Wednesday, December 14, 2011

iRead : Hafalan Solat Delisa

Novel ini ditulis oleh Tere-Liye.

Penceritaan yg sangat mudah. Senang untuk difahami dan dapat menyentuh jiwa.

Sedang sibuk dengan gelora Ombak Rindu kat wayang...dengan macam2 status kat wall facebook masing2...ada seorang teman yang mengajak aku menonton filem Indonesia ni. Trailer filemnye dah ada kat youtube. Si teman hantarkan url trailer filem. Gimana ya mau nonton sama kamu? Jauh bangat!!!

Aku sempat Google utk tahu lebih lanjut tentang cerita ni. Tahu2 esuknya, aku dah ke Pustaka Mukmin utk dapatkan buku ni.

Terus-terang, buku camni la yang aku cari2 slama ni. Aku makin malas membaca novel sbb aku dah dapat agak ending sesebuah cerita. Busan giler. Watak pompuan wajib cantek sampai 3 lelaki syok kat dia. Pastu konflik nak pilih mana satu. Antara sbb susah nak pilih sebab watak lelaki mesti ada ciri2 bad boy, anak orang kaya....bla bla bla. Dan nak kasik citer tu ada kesan air mata, mesti ending cerita ada watak yang meninggal ke...bercerai ke...rujuk balik la...pegi luar negara la...busan...busan...dan busan.

Seingat aku, aku mmg gile membaca buku sejak umur aku 5 tahun. Macam2 citer aku baca. Ibu yang beli sume buku. Start ngn siri Nancy Drew, Sweet Valley, Hardy Boys, Lima Penyiasat, ngan Ahadiat Akasha's. Skill menulis aku datang sbb banyak berangan la, hasil baca buku2 cerita ni. Siap berangan nak jadik penyiasat terkenal! Hahaha.

(Note: Hobi aku dulu mmg menulis cerpen/novel sejak umur 9 tahun. Bukan nak blagak tapi aku mmg wakil daerah Gombak dlm Pertandingan Menulis zaman dedolu....hihihihi. Haa...aku pon penah jadik pemenang tempat kedua (paling junior) utk Pertandingan Formula Malaysia!!! Persoalannya, apa dah jadi skang? Bukan stakat menulis, membaca pon aku lemah. Bahasa bercakap pon --- ya ampun.)

Then bile masok skolah asrama baru baca Novel Kreatif yang tebal2. Selagi jumpe, mesti beli!

Bile lama2...jalan cerita jadi sangat cliche. Nama2 watak macam wajib lak kene ada bunyi2 omputih gitu. Danial la....Zakry la...dan bile lelama...aku jadi fed-up utk baca novel melayu. Layan movie melayu pon sama. Lemau.

Until aku jumpe buku Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha. Yang aku dah post review-nye bebaru ni. Kemudian, yang ini....Hafalan Solat Delisa!!!


Setiap lembaran mukasurat buat aku tertanya2. Apa jadi pada Delisa? Aku takleh predict pon apa sudahnya cerita tentang Delisa. Sebab jalan cerita langsung tak sama dengan cerita2 cinta macam novel Ombak Rindu tu. Bukan pasal kawen paksa, yang endingnya dua2 jatuh cinta antara satu sama lain. Kali ni, lain!!!

Jalan cerita sangat simple. Mengisahkan anak kecil yang manja dan nakal bernama Delisa yang berusaha utk hapal bacaan2 surah dan doa dalam solat. Macam2 cara dia guna utk menghapal, dibantu dek kakak2 nye and ummi yg penyayang.

Yang buat aku touched bile Ustaz Rahman mengajar Delisa bagaimana untuk fokus dan khusyuk dalam sembahyang. Cuba bayangkan yang Satu. Sama juga seperti kita bermain bola, tumpuan kita hanya kepada bola itu. Ajaran Ustaz Rahman yg buatkan Delisa paham. Buat aku pun paham.

Tiba masa ujian solat, giliran Delisa...anak kecil tu bersungguh2 membaca ayat2 dlm solat sampaikan tsunami melanda pon...Delisa tetap khusyuk sebut Allahu Akbar. Walaupon pasu bunga pecah dan terkena tangan sampai terluka, Delisa tetap khusyuk.

Air mula naik. Dan akhirnya Delisa pengsan.

Aku lom nangis lagi kat sini. Aku mula nangis bile baca Delisa jaga dari pengsan....diselamatkan....semua ahli keluarganye meninggal, kecuali abi yang berada di luar negara ketika tsunami tu....dan hilang sebelah kakinya!

Dan....huaaaa huaaa....huaaaa...takdela sampai ngongoi...tergenang sket je. Hahaha.

Bila jumpa dengan abi, Delisa tetap ceria bgtau kaki dia terpaksa dipotong. Dengan kawan yang masih idop, dia masih boleh sengih ajak kawan main sama walopon tinggal satu kaki. Depan abi, Delisa tak mahu bertanyakan tentang ummi dan kakak2 nye sbb tak mahu abi bertambah sedih.

Masalah Delisa cuma satu. Delisa terlupa setiap hafalan solatnya. Seterusnya, menceritakan bagaimana Delisa meneruskan kehidupan dan berusaha semula untuk mendirikan solat dengan sempurna.

Buku ni datangkan kesedaran pada aku. Banyak perkara. Banyak mesej yang disampaikan dalam gaya penulisan yang mudah. Masalah akan jadi mudah, sekiranya cara kita memandang berbeza...tak guna bersedih, sbb akan memburukkan keadaan. Kita juga perlu sentiasa bersyukur dalam apa jua keadaan. Kita juga diingatkan tentang kewajiban dan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

Haa....perasan tak cara aku menulis pun macam ada sedikit kelainan? Hahaha...satu peningkatan ni. Barulah datang semangat untuk menulis balik. Chaiyok!!!

iRate : 7/10

No comments:

Post a Comment