Monday, May 26, 2014

Paris Trip : Day 4 Jenjalan di Kota Perancis

23/05/2014
Meromantikkan Diri

Hari ni aku dan famili aku habiskan masa dengan jenjalan sekitar Paris. Apa yang aku boleh kongsi kat sini, selain daripada tempat2 menarik --- orang2 Perancis sangat kaya dengan nilai budaya. Seperti posting aku yang sebelum ini, trip ke France kali ni --- berbeza dengan yang dulu. Kalau dulu, pengangkutan awam yang aku gunakan ialah RER dan Metro, kali ni kebanyakannya menggunakan bas.

Lebih OKU-friendly!

Nak kata persekitaran bandar --- taklah bersih sangat. Aku rasa macam KL gak. Tapi graffiti artwork diorg banyak giler dan merata2. 

Perjalanan daripada Suite Novotel ke perhentian bas yang terdekat --- Porte de Chapelle.
Sebelum naik bas, kitorang breakfast dulu kat restoran ni. Agak mudah untuk carik restoran yang jual Halal food. Alhamdulillah.
 Chicken Doner
Tiket bas

Tips: Bagi yang dah buat keputusan untuk jenjalan sekitar bandar dengan menaiki kemudahan bas, lebih baik beli tiket untuk 1 hari teros. Harganya dalam 10.85 Euro. Tapi hati2, jangan tercicir pulak tiket bas ni tengah jalan. Sebab kecik benor.

Best gak naik bas kat Paris ni. Aku suke nengok bila penumpang yang berusia naik bas, penumpang yang lain akan berikan tempat duduk. Kat Malaysia, bukan tak ada penumpang yang ada nilai2 murni begini, cuma tak lah sampai orang luar nampak dengan ketara. Ramai yang buat2 tak nampak, ada lah.

Ada sekali tu dalam bas, aku tertidor kepenatan. Bila aku bukak mata jek, terkejut bila nampak aku dikelilingi nenek2 berusia yang berambut putih. Malu gile aku, tros offer diorang tempat duduk. Tapi nenek2 tu menolak, soh aku duduk. Agaknya, mesti diorang tak sampai hati nengok aku yang kepenatan mengalahkan diorang. Aduiiyyyaaiiii.....malu sungguh.

La Tour Eiffel
Konon dengan gaya traveller la ni --- ngeh ngeh ngeh
Cantik giler pemandangan ni. Aku rasa cam nak tidur jek kat tengah2 taman ni.
Pont des Arts or Lovelock Bridge

Percaya ke tidak, kat jambatan ni ada lebih kurang 700,000 mangga (padlocks). Orang Perancis ni mmgla --- macam2 idea nak ekspreskan jiwa romantik tuh. Hu hu hu. Konon2, dengan letak mangga kat jambatan ni, pastu buang kunci mangga dalam sungai Seine --- satu lambang sebuah cinta yang agung. Cewaaaahhhh.

Tapi sebab ramai gile orang nak tunjuk power cinta memasing, dengan anggaran 700,000 mangga dikunci kat jambatan tu --- membahayakan wooo....silap2 roboh jambatan! Sekarang, diorang tengah buat petition dan kempen utk buang semua mangga tu. 

Hmm --- aku nengok banyak giler mangga. Macam takde kempen pon. Mungkin diorang rasa sayang nak buang 'tarikan pelancong' tu kot. 

Hasil seni pelukis di sepanjang Rue de Rivoli. Kalo nak carik souvenirs murah pon, leh carik kat area ni.
 Poskad --- poskad!!!
 Boleh beli Eiffel Tower kat sini gak. Terpulang --- kalo nak lagi murah, boleh cuba beli kat 'kunta-kinte' yang jual secara 'illegal'. Tapi kalo kene kejar polis, jangan salahkan aku eh. Diorang tu macam 24 hours je on alert mode
Kuncikan cinta korang tu dan tambah beban jambatan lagik --- hihihihi
 L'arc de Triomphe. Diorang nak wat apa lah kat atas tu.
 Sepanjang Champs Elysees
Hmm --- cam kat Malaysia gak kan?
Singgah kat Laduree @ Champs Elysees 
 Pelbagai jenis macaroons yang menarik kat Laduree
Sodap!!!

Sebenarnya kat Paris ni banyak giler tempat2 yang menarik. Contoh macam Louvre Musee, Cathedrale de Notre Dame, Trocadero, Musee D'Orsay, Grande Mosque de Paris ngan Centre Pompidou. Uols google je, leh nampak banyak pics menarik. Aku dah penah singgah dulu, kali ni malas nak repeat. Kaki aku dah denyut2. Hu hu hu.

Jam 6.30 petang kitorang balik ke Gare du Nord. Tak sabar nak ke London balik. 

 

1 comment:

  1. Nmpk poskad...Nmpk arc de triomphe..nmpk street champs elysees... seine river x nmpk...warggghhhh..nangis sy tengok..akak ade kem slm sy kt bumi cinta tu x?? one day sy akn smp jugak..inshaaAllah...

    lupa nk suh akak pahat nama sy kt mane2...hahaha...oh...jeles atiku...:-P

    ReplyDelete