Monday, June 2, 2014

Jet lag

02/06/2014
Tolong...........................
Aku takleh tido!!!!!!!!!!!

Dah jam 3.30 pagi. Ada 1.30 jam je lagi untuk aku siap2 ke kerja. Allah, tolong!!!

Berapa kali aku bukak tutup cerita bersiri Arrow ni. Dah habis Season 1, aku sambung pulak Season 2. Mata masih tak mengantuk. Pertama kali aku Jet lag. Huaaaaa. Padan muka. Aku suke kata orang mengada2.

Apa itu Jet lag?


Jet lag ni dikenali jugak sebagai sindrom pertukaran zon waktu 'ordesynchronosis'. Jet lag boleh berlaku bila kita selalu travel terutamanya dari timur ke barat, atau barat ke timur dengan menaiki kapal terbang. Sindrom ni sebenarnya merupakan satu keadaan fisiologikal yang mengganggu kitaran jam tubuh badan kita atau body clock. 

Bagi sesiapa yang kene jet lag ni akan rasa pening2 dan penat. Lagi jauh zon masa yang diredah, lagi teruklah symptoms jet lag yang dirasa. Pattern terjaga-tidur kita juga akan berubah dan terganggu.

Dah 2 hari aku tak dapat tidur malam. Kepala dah berat dah ni. =( Meh aku kongsi tanda2 jet lag dan cara2 untuk kurangkan simptom jet lag yang aku dah Gugel untuk uols.

Tanda2 jet lag:

  • Sakit kepala
  • Penat
  • Insomnia
  • Depression yang ringan
  • Hilang daya fokus
  • Hilang selera makan
  • Keliru
  • Pening
  • Peluh yang berlebihan
  • Diarrhea atau Constipation (.....sakit perut la tu)

Cara2 untuk Mengurangkan Jet Lag Symptoms

  • Senaman
  • Minum air dalam kuantiti yang mencukupi
  • Segera tukar kitaran aktiviti termasuk waktu tidur dan jaga mengikut zon masa yang baru
  • Elakkan tidur yang sekejap (napping) walaupun uols rasa terlalu letih. Ini dapat membantu proses pertukaran zon masa tersebut.
  • Owh, gunakan sunglasses juga dikatakan dapat membantu!

Okay, pujuk mata untuk tido!!!.....Zzzzzz
 

No comments:

Post a Comment