Tuesday, April 20, 2010

iRead: 101 Doa daripada Hadis-Hadis Sahih oleh Ustaz Zahazan Mohamed

Do you like this post?
Pagi semalam --- agak2 dalam pukul 3.00am ada sesuatu yang gerakkan kaki aku. Terkejut aku bila nampak ibu berdiri depan katil aku dalam gelap. Ibu hypo lagi ke??? (sebutan: "haipo". Penyakit terkurang gula yang berpunca daripada diabetics). Nak tahu lebih lanjut, sila Google sendiri la eh. =P

"Nah, ibu bagi ni. Bacalah." Kata ibu dengan perlahan sambil letakkan sebuah buku berkulit keras yang masih berbalut plastik.

Dalam mamai, aku ambil buku tu dan terus selitkan bawah bantal. Tak berpikir langsung. Napelah ibu bagi buku pagi2 camni? Nape tak tunggu subuh?


Jadi, aku pergi opis semalam macam biasa. Hadiah buku semalam tu bukan dalam mimpi. Sempat gak aku bawa buku yang ibu bagi. Dah sampai opis (dalam pukul 6.40 pagi), aku terus buka balutan plastik. 

Tajuk Buku : 101 Doa daripada Hadis-Hadis Sahih
oleh Zahazan Mohamed

Tapi cam terpukul lak diri sendiri bila terbaca mesej penting - pendek dan penuh makna - Ustaz Zahazan kat muka depan buku tu:

"Buat saudaraku yang bermasalah, berharap & ingin kembali ke pangkal jalan."

Kak Zam (office colleague) ketawa besar tengok muka aku yang kelat2 masa baca mesej tu. "Ha, itu mesej dari ibu lah tu!"

Satu hari suntuk aku dok bingung sensorang. Jahat benorlah aku ni agaknya. Ibu nak soh aku jadi baik sampai kene beli buku agama. Nape tak cakap terang2 je? Dahlah bagi aku tengah-tengah pagi buta. 

Bukannya apa, aku ni manusia gak. Kengkadang tu ada gak sifat2 overacting yang aku sendiri tak perasan. And aku tak kisah kalo orang bagitau atau tegur depan2. Tapi aku kisah giler kalo orang tegur aku siap buat satu sesi khas, pastu cara sampaikan tu macam gaya nak berdakwah lak. Siap dengan kata-kata akhir, "insyaAllah, hati adik akan terbuka untuk berubah..." Huaaa --- omak. Sedih benar aku bila ingat cerita lama dulu. KTL tu layan aku cam budak rosak akhlak!

Aku ngaku, memang banyak kali gak aku kene tegur ngan KTL2 (Kakak2 Tudung Labuh)kat  matrix and UM dulu. Poyo tol. He he he, sebenarnya aku yang jahat, aku ngaku! Tapi beb, kalau nak tegur --- sempoi je la. Aku ni dah tua. Walau korang tegur cara gurau pun, input tu tetap masuk otak aku untuk diproses. Korang relaks, aku pun relaks. Tak yah laa siap angkat tangan doa sama2 untuk aku berubah lak. 

Apa2 yang berlaku, aku teringat gak ngan ajaran Sifoo beberapa bulan dulu. "Always back to the source!" Dan itu yang aku kena buat. Kalau ibu aku nak bagitau, mmg aku jahat, aku tak kisah. Takpe, ibu tetap ibu.

Balik umah, aku tanya ibu. Ibu pon gelak besar dengar mesej tu. Ibu mmg tak tahu langsung tentang mesej tu. Dia beli untuk sume anak2 dia sebab dah lama dengar pasal buku doa tu dalam radio IKIM. Kebetulan ibu kepenatan balik dari sekolah petang semalam. Jadi tak sempat nak bagi aku buku tu malam tadi. Bila bangun tengah pagi untuk sembahyang tahajjud baru dia teringat nak bagi buku tu kat aku.

Pengajaran penting : Dont Assume. Bertanya, untuk pastikan sesuatu andaian tu!

Okay, bercerita balik tentang buku yang baru aku dapat ni. Aku tanya kenalan2 aku --- and most of them memang kenal siapa Ustaz Zahazan ni dan tahu tentang buku himpunan doa ni. Aku baru tahu! Maklumlah, aku ni baru nak mula berjinak2 dengan penulisan bidang agama. =) 

Aku lom habis baca, hanya sempat selak2 mukasurat untuk tengok isi kandungan secara kasar. Bahagian depan diselit dengan kepentingan doa dan adab2 berdoa. Bahagian tengah ada himpunan doa harian yang kita boleh gunakan untuk amalan hidup.

Aku target untuk cuba habiskan by end of this month. Skarang aku dah belajar cara-cara membaca buku dengan cepat. He he he.....tak perlu from cover-to-cover. Yang penting, isi kandungannya!

Okay, kalo ada sesape nak pinjam --- insyaAllah boleh! Bagi aku habis baca dulu.

No comments: