Friday, May 21, 2010

Lama Tak Menulis.....

Do you like this post?
Minggu ni, ada tiga (3) orang tegur, "Busy ke?"
Jawapan standard aku, "Taklah. Buat2 busy je." Ha ha ha. Memang pun! Bagi aku, selagi ada masa borak + buang air + makan.........aku MALU nak cakap busy. Masa aku buat operation kat bank dulu, nak gi toilet pun terlupa. Dah balik umah baru ingat, sehari suntuk tak buang air! Jadi, perlu bersyukur wooo...... (FYI, kat dua (2) bank yang aku penah keje dulu, nak gi toilet pon kene timing. Lambat kuar toilet pon ada orang perhati).
"Kenapa tanya?"
"Sebab dah lama tak update blog."

 Last Updated on 10th May 2010 (Not that long, actually?)

Dalam hati aku ---- auwwwww ---- you pembaca blog I rupanya!!!! Yang kelakarnya, aku tatau pon orang2 ni membaca citer2 mengong aku. Peah tak sangka! Sebab depa ni bukan dalam circle aku pon! Pastu depan2 selalu buat2 tak kenal. Walo apa pon, Peah hargai you ols! At least Peah tau, ada yang membaca penulisan Peah! Mekacih. Mekacih. Merci beaucoup!

Minggu yang memenatkan!

Tapi menyeronokkan! Seriously!!!

ISNIN - Hari unit aku buat sesi perkongsian ilmu bagi kajian yang dah dilakukan. Awal pagi, ada sesi perbincangan mengenai dokumen perjanjian projek. Satu pengalaman baru dan pembelajaran yang aku dapat dalam sesi ni!!! Dah hampir dua (2) tahun kerja kat opis ni, baru pertama kali aku dapat belajar tentang penyediaan dokumen perjanjian dengan pegawai2 daripada legal department. Dah hampir siap, baru aku tahu --- sepatutnya sesi ni diconduct oleh jabatan tu sendiri!!! Padanlah, diorang pon bagi cooperation yang superb. Ha ha ha --- kitorang 'ter'pandai2 lak lead session tuh! BUT still --- BEST sebab dapat belajar. Depa pon sangat cooperative!!! 

SELASA - Sejak minggu lepas aku dah dibagitahu oleh Fai SKALI, mintak me-review Ujian Skrip Kepenggunaan untuk projek yang aku tengah buat. Tapi biasalah --- bunyi macam senang gile. Baca / Review jek! Tapi mak oooiii --- aku rasa dah tiga (3) malam berturut2 aku tidor ngan skrip tuh! Payah benar aku nak latih mata aku ni supaya fokus dan hantar mesej ke otak supaya proses dan faham. Hasilnya, mungkin sebab dek terlalu fokus --- aku tidur ngan kurr kurr --- ha ha ha. Hari Selasa aku block sesiapa pun panggil (termasuk ke cafe =P) sebab aku memang tak ada pilihan len. Esok ada end-to-end UAT session! Takkanlaa aku nak menunjukkan kemengongan aku depan sume orang. Organize UAT tapi tatau isi! So hari ni ialah hari BACA dan FAHAM.

RABU - Hari UAT bagi projek IT telah dibook awal2 oleh braders kat unit penambahbaikan. Lepas Kak Aimy tinggalkan vendor and Kak Zura tinggalkan Jabatan IT kat tempat aku --- tinggallah aku sorang2 wat projek dengan ke-blur-ran. Mana taknya --- vendor letak orang2 baru sambung projek tuh. Bebudak tu lak (lepas dah jadik geng), bagitau aku --- depa pon nak blah gak! Muahahahahauuuu <<< ini ketawa campur nangis! Pegawai2 kat tempat IT lak tak berapa 'mesra'  ngan aku (except a few close frens aku yang ternyata sangat membantu! you know who you are!!!). Sejak peristiwa 'EMO' nangis sebab marah and frust dalam meeting projek beberapa bulan lepas, aku sendiri malu nak hadap muka beberapa orang. Lepas dua bulan baru aku berani tegur diorang balik. He he he --- tebal woo muka! Tapi mungkin disebabkan scene kemurungan tulah agaknya, alhamdulillah --- brader2 unit penambahbaikan hulur bantuan! At least kalo aku kene berenti keje pon, ada jugaklah beberapa projek aku dapat siapkan. Sehari suntuk, agak busy menggodek soklan ujian sistem.

