Friday, October 15, 2010

21 Hari Perjalanan Mencari Diri - Menawan Eropah (Day 2)


Hari Kedua : Amsterdam & Volendam

Awal pagi, kitorang dah mula bertolak tinggalkan kawasan perkhemahan. Badan mula rasa lain macam. Maklumlah dah lebih 20 tahun aku tak tidur dalam khemah. Nasib baik cuaca kire okay. Taklah menggigil sangat.

 
Pemandangan dari dalam bas. Macam sejuk je perut bila tengok 
banyak lembu di tengah2 kehijauan. Moooo.....

Souvenirs yang dijual di kedai.
Clogs dijadikan pasu bunga. Cantik!!!
Hari kedua, kitorang dibawa ke perkampungan nelayan Dutch - Volendam. Tapi sebelum tu,  singgah dulu kat kedai untuk beli souvenirs. Tempat ni memang terkenal ngan clogs dan keju.

Aku beli pembuka tin ngan mug kat sini. But too bad, mug yang aku beli tu pecah dalam aeroplane. Later aku citer apa jadik. Nak citer skang, dah tak best lak sebab cerita dah tak ikut turutan hari dan kejadian. =P
Kat kedai ni memang ada bermacam2 jenis clogs. Bila gantung banyak2 dan tersusun atas kepala --- jadi cantik pulak. Di sini gak kitorang diterangkan bagaimana cara nak buat clogs ni. So, sebenarnya kalo worse comes to worst, aku leh bukak kedai buat dan jual clogs ni kat Malaysia. Manalah tau, dapat sambutan hangat and boleh kalahkan pasaran Crocs tiruan kat pasar malam tu? He he he.


 Bergambar kenangan dengan wanita Dutch. Bila tengok balik, aku macam rasa pompuan ni ditenggelamkan oleh 'kejelitaan wanita2 melayu laks'. Sebab tak menonjol lak dia dalam pic ni. (Ha ha ha --- walopun sebenarnya ditenggelamkan dek sebab lain!)
Pelbagai jenis keju disusun mengikut perisa. Awas. Banyak juga yang TAK HALAL. But again, malas bertanya --- boleh ter-sesat agama.

Ada cerita kelakar di sebalik gambor keju kat atas ni. Agak lama jugak kitorang 'dilepaskan' kat kedai cheese and clogs ni. Ntah macam mana, aku boleh terlupa nak merasa keju2 yang sudah siap dipotong. Bila masing2 mula naik bas, baru kepulan2 awan yang ada gambar keju terawang2 atas kepala aku. Owh, damn!

Arrgghhhhh --- very torturing! As usual, automatically aku akan tertunjuk sifat pasif (muka berfikir) aku depan kengkawan lain. Masa tu Ruby tanya aku, "Rena ni mesti tengah pikir something. Pikir apa tu?"

Aku jawab, "Kita lupa nak rasa keju tu la. Serba-salah ni, nak turun ke tak nak. Orang dah mula naik. Ruby sempat rasa tak?"

Ruby jawab, "Kita dengan Nora dah rasa tadi."

Aku diam lagi. Masya-Allah, perasaan masa tu memang berkecamuk. Macam tengah pikir masalah besar negara. Hati aku makin meronta2 bile dengar Ruby citer pasal perisa keju yang menarik dan pelik --- of course la tak ada kat Malaysia! Aku ni cheese-lover!!! Dan telah menjadi satu kesilapan besar bagi Kementerian Keju Malaysia, kalo pulang tanpa memori makan keju kat negara orang. Rugilah wooo.....

Bas makin penuh. Tapi geram punya pasal, aku ajak gak Ruby turun. Kene tunjuk aku kat mana tempat keju. Siap pesan lagi kat tour agent, tunggu sat --- aku nak cari 'mende' kat dalam kedai tu.

Dan, Alhamdulillah --- aku merasa bermacam2 perisa keju --- yang pedas, yang masin dan yang lemak!!! Bessshhhh. Puas hati.

Memula aku ingat nak beli sepasang kasut kayu ni bawak balik Mesia. Tapi lepas pakai, datang pulak perasaan takot kalau2 jejaka2 Dutch ter-berkenanlak nak ikut aku balik Mesia. Eheheh....teros tak jadik beli.
 The Big Clog
 Meet me @Bristol ya! =P
 Antique, huh?
 @the Traditional Windmill
Nak ke mana kita?

Lepas puas membeli-belah dan posing ambil gambar masing2, baru berpeluang makan seafood dan bergambar dengan pakaian traditional Dutch kat Volendam. So, aku berkesempatan gak jadik Dutch Lady. 

Kedai diamond - Biesterveld Diamantairs

Kat sini jugak berkesempatan untuk belajar cara2 memotong diamond. Satu lagi proses penambahan ilmu yang aku dapat kat sana.
 The Dutch Ladies - Kami menunggu Abang Baju Merah pulang dari medan perang. He he he.
 Sambil berjalan, sambil menikmati pemandangan yang cantik. Dingin lagi!
 Setelah membeli pancake yang sedap tapi mahal.
 Chocolate-Syrup Pancake
 
Kedai menjual fish & chips & seafood
   
Seafood, yumm yumm. Berhati2 juga masa memilih makanan. Bagi yang ada alahan, perhati dulu seafood apa yang you all nak beli tu. (Bertanya tu penting, ya!)

Satu perkara yang menarik kat tempat ni ialah cuaca yang dingin dan mendamaikan (chewah), dan hiasan bunga kat rumah2 penduduk kat situ. Seriously, memang cantik. Macam ada pertandingan rumah paling cantik pulak! Obviously, penduduk kat sini mementingkan kebersihan.

 Bunga yang ditanam pun segar2 belaka.
 Sangat cantik! Kan?
  
Hiasan macam ni ada pada hampir setiap rumah tau....

Pada hari kedua ni, aku mula menambah kenalan dengan budak2 yang join trip ni. Tapi masih malu2 kucing jugaklaa nak menegur sbb aku ni kan originally sorang yang pemalu. LoL.

Okay, pics ni baru cover setengah hari. Setengah hari lagi baru kitorang ke kota Amsterdam. Yok, berehat dulu!!!

No comments:

Post a Comment