Bagi orang lain, mungkin cerita yang dah lama lepas dianggap basi. Tapi bagi aku --- cerita aku menawan Eropah ni takkan basi sampai bila-bila. Mungkin aku akan kenang sepanjang hidup aku. Banyak benda menarik happened wooo.....But 1st thing yang aku perlu ucapkan --- thanks a lot kat member 'jabatan-jiran' - Ruby sebab bagi aku kekuatan and kata2 motivasi (chewaaaah) untuk keraskan hati dengan keputusan aku tinggalkan Malaysia --- ha ha hacheeehhh!!!!
Hmmm --- sampai ke hari ni korang masih lagi tuntut hutang cerita aku sepanjang 'berlung-ling-lung-ling' kat Eropah. Aku pon confuse nak ucap terima kasih sebab concern kat aku ke atau naik angin sebab mintak aku update blog macam nak tuntut hutang --- he he he --- TAPI demi janji2 manis yang aku dah bagi --- Alhamdulillah aku dapat tunaikan hari ni. (Semangat jitu tu yang penting!)
Okay, info pasal trip ni?
Tempoh Trip = 15 hari
Nama Trip = 15 Days 'Conquest of Europe' (eh, nama trip pon dah explained sume?)
Hari Pertama : London ke Amsterdam
Hari Kedua : Amsterdam & Volendam
Hari Ketiga : Frankfurt
Hari Keempat : Fussen
Hari Kelima : Innsbruck ke Venice
Hari Keenam : Venice
Hari Ketujuh : Florence ke Rome
Hari Kelapan : Rome
Hari Kesembilan : Rome ke Pisa
Hari Kesepuluh : Swiss Alps
Hari Kesebelas : Lauterbrunnen & Swiss Alps
Hari Keduabelas : Paris
Hari Ketigabelas : Paris
Hari Keempatbelas : Disneyland Paris
Hari Kelimabelas : Paris ke London
Soklan yang korang suka tanya aku --- berapa ringgit aku habiskan untuk trip ni? Errkk --- kengkawan, depan korang aku mmg senyum jek. Tapi since aku dah soh korang baca blog aku, aku selitkan sesi syarahan aku sket. Soklan korang tu macam lebih kepada nak tau brapa aku belanja untuk trip ni. Aku rasa mungkin niat korang sebenarnya nak tahu, berapa harga trip ni kot?
Harga trip yang aku join ni: £579.
Korang convertla sendiri ikut current rate. The rest tu, korang campurlah sendiri harga flight ticket, nak sewa umah ke, bilik ke, shopping ke --- terpulang kepada bajet yang korang ada.
Tips? Aku belajar daripada trip kali ni, sebelum pergi WAJIB bawa barang2 keperluan yang penting seperti :
1) beg vakum
2) stoking tebal
3) panadol, pil sakit tekak, pil sakit perut, pil migrain
4) krim pelembab muka
5) tuala wanita (untuk wanita sahaja okay!) --- bla bla bla --- list lengkap, korang leh mintak aku nanti. Agak panjang gak kalo nak tulis kat sini.
Tips ni bagi insan2 kesayangan Malaysia yang tak pernah jejak negara orang macam aku. Again, thanks a lot to Ruby yang jadik pembekal barang2 penting ni untuk aku. Haa --- bagi orang yang ada masalah penghadaman, bawalah pil Chi-Kit Tek Aun. Ini aku tak tipu, kan Ruby? Ha ha ha wink~!
Sebelum pergi, walopun Ruby dah pesan --- reaksi aku maintain jek. Krim pelembab muka? WTH, kat Mesia pun aku tak pakai. Konon macam kewl laa. Tak yah nak gurly-gurly. Bila kulit muka dah pecah2, barulah paham.
Haa --- bila join trip macam ni --- yang tawan satu negara dalam satu hari --- adalah diWAJIBkan menitik-beratkan benda2 yang remeh ni. Pil sakit tekak Ruby, habis gak aku telan tetiap hari. Kita lom tahu kesesuaian badan kita kat negara lain. Cuaca depa kat sana tak sama ngan Mesia.
Actually aku sampai dua (2) hari lebih awal kat London. Hari ke-3 kat sana baru aku join the trip. So aku post je la pics aktiviti aku mentara menunggu trip mula. Cuaca kat London sangat best masa ni. Tak sejuk sangat.
Sebelum bertolak. Masih lagi sempat berposing sebelum kene tegur ngan staff LCCT.
