Wednesday, November 16, 2011

South Korea Day 4

Catatan aku pada 4 Nov 2011
Kat Bilik 603, Patio Inn Hotel
Roommates tgh Zzzzzzz
Mood: Mula excited.


Hari ni seronok sangat. Alhamdulillah....mood aku dah tukar. Maybe sebab sangat puas hati dengan perjalanan hari ni. Sesangat-sangat PUAS HATI!!! Seronok. 

Hari ni kitorang takyah bangun awal pagi sangat. Sebab we all dah takyah naik-turun subway and bas. Hari ni Hanizul bawak naik kete ke Nami Island. So, dia just bagitahu....kalo lambat sket, takpe. 

Kali ni, turn bebudak bilik aku lak yang lambat. We took our own sweet-giler time siap2, sarapan dulu...then baru turun bawah. Maybe sebab dah penat or tau takkan kene tinggal. Bila sampai kat lobi, tengok sume dah tunggu...of coz la terselit gak rasa guilty. (Actually, yg buat kitorang lambat....aku lar!) Hahahaha.....sebab tetibe baru teringat nak tukar stoking baru lah, nak tukar kasut lah.....so, terpaksa patah2 balik. Maklumlah, smalam gi DMZ dengan pakai boot. So, hari ni dah kene plan dengan geniusnya....takyahlah nak KPOP benor. Pakai je lar, kasut biasa yg xde heels. Baju pon, takdelah bertemakan ninja sesat! Hehehe...

So hari ni, tema baju aku: (asal tutup aurat...)

On the way to Nami Island
 
Selain tido, aku pon baca buku gak tau. Sape kata aku x suke membaca? Hahaha...ni pinjam buku Hanizul lar...dia dok selit kat poket seat belakang.

Kat pintu menghala ke boat. Stop dulu, untuk berkenang2an. =P
 
 Atas boat. Hanya kitorang je dok atas lantai....nak simpan tenaga dulu. Hehehe.
 Welcome to Naminara Republic!!!
 
 I Heart You
Orang wat aksi koya, aku pon nak wat aksi koya...koyalah sangat!!!
Gaya KPOP la ni
Jangan mizzundastood!!! Ini LOVE, bukan aku yang sapu kasik bentuk cenggini. Mmg dah siap ada. Ahjussi kat situ rajin sapu and panggey kitorg utk amek gambar.
Gaya Winter Sonata
Nitt & me bersama adek2

Oppa Lee Byung-hun
Gambor beramai2 kat pokok2 cantek
Untuk keliling Nami Island ni, we ols sewa basikal warna PINK only. Geng Beskal PINK, okey!!!

Geng Beskal PINK in action. Kat sini, nak nek beskal kene tutup mulut, tutup hidong...banyak sangat serangga.
Nice spot!!! Puas nunggu sampai orang xde utk amik gambar ni.
Cobaan melompat tinggi. Tak tinggi ke mana pong! Ha ha ha.
Orang cakap, ini spot wajib untuk bergambor. Walopon bagi aku, bende ni macam "susunan batu2 yang ada poster besar Winter Sonata" --- I follow je la. Snap snap!!!

Love. Comel lak aku nampak Kak Zura dok depan.
Aku suke sangat background ni sbb ada pokok2 bermacam2 warna --- merah, kuning, oren dan hijau. Cantek giler.
 
Atas boat, otw back. Kat sini, bendera Malaysia pon ada tau. Aku bangga jadi anak Malaysia!!!
Balik dari Nami Island, kitorang singgah market lak. Aku beli stoking sejuk ibu --- tu yang warna kelabu putih tu...Comelkan, kalo ibu pakai?
.....dan aku tido lagi dalam perjalanan balik. Rasa2nya, ini keje si Nitti Tonyet!!!

Mungkin dek kerana pengalaman hari ni mula menarik, rasa excited pulak nak tunggu esok. Aku dah mula mengantok. Dah lama gak aku tak tido betul2. Problem dari Malaysia, terbawak2 lak ke sini. Nak marah pon tak guna....bukan salah sesapa. Salah aku sendiri gak. Skarang kene tunggu masa berlalu je la. InsyaAllah. 

Hmm....esuk aku kene gak telefon ibu. Rindulaaa....

Bila pikir2, ada hikmahnya jugak aku ada personal problem ni. Aku rasa dekat sangat dengan Allah SWT. Lately ni pon, aku perasan ibu banyak kali cuba paham perasaan aku. Appreciate sesangat. And banyak bende yang aku tak penah amalkan sebelum ni, alhamdulillah.....ada lah jugak aku buat. Maklumlah, masa tido dah berkurang malam2....aku cuba je la buat apa yang tahu, cuba carik ketenangan jiwa. Chewaaah!!!

Tak sabar nak tunggu esok. Tapi tido dulu. Kalo ikut itinerary, sok nak jenjalan nengok historical places....istana lama...etc. Okey, better bobok now!!!

No comments:

Post a Comment