Wednesday, December 24, 2014

Indahnya, Kashmir! Part 1

Cerita aku kali ini tentang negara INDIA. Travel period: 22 - 30 Oktober 2014.

Okay --- meh aku citer dari mula. Kenapa India?

Secara jujurnya, aku pon tatau! Ramai orang tanya aku, memang payah aku nak jawab. Sebab I don't have the answer. Sebab negaranya kah? Sebab penduduknya kah? Sebab foodnya kah? Atau sebab Shah Rukh Khan? Errkkk. =P


Masa Matta Fair, member aku Ruby called tanya aku. Ada pakej ke India. Mahu ke tak? Tak pikir panjang, aku jawab je OK. Terun ON

Perjalanan Malaysia - India ambil masa dalam lima jam. Sampai jek kat Inderagandhi International Airport kat Delhi, India aku masih gak rasa macam kat Malaysia. Dalam kapal terbang sempat lagi bermesra kejap ngan Indians dari Malaysia yang sama bercuti kat sana. Excited giler! Seb bek aku tak nari bangra.

Tour agent bawak kitorg gi The Acura BMK, Bilik 409 --- untuk berehat. Esoknya jam 6.00 pagi dah kena bangun dan siap untuk ambil local flight ke Kashmir. Perjalanan kali ni, dari New Delhi-Kashmir-Agra-Jaipur-New Delhi.


KASHMIR

Aku naik local flight GoIndigo. Sampai je kat Kashmir, Baba Ghulam dah tunggu. Keadaan kat sekitar Kashmir ni --- dari kuar kapal terbang sampai la ke boat house, macam menggerunkan sket. Sebab leh nampak askar2 dia merata-rata kat tepi jalan besar dengan senapang. Aku nak amek gambar pon tak berani --- hu hu hu --- risau tak sempat balik Mesia. Tak pasal2 kene tembak.

Aku ngan member aku sengaja nak gi Kashmir walopun baru je dilanda banjir. Konon nak nengok apa jadik kat situ ler --- kot2 leh jadik geng penyelamat ke. Sceneries kat sana yang indah2 belaka tu, banyak yang dah rosak. Sedih.

Baba Ghulam beli fruits
Buah epal kecik. Rangup giler!
Check-in dulu kat boathouse
Srinagar: Shalimar Mughal Garden
Shalimar Mughal Garden ni terkenal dengan bunga2 yang berwarna-warni.
Suka lak aku nengok orang2 ni bercucuk tanam.
Cantekkkkk
Sempat bergambar kenangan sambil nengok ukiran-ukiran cantik
Nishat Garden
Renyai di Pahalgam.
Owh, masa otw ke sini ada lalu jambatan lama dalam citer Sangam. Epik!!!
Kat tempat horse riding. Tapi tak naik pon =(

Perjalanan balik ke boathouse ambil masa dalam 2 jam. Baba Ghulam bagitahu, malam ni kitorg kene gi kenduri. Waaaa best, best --- best!!!
Kenduri Kashmiri. Orang pompuan duduk, orang laki sibuk wat keje. Hmm --- aku seswai kot jadik org Kashmiri. Ha ha ha.
Bergambar kenangan ngan pengantin pompuan.
Ini 'Nasi Ambang' orang Kashmiri. Leh kongsi 3-4 orang. Ada lebih 8 lauk. Senak giler peyottt.

Apa yang aku belajar tentang negara India tang Kashmir ni:
1) Diorg pandai jaga taman2 bunga. Aku tatau normal ke tak, tapi guys kat sini suke pegang2 tangan. Bile aku tanya, ada orang kata normal.
2) Orang2 Kashmir cerah dan lawa2. Mostly mmg muslim. 
3) Orang Kashmir ramai yg miskin dan susah.
4) Aku suke gak makan 'nasi ambang' Kashmiri tu.
5) Diorg hormat gile ngan perempuan tua (nenek-nenek). Patutla dalam filem hindi ngn tamil, characters nenek ni agak power.
6) Sesapa nak beli souvenirs, beli je la kat airport. Lebih selamat drpd ditipu. 

Okeh, aku sambung piccas lain lenkali lak. Mood malas aku datang lak tetibe. Ha ha ha. 

Adios.

No comments:

Post a Comment