha. Makan nasi campur serunding.
 
Solat Time kat tempat parking kete...sebelum bergerak ke next destination!
 Bergambar kenangan kat Pyoseon Haevichi Beach, Seogwipo
 Kat sinilah heroin cerita IRIS menunggu hero nya tak sampai2...rupa2nya dah mati kene tembak. Sob...sob...sob...konon this time, aku lah jadik heroinnya.
Seongsan Ilchulbong
 @Seongsan Ilchulbong: Walopon kehilangan napas nak panjat tangga setinggi 180m dari aras laut...berjaya gak sampai ke puncak!!!
@All-In House. Hari dah malam.

Hari terakhir di Jeju Island, we ols sempat cover beberapa lagi tempat menarik. Yang seronoknya....dan sangat ajaib, kaki kitorang dah tak sakit pon sepanjang duduk kat Jeju ni. Maybe sebab dah latih kaki panjat tempat2 tinggi masa panjat Seongsan Ilchulbong tu.

Satu fakta tentang places kat Jeju ni....hampir semua tempat yang kita nak pergi....obviously, memang sangat cantik! Tapi semua kene panjat tangga tinggi, okey. Jadi...bagi sesiapa yang ada masalah kesihatan dan ada pasang angan2 nak melawat Korea, aku nasihatkan maybe uols try jalan2 sekitar Seoul dulu. Bila dah sihat, barulah leh pikir nak sampai ke Jeju ni. Kalo tak, uols rugi tau. Tapi terpulang yerk....


 Dragon Head Rock. Mula2 puas gak aku belek batu besar kat blakang tu. Apa yang specialnya? Ha ha ha...konon bentuk kepala dragon, layan je laa

Cheonjeyeon Waterfall

This is one of my favorite places....Teddy Bear Museum. 
 Outdoor Museum
 Dengan teddy bears family
 With Princess Hour Teddy Bears
@Teddy Bear Museum
@Jungmun Daepo Coast
@Jeongbang Waterfall
Our Guest Note untuk Yeha Guesthouse sebelum check-out
 Lee Ting & friends....diorang ni from Malaysia jugak. Ramah gile menegur bila dengar aku bebel ngan kengkawan aku dalam Bahasa Malaysia. New friends!!!
Seterusnya, kitorang gi Loveland. Pics --- kalo uols nak nengok banyak lagik gambar, Google laa sendiri. Ha ha ha....aku nak bergambar ngan setiap satu patung pon terpaksa tahan gelak. Kalo ibu ngan kakak aku nampak aku posing lebey2....niaya. Lagipun, I maluuuuuu auwww!!!
Haa...ini masa masing2 sibuk kemas kereta sebelum pulangkan. Lepas ni nak kejar flight Jeju ke Gimpo Airport balik. From Gimpo, kitorang naik bas pulak ke Incheon International Airport.
Solat Isya' @Incheon International Airport. Masa menunggu flight balik ke Malaysia.