Tuesday, January 24, 2012

Lawatan CRM + SeP ke RSK Cheras


Tarikh : 28hb Disember 2011 
(Yup, ini tahun lepas punya cerita. Tapi rasa2nya masih ada point berguna yang ingin dishare di sini. Tak apa, kan?)

Lawatan ini sebenarnya hasil usaha Seksyen CRM. Great effort and yang penting sekali nawaitu yg mulia.

We ols bertolak dari opis dalam pukul 9.30 pagi. Naik 3 kete. Bawa sumbangan ikhlas berbentuk pakaian dan juga wang ringgit.

Maybe aku boleh share sket pasal info on Rumah Seri Kenangan ni dulu.

Sampai saje kawasan Rumah Seri Kenangan, Cheras, rata2 kitorang semua tak percaya. Sangat luas!!! Disambut oleh seorang warga tua yang berbangsa Cina yang hanya boleh berbahasa isyarat.

Hati aku awal2 dah tersentuh. Tapi maintain je, dengan gaya jalan konon2 rock. Nak cover rasa sebak hati, aku sengaja usik Kak Sarimah yang obviously turut sama sebak. "Kak Imah, jangan tetibe bawak pakcik tu balik pulak!"

Kitorang diberi briefing dulu kat Bilik Taklimat.
@Bilik Taklimat
Kawasan seluas 15 hektar ini memuatkan seramai 114 orang warga tua berusia dalam lingkungan umur 60 hingga 93 tahun.

Terdapat bangunan bertingkat dan juga bilik kelamin yang lengkap dengan kemudahan2 lain seperti dobi, bilik komputer, bilik taklimat, surau, klinik, fisioterapi dan juga bilik mayat. Kesemua kelengkapan disediakan untuk keselesaan dan kemudahan para penghuni.
Wakil RSK menunjukkan Pelan Kawasan RSK Cheras

Dari segi bangsa penghuni RSK:
Melayu     57  org                       
India         18  org                       
Cina          38  org                       
Kemboja    1  org     

Ternyata, penghuni lelaki lebih ramai daripada perempuan.
                                    
Perempuan  39%
Lelaki             61%

Dan antara aktiviti harian yang diatur oleh pihak RSK Cheras ialah senaman pagi, kelas agama, fisioterapi, muzik, bengkel kraftangan dan juga pertanian. But warga2 tua tidak dipaksa mengikuti semua aktiviti. Ikut sekadar yang mampu.

We ols dibawa melawat dorm lelaki. Sempat berkenal2an dgn salah seorang penghuni dorm, Pakcik Mokhtar.
Carta Penghuni Asrama Kediaman Lelaki. Cool, kan? Teringat zaman skolah. =)

Actually sebelum sampai, kitorang dah dibagitahu...jangan bangkitkan sebarang pertanyaan yang sensitif. Nak ambil gambar pon, mintalah permission dulu. 

Yang ini, of coz mendapat persetujuan Pakcik Mokhtar dulu!

Bagi aku, keadaan dorm sangat selesa. Tilam dan katil, lengkap dengan almari pakaian --- hinggakan salah sorang daripada kitorg sempat berjenaka. "Kalo camni punye selesa, boleh book utk diri sendiri nampaknya."

Tapi jauh kat sudut hati aku...walapon tumpang ketawa....aku tau, manakan sama jika dibandingkan dengan rumah dan keluarga sendiri?

Asrama Kediaman Penghuni. Nampak selesa kan?

Pakcik2 dan makcik2 kat situ kebanyakannya dah berada dalam "dunia sendiri". Masing2 punye latarbelakang dan sejarah hidup yang pelbagai. Buatkan aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Moga, aku tak mengalami apa yg dialami oleh penghuni2 di sini. Ameen.

Kemudian, we ols dibawa pula ke ruang hiburan. Dari jauh kedengaran bunyi gendang, chimes dan beberapa alatan muzik dimainkan tanpa lagu....main sesuka hati.

Di ruang hiburan.....

Sebelum ambil tempat duduk, aku ngan kengkawan aku salam makcik2 yang duduk di sebelah. Sekadar menunjukkan rasa hormat dan ingin beramah mesra. Tapi bile lihat sekeliling...wajah2 mengharap makcik2 lain....ingin juga disalam, aku tak sampai hati.