Owh, hari ni aku dapat makan FREE. Dibelanja oleh Cik Hariah! Alhamdulillah --- rezeki! Petang tu nye sesi mesyuarat ngan AJK projek terpaksa dibatalkan kerana perut tidak berapa sodap dan kebetulan beberapa AJK penting tak dapat hadir! Seb baik ----

KHAMIS -  Pagi. Aku dengan semangat rajin, menghadirkan diri dengar taklimat yang jabatan lain anjurkan. Tak sangka lak, sume dak seksyen aku dah pakat takmo pergi --- memasing busy.  Jadi, aku sempatlah memesrakan diri ngan 'Orang2 Risiko' yang kena hadir gak. Dan yang best lagi --- makan FREE! Tapi perut den dah kenyang sebab memang dah breakfast pagi tu. Jadi tak dapek nen menikmati kesemua juadah yang dihidangkan. 

Aku kuar awal sebab slides untuk sesi perkongsian ilmu petang tu masih lom siap. So, Kak Zura tolong amikkan notes. Mekacih, kak! Tengahari tu --- Rezeki lagi!!! Si KB nye farewell daa. Dah macam celebrity lak aku nengok mamat seluar bunga ni punya majlis! 

Petang. Aku buat knowledge sharing - Pengurusan Stress. Hua hua hua.....tetiba si Ruby ngan Adreana pon join sekali! So, informally sesi tu diberi kepada tiga (3) seksyen. Perghh --- penceramah tros jadik stress! Wakakaka.


JUMAAT - Yahoooooo!!!! Hari ni hari FREE. Pagi je ada perbincangan pasal budget sekejap. Pastu ada follow-up session pasal findings UAT. The rest, membuat perancangan untuk progres projek - apa lagi --- setkan meeting, buat slides, follow-up calls, jawab emails. Sebenarnya keje2 ni la yang aku enjoy buat. Aku tak tipu. Sebab bile benda sume dah elok teratur, aku dah terus lupa citer2 lain termasuk si Mat Wilam yang buat perangai tiga hari berturut2 nih.

 Nikon Coolpix 5200 2005

Tengahari. Aku ganti battery Nikon Coolpix 5200 aku. Pastu beli lak Nikon Coolpix S4000. Memula ingat nak jual Nikon lama. Tapi bila aku pikir2, tu hadiah daripada abah masa aku graduated dulu. Kalau jual, maknanya aku jual memori tu gak. Lagipun, aku ingat lagi dulu masa dia beli set Nikon with accessories tu harga nak cecah RM2K tapi skarang kalo jual dalam RM200 jek. Rugi wooo --- baik aku simpan. At least ada gak good memories dengan abah. =)

Nikon Coolpix S4000 2010

Petang. Jalan kena tutup sebab ada Citra bla bla bla tu. Bagi laluan untuk orang wat raptai menari? Tula yang orang bagitahu aku. Lantaklaa --- yang aku tahu, sebab nak bagi laluan tu, jem dalam bangunan opis aku menyebabkan spirit shopping aku ngan Kak Zura datang mendadak. Kak Zura nak beli baju untuk family. Aku terpaksa tinggalkan purse sebab takut lebih belanja. Maklumlah, disebabkan Mat WiLam banyak buat penyakit 'manja', duit belanja aku pergi jelajah negara2 omputih tu dah banyak terguna. So, sempatlah kitorang gi (owh si Nitti pon join gaks menceriakan sesi petang) kedai kain Harrison dan KFC! Pas maghrib, ngam2 jalan dah OK!

MESEJ UTAMA-nya : Sepanjang minggu ni, murah jugak rezeki aku. Tiga kali makan besar FREE. Alhamdulillah --- dalam pada susah, ada gak senang. Kat post ni, aku takmo citer hal2 susah tu. Kalo diingat, leh pening pale! Tulah antara cara mengelakkan stress ye kengkawan! =P

No comments: