Thursday, July 8, 2010

i.h.e.a.r.t.p.a.r.i.s

On the way aku ke Glasgow, aku sempat beli buku cerita ni kat airport. Tajuk buku bebetul captured pandangan mata aku. Ha ha ha. I Heart Paris too.

Dalam banyak2 pengalaman, aku rasa pengalaman kat Paris terlalu berharga. Aku takkan lupa sampai bila2 pun. InsyaAllah.....ada rezeki, aku akan datang lagi.

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat dicopek! Ha ha ha.

Best jenjalan sekitar Paris. Rambuteau, Trocadero, Bel Air, Champs Elysees, L'arc de Triomphe et of course La Tour Eiffel!

Masa kat Paris, dalam perjalanan ke Trocadero station --- masa tu tren memang sesak gile dengan penumpang. Aku kene kepit dari belakang ngan sisi. Puaslah berkerut2 muka aku pandang orang belakang. Sikit pun dia tak terjejas. Orang sebelah pon sama, dok tolak2. Memang aku hangin! Kak Fida, Kak Dory ngan Sham, masing2 mampu senyum je. Aku siap pesan, "Jaga beg masing2". Tak sangka, kalau nak kena, kena jugak. Ntah bila laa diorang bukak beg aku, langsung tak perasan!

Sampai je stesyen Trocadero, kitorang bergegas nak ke tempat cruise. Semua excited nak cruise berlatar-belakangkan La Tour Eiffel. Dah janji kena sampai dalam pukul 7.30pm. Tetiba aku rasa beg aku yang aku ikat dan zip dengan cermat dah ringan terbuai2 dan terbukak. Nak luluh jantung aku. Masa tu, dalam hati aku doa --- biarlah mimpi. Beberapa saat gak otak aku kene absorb and admit yang aku dah kene tawan dek penyeluk saku. Aku stopped dan terus panggil kengkawan lain.

"Saya kene pick-pocketed!!!" Aku nampak riak muka semua orang berubah. Memula diorg ingat aku main2 tapi bila aku tunjuk beg aku, semua naik cemas.

Kitorang lalu balik tempat keluar tren. Mana tahu, kot2 si penyeluk saku tu baling passport aku dalam tong sampah atau tepi jalan. Hampa.

Aku hilang semua duit. Duit orang kirim barang. Passport. Kad pengenalan. Lesen memandu. Kad kredit. Yang tinggal cuma kamera yang aku gantung kat leher, handphone dengan beg kosong! Hampeh punya penyeluk saku! Korang curi purse ngan passport aku, tinggalkan handphone untuk bagi aku calling2 akibat perbuatan korang eh!

Dalam keadaan cemas, Kak Fida ngan Kak Dory tolong aku called bank and blocked semua credit cards yang hilang. Sham pulak setia duduk tepi aku, cool-kan perasaan. Aku as usual, bila terkena perkara macam tu, terus blank. Masih sempat buat lawak hambar. Ejat ngan Naji lak tolong called Malaysian Embassy untuk minta advice.

Masa tulah aku bersyukur --- aku tak sendirian rupanya kat kota Paris ni. Aku perlu buat police report ASAP dan terus ke Malaysian Embassy untuk uruskan hal passport.

Sepanjang hari, kepala aku tak duduk diam berfikir. Nak buat passport kene ada kad pengenalan. Sume dokumen pengenalan diri aku dah hilang. Ada pulak mulut2 laser yang keluar statements menyakitkan hati, bila aku cakap tak ada sesiapa kat umah aku yang boleh tolong emailkan salinan kad pengenalan. Tak percaya agaknya. Seriously aku takkan lupa 'statement' mamat tu.

