Sunday, November 27, 2011

Pertandingan Nasyid Puspanita @ 25/11/2011

Aku nak mula gimana eh? 

Hmm....Okey, aku mula dari awal la....

Penglibatan aku ngan Puspanita kat opis aku ni, rasanya aku dah pernah share awal tahun dulu. Masa tu, aku jadik AJK kecik je, bantu2 orang lain wat keje.

Beberapa bulan lepas letak post aku kat blog, ada pemilihan AJK baru. And aku actually tak mengharap langsung pon....tapi Alhamdulillah, kene calon jadik AJK induk. Obviously, aku bukan jenis orang yang suka sangat berkelab2 lebih2 lagi under Puspanita. Bukan sebab yang specific --- cumanya, aku ni tak berapa suka aktiviti2 perempuan yang libatkan kemahiran2 indoor. Tak terrer. Tapi bila dah terpilih, aku cuba gak buat yang terbaek...walopon masa tu, aku hampir panik gak....nak wat aktiviti masak2 ke, gubah2 bunga ke....menjahit ke.....yang mana sume mende tu, aku memang tak tahu langsung!

Masa pemilihan biro, memula nama aku masuk under Biro Kebudayaan. Tapi tetibe lak diorg tukar jadik Biro Sukan & Rekreasi. Aku --- angguk sajalah labu!!! Tak kisahlah memana.

Terus-terang aku ngaku, jadik AJK baru ni bunyi je senang. Tapi nak menghadapnya, rasa berat ngan panas je kat dada ni. Beberapa kali aktiviti yang biro aku anjurkan, ada beberapa pihak yang boikot secara terang2an....masa aku bentang proposal....ada gak yang membantah depan2.

Yang buatkan aktiviti2 biro aku berjalan so far --- memang disebabkan teamwork. Alhamdulillah, dalam team aku ada member2 opis aku yang best2 : Nit, Kak Zura, Wiwi, Rosziana, Robitah, Kak Noi, Kak Madz ngan Hazilah.

 Biro Sukan & Rekreasi

Dipendekkan cerita, bila aku bentang proposal untuk buat Pertandingan Nasyid ni....ada beberapa orang yang tak setuju and pertikaikan apa kene-ngene nasyid ngan biro ni. Siyesly, mmg takde, tapi aktiviti tahun ni yang biro kitorang handle dah capai target. So, apa salahnya buat satu lagi aktiviti yang libatkan penyertaan ramai, kan?

Cabarannya ialah --- penyertaan mestilah lebih daripada lima kumpulan, then barulah boleh proceed.

Itulah cerita awalnya. Tarikh dah ditetapkan...tup2 beberapa hari lepas tu, baru dapat tahu terpaksa buat drama gile sebab tarikh pertandingan nasyid sama ngan persembahan koir untuk annual dinner opis aku.

As usual eP ngan CRM bergabung untuk form kumpulan Tahajud Cinta. Nama ni kitorang pilih sebab masing2 baru lepas syok nengok citer pasal Ustaz Shauqi kat tv.

Aku jadikan pertandingan ni sebagai cabaran untuk diri sendiri. Belum cuba, belum tahu. Kitorang bukan nak target menang, cuma nak buktikan --- yang we ols boleh buat aktiviti ni berjalan lancar.

Persiapan, kitorang bahagi2kan tugas pada semua AJK. Dan Alhamdulillah, sume berjalan ngan lancar. Pertandingan Nasyid ni boleh jadik hari ini dalam sejarah sebab ini kali pertama kitorang wat aktiviti yang panggil artis (Bienda) datang sebagai juri. 

25hb November 2011. Ada dua acara berlangsung ; Pertandingan Nasyid ngan Persembahan Koir. Kalo nengok impak, kitorang terpaksa letak priority pada Persembahan Koir sebab ada VIP opis yang datang. Walopon camtu, masing2 cuba jugak buat yang terbaik nyanyi nasyid "Selawat" ngan "Hambamu".

Seawal kol 9.30am, kitorang menapak naik LRT ke PWTC untuk rehearsal koir. Pastu, balik semula ke opis dalam kol 11.30am untuk persiapan pertandingan nasyid. Adoiii, bayangkan laa drama apa yang kitorang buat. He he he...penat gile. Dalam kol 1.00pm, turn kitorang nyanyi atas pentas.

 Masa berkejar2 ke PWTC, naik LRT. Bau sudah tukar jadik mashaammm. Aiyyoooo...
 Tahajud Cinta

Owh --- aku ada nyanyi part solo untuk both songs. Dan hampir2 ruined the Selawat song sbb aku tertelan air liur lama. Seb bek team aku tak ngamok...hehehe.

Aku ngan Bienda (Artis & Juri Jemputan)

Alhamdulillah --- Kumpulan Tahajud Cinta dapat nombor 3. Aku dah cukup bersyukur. Lebih2 lagi dengan persiapan masing2 yang agak kelam-kabut nak pilih and tukar lagu last minute. Nak hapal lirik lagi.....kira dah cukup bersyukur la dengan nombor 3 tu.

Kejayaan aku, dapat buktikan pada orang2 yang cuba patahkan semangat aku awal2 hari tu. Thanks a lot pada ahli kumpulan Tahajud Cinta: Nit, Siti, Wiwi, Ros Azura, Ecah, Kak Sarimah, Kak Noi, Haslida ngan Robitah. Uols sangat best ah!!!

Bagi AJK Biro Sukan & Rekreasi dan AJK2 lain yang membantu kali ni: especially Kak Zura & Robitah (ala2 Floor Managers), Nit (marketing gurl), Wiwi (PR manager), Hazilah (the Emcee), Zimah (PA system lady), CH (Juruaudit), Faai (Photographer), Kak Salina (Juri Dalaman) dan sume orang yang datang menjayakan pertandingan nasyid tu, TERIMA KASIH BEBANYAK!!! Muaaahhhh.

=) Peace. Satu kenangan beshh gile untuk aku.

No comments:

Post a Comment