Dengan ikhlas, we ols salam sume makcik2 yang ada kat situ. Antaranya Mak Pah, yang terus tarik aku dalam pelukan. "Macam anak Mak Pah."  Katanya sambil mencium kedua pipi aku.

Warning: Den ni luar je nampak brutal. Dalam hati, mmg ada taman lengkap ngan bunga2 dan rama2.

Aku terus tahan air mata. Walau betul atau tidak statement makcik tu, situasi tu tersangat awkward bagi aku.

Aktiviti seterusnye, we ols dihiburkan oleh warga2 tua RSK. Macam2 lagu ada...macam2 juga sore...masing2 sangat sporting! Dan aku...as usual cuba sedaya-upaya menjadi penonton paling supportive.
Pakcik Sheikh menyanyikan lagu Tidurlah Wahai Permaisuri

Tetibe lak encik emcee mintak wakil opis aku buat hiburan utk warga RSK. Dan aku yang mudah dibuli semua orang, mengangguk je la bile disuruh wakilkan orang lain. Nasib baik zaman moden ni ada Mr Google yang boleh carik lirik lagu lama. Aku tibailah lagu Syurga Idaman sambil ajak makcik2 dan pakcik2 menari. Naseb baek Wiwi ngan Robitah sanggop layan makcik2 dan pakcik2 menari. Mende ni hal spontan. Bab2 spontan ni aku kalot + gubra sket. Tatau nak wat apa selaen senyum, nyanyi and gelek2 kiri kanan.

Wiwi, aku ngan Robitah jadik penglipurlara....konon... =P

Lepas puas berhibur dan menghiburkan, we ols ikut warga RSK ke dewan makan. Kitorang diberi peluang untuk serve makanan kat pakcik2 and makcik2.
Ada juga yang masih ingin beratur sendiri mengambil makanan
Pekerja2 RSK yang ramah

Dah habih masa makan, we ols tolong bawakan pinggan kotor ke baldi pulak. Masa ini juga we ols gunakan utk beramah mesra dengan warga tua.

Aku yang hampir2 meleleh ni banyak habiskan masa dengan offer bantuan aku untuk bawak pinggan kotor. Takpelaa...xmo borak. Takot nangis. Aku sanggop wat keje lain asalkan membantu.

Tetibe datang sorang pakcik dengan wajah kerut. Nampak betul2 runsing. Tanya aku asal dari mana. Aku layan je la pakcik tu borak. Layan punye layan...mau ikot balik daa....lemau sungguh. 

Aku pon bgtau...takde orang kat umah. "Kan seronok tinggal kat sini dengan kawan2?"

Pakcik tu mula luahkan perasaan. Yang ini, aku rasa mungkin ada masalah psikologi. Wallahualam. Tapi cara dia cakap berulang2...dan minta aku carikan tempat tinggal lain kat area umah aku...ada kemungkinan gak.

Aku tak bermaksud nak menghina. Aku tau, insan2 ini adalah mangsa kepada 'kehebatan duniawi'. Bila bebudak opis aku tanya dia, dia akan ulang balik statement yang sama. "Saya nak minta dia tolong carikan tempat kat Sg Buloh." Katanya sambil menunjuk kat aku.

Aku bagi isyarat mata je. Soh bebudak opis aku layan je apa yg pakcik tu cakap. Akhir sekali, pakcik tu mintak aku tulis surat kat dia. Den ni anak yang baek hati, den anggok je la. Asal pakcik bahagia!

Dan aku terus ajak pakcik tu bergambar. Walo memula ada sikit pelek...sebab pakcik tu cuma nak bergambar berdua. (Ini sudah lain macam, pakcik!) Seb bek Wiwi yg memahami ada. Teros ajak sorg lagi pakcik yg tercegat dari tadi kat sbelah bergambar sama. Dan penghuni paling digemari, Baby (berbangsa Cina yang menjemput kitorang masa sampai) datang berdiri kat sbelah aku untuk bergambar bersama.

Peace, u ols!

Satu pengalaman yang sangat bermakna. Penting untuk aku jadikan tauladan hidup. Satu pengajaran untuk aku jadi seorang anak dan penghuni bumi yang baik.

Aku doakan semoga semua warga di sini berjumpa kebahagiaan masing2. Pengalaman hari ini jadikan aku lebih mengingati Allah SWT. Semoga aku sentiasa kuat mengharungi segala dugaan Allah. Ameen.

No comments:

Post a Comment