Thursday, December 8, 2011

Berkursus kat Eagle Ranch Port Dickson

Hari: Sabtu - Ahad
Tarikh: 3-4hb Disember 2011

Aku nak share sket pengalaman aku berkursus kat Eagle Ranch, Port Dickson baru2 ni. Tempat ni letaknya tak jauh je dari apartment ngan banglo opis aku.

Not so much about the course but tentang tempat dia. A few years back, seksyen kat tempat keje aku ni memang ada cadang nak beraktiviti sosial kat tempat ni. Memang banyak gile aktiviti2 menarik yang disediakan. Time tu memang cantik and bersih la kawasan tu. Sangat sesuai untuk ber-teambuilding. Baru tahun ni berkesempatan nak pegi. So, main follow je this time, without wat site visit.

Selain tu, tempat penginapan pon mmg luar biasa gak...ala2 idop kat zaman red indian gitu. Ada paddock lodge, kampong house, bandwagon ngan tepee. So, bagi sesapa yang ingin sesuatu yang lain daripada yang lain --- mmg inilah tempatnya!!!

Tapi bebaru ni, aku tak pastilak samada disebabkan cuaca ke, or musim cuti skolah ke....or memang pentadbiran punye issue --- kualiti kebersihan amatlah sesangat-sangat tidak memuaskan.

Masa makan, terpaksa share makanan ngan sang lalat dan langau yang besar2. Masa dalam dewan pon lalat2 yang manja tu ikot sama. Men hinggap2 kat pale ngan mulot. Seb bekla aku dah setkan pale aku awal2, datang untuk berkursus, bukan nak ber-holiday. So, mende2 yang selama ni aku cerewetkan, leh pejam mata jer. Air kolam pon macam dah tepu ngan kekotoran and lumut2.

Bile dapat green light untuk balik je, kitorang sanggop escape lunch sebab dah tak mampu nak kongsi makanan ngan serangga2 tu yang jinak2 belaka tu --- teros larik balik.

Sayang sangat. Kalo dengan sengaje depa kasik persekitaran tempat tu jadik sebegitu teruk, sangat silap lah. Kalo dijaga dengan baik dan rapi....tempat tu memang aku akan recommend kat orang lain. Kita nak main panjat dinding laa...main paintball laa...sumer ada. Baru leh ngaku the Best Team Building Resort kat Malaysia. Hopefully keadaan ni takkan kekal camtu. Moga2 improve la ek!!! Sebab kalo okey, memang boleh pergi lagik!
 
 
Kat Entrance.
Aksi orang red indian sambot tetamu --- konon!!! Hahaha
Yang ni lak aksi nak 'nyah'kan penyamon dayak. Bersama2 Nit ngan Abe Leman. Layaannn!!!
Antara Tempat Penginapan: Bandwagon. Menarik kan?
@Horseshoe Seminar Hall
Berusaha untuk gerakkan 'mende-alah' ni. Iyyyaaaahhh!!!

Kemudahan semua dah ada, konsep pon sangat menarik --- cumanya kualiti je kene jaga dengan bebetol. Eagle Ranch, lakukan sesuatu ye....please!!! =) 

Chiow.

No comments:

Post a Comment