Tuesday, January 24, 2012

Ar-Raihul-Ahmar

Bila hati diusik bisikan syaitan, aku cuba banyakkan beristighfar. Jauhkan diri daripada berbual yang bukan2. Takut menimbulkan fitnah pula.

Akhir2 ni, jahat pulak hati aku terdetik yang bukan2. Petang tu, aku ke rumah seorang teman sekampung. Hiba pula melihat ibunya yang aku pernah jumpa sihat tubuh badan dahulu, lemah akibat penyakit angin ahmar.

Soalan ni aku ajukan pada kakak aku. Hanya ingin mengesahkan. "Long, betul ke penyakit angin ahmar ni disebabkan ujub?"

Along tak berani untuk mengesahkan, pernah juga dengar, katanya. Dan aku, dengan rasa ingin tahu yang meluap2, Google untuk dapatkan jawapan. Demi Allah SWT, bukan kerana aku ingin menuding jari kepada sesiapa yang ujub ---- hanya semata2 inginkan kesahihan cerita, selain daripada risau akan diri sendiri.

Aku tahu, ujian hidup Allah SWT datangkan pada kita dalam pelbagai cara. 

Aku manusia biasa yang kadang2 terdedah juga dengan penyakit ujub dan bongkak. Jadi, aku perlu ingatkan diri sendiri sentiasa.

Tetibe teringat pula kat buku doa ibu yang aku ter-hilangkan masa kat asrama, lebih sepuluh tahun dulu. Ibu berikan aku doa tu untuk aku baca sebab sejak kecil aku memang selalu ada masalah pening kepala dan migrain.

"Baca sekurang2nya sekali seumur hidup. Inshallah akan terhindar daripada penyakit angin ahmar." Pesan ibu.

Nak dijadikan cerita, ntah macam mana dek kecuaian aku, buku doa tu hilang pulak. Dahlah tak sempat baca, terhilangkan pulak! Jenuh la aku explained kat ibu dan mintak maaf.

Kali ni, hati aku tergerak untuk cari semula doa yang hilang tu. Alhamdulillah, teknologi sekarang memudahkan kerja aku. Ada internet, ada Mr Google, semua boleh cari, inshallah!

Lepas baca macam2 versi, aku rasa tanggungjawab aku pulak untuk kongsikan bersama dengan frens semua. Inshallah, kita sama2 dijauhi dari penyakit ini.

Apa itu Angin Ahmar (Ar-Raihul-Ahmar) / Strok?
Saintifiknya: Masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.

Punca angin ahmar termasuk kelanjutan umur, darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, dan merokok. Jangan merokok lagi, frens!

Puas hati dengan penerangan yang diberi dalam wikipedia mengenai penyakit ni, aku carik pula asal-usul angin ahmar dalam sejarah Islam.

Ar-Raihul-Ahmar di Zaman Nabi Sulaiman as
Semasa semua rakyat termasuk segala jin, manusia & binatang menghadap Nabi Sulaiman as, tiba2 timbul rasa ujub atau bangga diri; dalam hatinya berkata siapakah makhluk Allah SWT yang tidak mahu tunduk kepadanya.

Muncul pula satu makhluk seperti lembaga manusia, yang besar, gagah dan hebat serta garang. Nabi Sulaiaman terkejut dan menggeletar lalu bertanya kpd lembaga itu siapakah dia, dan mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa namanya Ar-Raihul-Ahmar (Angin Ahmar) iaitu penyakit yg amat berbahaya dari lain2 penyakit. Ia diberi kuasa utk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap masuk ke dalam urat saraf dan darah, dan juga otak seseorang sehingga hilang akal.

Nabi Sulaiman as segera mengarahkan panglima2nya agar membunuh Ar-Raihul-Ahmar itu. Namun lembaga itu menjawab bahawa tiada sesiapa pun makhluk yang boleh membunuhnya, lalu ia menghilang.

Angin Ahmar di Zaman Nabi Muhammad SAW
Cucu baginda iaitu Saiyidina Hassan bin Ali pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah. Ketika itu turun Jibril dan memberitahu baginda bahawa Hassan terkena penyakit Angin Ahmar, lalu baginda bertanya adakah penawarnya.

Jibril menjawab, "Ada." Lalu ghaib.

Sebentar kemudian Jibril kembali dan memberitahu Rasulullah, bahawa Allah SWT telah mengurniakan Doa mustajab bagi sesiapa yang membacanya walau pun sekali seumur hidupnya. Baginda pun membaca doa ini; lalu dengan sebentar itu juga sembuhlah Saiyidina Hassan, boleh berdiri dan sihat walafiat. Baginda lalu menganjurkan kepada para sahabat agar mengajarkan Doa ini kepada umat Islam sekalian.

Baca selanjutnya di Al-Azim.

Setelah meng-google, ini Doa Angin Ahmar yang aku jumpa. Selamat membaca!

No comments:

Post a Comment