Monday, February 6, 2012

Maafkan Angah...Memang Angah yang Sembunyikan Buku ASB tu

Hari ni tengah kemas2 barang dalam bilik, terpegang buku ASB aku.

Teringat pulak aku kat arwah nenek. Biasalah, angin 'koya' ni datang malam2 cenggini. Hmm --- rindu!!!

Aku ni kalau bab2 menyimpan duit --- memang 'bercinta' jugaklah. Baru simpan beberapa bulan dalam ASB, tup2 dah beratur kat bank untuk keluarkan. Pendek citer --- aku memang boros. Yang tahu dan masak ngan perangai aku yang satu ni, memang nenek sorang.

Awal tahun lepas, arwah nenek memang sedar tahap kesihatan diri yang makin menurun. One thing yang aku nak puji tentang nenek, ialah tang 'planning'. Sangat tip-top. Nenek akan duduk kat her 'thinking-chair' sambil pandang luar rumah untuk buat perancangan sepanjang tahun. Kengkadang tu, apa nak buat tahun depan pon, dia dah rancang.

Dari masa ke semasa nenek buat appointment ngan family members untuk ke bank. Proses ni, aku ngan nenek panggil "Tumpang Akaun". So, seperti ahli keluarga yang lain gak bila tiba masa nenek nak 'tumpang akaun' aku, terpaksalah aku ambil cuti.

Ini pesan nenek, "Duit yang nenek tumpang dalam akaun Angah ni tak boleh keluarkan. Biar dia berbunga sampai Angah tua." 

Aku ingat lagi, masa tu kat meja makan, aku sempat buat lawak. "Kalau terpaksa keluarkan sesangat sebab emergency?"

"Emergency cam mana?"

"Nak beli handphone baru." Jawapan aku teros buat nenek jeling dengan muka masam.

"Hish...Jangan keluarkan orang kata!" Aku mengangguk setuju gak. Maklumlah, nenek sudi 'tumpang akaun' aku pon dah kira bersyukur sangat lah! =P Heee....

Tapi, as usual --- beberapa bulan lepas tu, aku dah beratur kat bank untuk proses pengeluaran. (Of course, aku masih simpan janji aku. Aku keluarkan duit sendiri. Memang tak usik duit 'tumpang' tu.) Cuma mungkin masa tu nenek dah dapat agak, dan mula risau ngan sikap cucu dia.

Tak lama je lepas lawatan aku ke bank, aku perasan buku ASB aku hilang. Memula aku cari kat dalam bilik. Takde. Pastu aku selongkar habis meja opis aku. Pon takde. Bila sume tempat takde, aku mula gubra.

Instinct aku masa tu, buat aku sengaja tak mahu tanya nenek dulu. Balik rumah macam biasa, act pon macam biasa --- bila nenek dah lelap --- aku tros masok bilik nenek. Jalankan penyiasatan! Konon cam dalam citer Enid Blyton tu --- Lima Penyiasat!!! Ha ha ha..... Dan seperti yang aku sangka, memang neneklah orangnya!!! Ha ha ha. 

Apa aku buat??? Like grandma, like granddaughter laaa!!! Aku pon sembunyikan balik!!!

Sampai ke hari ni pon, aku memang tak salahkan nenek sebab sembunyikan buku ASB aku. Kalo aku dapat cucu yang boros cam aku pon, aku akan do the same rasanya.

It took 2 days untuk nenek perasan buku ASB aku dalam 'sorokan' dia dah hilang. Memang kelakar. Dia tanya semua orang kecuali aku. Sampai hari ke-3 pencarian, baru dia tanya aku.

"Buku simpanan ASB Angah ada pada Angah ke?"

Aku just jungkit bahu. "Mestilah kat Angah. Takkan nak suruh kawan simpan. Tapi tak ingat letak mana. Hari tu cari, macam tak jumpa. Ada kat opis kot?"

"Dah cari?"

"Malas laa nak carik sekarang."

Nenek diam. Tapi aku tau, dalam hati dia ada puting-beliung. Aku perhati je dari jauh. Dia dok selongkar satu rumah sampai kol 11 malam. Nak kesian, tapi masa tu ada sikit geram gak. Syaitan dalam diri cam menghasut2.

Sudahnya, malam tu aku takleh tidur. Rasa sangat serba-salah kat nenek sebab tipu dia. Of coz nenek yang tipu aku dulu. Tapi dia tipu dengan sebab konkrit. Aku tipu dia sebab geram. And tru ahli keluarga aku yang lain, aku dapat tahu nenek minta tolong Nek Dah untuk cari buku ASB aku yang hilang.
Seriously guilty. Aku tunggu beberapa minggu jugak untuk ngaku kat nenek yang buku ASB tu ada kat aku. Tapi dengan gaya selamba dan 'cool'. =P Macam tak pernah bersalah.

"Mana angah dapat buku ASB tu? Bukan hari tu cakap hilang?"

"Eh, Angah tak cakap hilang lah. Angah cakap tak jumpa. Tapi rupanya ada je dalam bilik tu."

Muka nenek macam terkejut. Hairan pun ada. Tapi lepas tu, rasa guilty aku makin bertambah sebab nenek terus buat solat sujud syukur. Terasa jahat gila pulak.

Hal ni kalau dikira2 dah nak hampir setahun dah. Aku ngaku aku bukan cucu yang baik. Tapi bila aku ingat2 balik, sepanjang hidup aku, selain tipu pasal ke mana aku pegi --- dengan siapa aku keluar --- dan ke mana hilangnya buku ASB aku ni --- rasa2nya takde tipu mende lain.

Alhamdulillah, lawatan aku ke bank untuk pengeluaran ASB sekarang memang sangat kurang. Aku pun dah mula menyimpan untuk masa depan. Dalam proses belajar untuk tidak menjadi boros. Takdelah cam dolu2. Inshallah.

Demi Allah SWT, kalau diberi kesempatan --- aku teringin sangat minta maaf kat nenek and mengaku......

"Maafkan Angah....Memang Angah yang Sembunyikan Buku ASB tu."

So, kengkawan --- mohlah menyimpan dari sekarang!!! Bijak Dahulu, Bijak Sekarang. =)

No comments:

Post a Comment