@Holliday Inn Express, London Stansted
Ada cerita di sebalik hal tags kat bantal ni. Keh keh keh. Biorlah jadik rahsia antara aku ngan Ruby. Kitorg buat hal kat negara orang. Seb baik selamat balik Mesia.
Serangan 'anak ikan' pertama. Driver Easy Bus yang bawak kitorang from Stansted Airport ke Church Street London.
Bukti kebusanan. Maklumlah satu jam perjalanan. Driver ni ada muka ala-korean sket. Tu yang tetibe semangat gatal aku naik. Image kat mirror pon aku amik. annyeonghaseyo, oppa!!!
Kedai pertama yang aku nampak. The Sherlock Holmes Museum. Kat London, style kedai memang comel2 camni.
@Rumah Ummi kat Blackwater House. Sempat berkenal2an ngan kakak2 ni. Yang pakai tudung coklat ni, senior aku kat SSP rupanya!!! It's a small world!!!
Rumah Ummi ni boleh tahan gak selesanya. Nak cari makan pun senang. Bawah umah ada daily market and Tesco. Halal food restaurants pun bersusun kat bawah tu. Tren yang paling dekat is Edgeware Road.
Oyster Card |
Haa --- bila dah sampai London, kene khatam dulu laluan2 tren. Kat atas ni ialah Oyster Card aku. Aku punya excited guna Oyster Card ni. Hmm --- wondering, how come kat Malaysia diorg takmo tiru sejibik sistem oyster nih?
Nak tahu lebih lanjut, korang Google la sendiri eh! =P
Kejakunan yang ketara. Asal jumpa train station jek, aku stop sat nak amik gambor kenang2an. Yang penting walaupun Hugh Grant ngan Julia Robert takde masa tu, aku dah pijak tapak kaki diorg wooo!!!
Buah cherry (kalo aku tak silap). Buah ni banyak betul aku jumpa tepi2 jalan. Kakak2 yang aku kenal kat umah Ummi tu pon suka beli and makan buah ni. Macam makan asam lak!
Yang TIADA di MALAYSIA. Korang pernah tak jumpa kedai buah2an yang dihias/susun sekreatif ini???
Malaysia Hall London |
Aku sempat temankan member yang dah lama tak makan char kuew tiow kat gerai Malaysia ni |
Kat Malaysia Hall ni, susah betul aku nak decide nak makan apa. Cam kelaka pulak --- datang jauh2 tapi makan Malaysia food gak. Tapi curiousity untuk merasa food ni tetap ada. Jadi (jangan gelak!) aku pilih ROJAK. Kah kah kah --- yeah, aku mmg blur!!!
Rojak Mahalku |
@Pintu depan Malaysia Hall |
Kat sana, walopun baru dua hari tinggalkan Mesia, aku (again) seperti orang jakun tiap2 kali nampak bendera Mesia berkibar. Hidup anak Malaysia!!! Nasib baik tak nyanyi lagu kebangsaan jek.
Thistle Marble Arch
Seriously, aku tak tahu arca apa sebenarnya yang kat bas merah tu. Yang berbelang2 tu, hmm --- sangat comel!
@Park Lane |
Yang pegang kertas senarai nama tu, kitorang namakan Abu Tausin. Anggap je lah dia antara insan 'favourite' aku.
Ini masa penentuan antara Bas 1 atau Bas 2. Nama aku ngan geng2 bas skolah aku termasuk dalam Bas 2.
Secara keseluruhannya, peserta mmg ramai students Malaysia. Bebudak lagi diorg ni. Ada jugak yang bawak satu family.
Belgium - @Belgian Chocolate Factory
Yang TIADA di MALAYSIA - Kalau mata masih berfungsi dengan baik, kat atas ni antara bentuk coklat yang ada dalam factory ni. Memula agak culture shocked. Sangat gross!!! Ada ke orang nak makan???
Kalau nenek aku nampak pics kitorang ngan 'boops and willy choc' ni, mahu dia kejar ngan batang penyapu. =P
@Camp Site near Amsterdam. Sekarang dah handal pasang dan tidur dalam khemah!
Okay frens! Please make sure kalau nak ber-backpack tu, you find out about tempat penginapan. Macam aku, memang dari awal dah prepared nak tidur dalam khemah. Tak letak high-expectation. Jadi Alhamdulillah, tak ada masalah.
Hari pertama tidur dalam khemah, seriously aku tak berapa ingat sangat macam mana perasaan aku. Yang aku ingat, aku sangat kepenatan! =P
Tamat dah cerita Hari Pertama Trip. Aku sambung Hari Kedua later kay! Mata aku dah ngantuk.
Peace.
No comments:
Post a Comment