Kak Zura, I owed you one. Thanks a lot sebab tolong saya settledkan problem. Ha ha ha --- yang pastinya, melalui pengalaman ni, aku belajar jugak NOT TO TRUST HR. Sebab berita aku kene copek tersebar luas ke beberapa departments dalam masa setengah hari je. Siap ada info tambahan lagi!!! Ha ha ha. Dan ini pengajaran juga untuk diri aku yang aku nak share dengan orang lain:

1) Please keep salinan I/C atau pengenalan diri (dlm bentuk softcopy), passport dan semua jenis dokumen penting termasuk flight ticket and itinerary perjalanan dalam mailbox email anda.
2) Dalam keadaan emergency, you may call ONE bank to cancel ALL your credit cards (termasuk bank2 lain).
3) Pastikan anda membawa map bersama ke mana2 anda pergi!
4) Dah nak jalan negara orang, tinggalkan je la kad pengenalan negara sendiri tu (I/C) ngan lesen memandu. Bawak copies jek. Kalo hilang, kan niaya!!!

Dek kerana peristiwa berharga tu, semua bebudak yang buat persembahan untuk final night decided takmo teruskan show medley. Berkabunglah kononnya. Aku dok buat lawak pon, diorang takmo gelak. Masing2 buat muka simpati.

Ejat, Khai, Ikram, Wanie, Aku, Mat Dern ngan Adib

Sebahagian Ahli Persatuan Wanita Umno Cawangan Perancis - Wanie, Aku, Sham ngan Ejat

First time aku nangis sejak kejadian 'pick-pocket' bila tetibe Ikram panggil aku masa dinner. Ikram ni budak satu coach ngan aku. Dia tanya, "Kenapa aku tak nampak macam orang sedih? Buat lawak je memanjang."

Aku just jawab, "Takkan ko nak aku menangis? Barang2 tu semua dah hilang. Takleh buat apa pun."

Ikram hulur duit, soh aku ambik. "Tak banyak. Ko gunalah."

Masa tu mata aku terus banjir. Mungkin ter-burst sebab menahan sedih sepanjang hari. Budak Ikram ni pun satu! Dia tahu aku segan nak ambil, teros masukkan duit tu dalam poket baju aku. "Ni aku ngan adik-beradik aku bagi. Bukan aku sorang."

Aku tahu Ikram tipu (sbb ada orang cakap --- he he he). Tapi sebab aku dah segan menangis depan dia, aku just angguk and ucap terima kasih je. Aku nampak ramai gak yang pandang2. Mamarazzi menangis --- bahaya untuk imej aku!!! Ha ha ha.

@Sea France ngan Ikram

Lepas Ikram, Kak Fiza pulak jumpa aku. Then, Kak Mas, Uncle Pengawas, Kak Ali, Kak Edna, Ejat, Kak Fida dan Faiz --- masing2 menghulur. Faiz cakap ada budak laki satu coach ngan aku segan nak sampaikan sendiri. Dia jadi orang tengah. (Yazhar, mekasih eh! Aku berjaya korek daripada Faiz. Thanks a lot!) Kak Fida pun cakap ada hamba Allah satu coach ngan aku beri aku duit. Semua segan nak bagitahu nama. Apa2 pun, aku ucapkan jutaan terima kasih pada semua. Selagi ingatan ni ALLAH SWT pinjamkan, insyaAllah aku takkan lupa.

Bersama Ejat, Kak Fiza ngan Wafaa

Ngan Faiz @ Calais

Hal hilang dompet dan passport ni buatkan aku terlepas trip to Disneyland --- tempat yang aku beria-ia nak pergi. Krew KC yang 'fofular' dan 'disegani ramai' bawa aku ke police station and Malaysian Embassy. Aku tak tahu dia nak tinggalkan aku sensorang lepas tu. Ketua KC cakap sorang krew akan temankan aku buat semua urusan. So, I didn't even bother to know nama2 tempat. Busy fikir, dapat ke aku balik Malaysia? Tapi sebab takmo makan hati punya pasal, aku angguk je bila dia tanya aku tahu jalan balik ke tak. Muahahaha --- Sungguh, aku tak ingat pun apa nama tempat aku tinggal. Nama stesyen pertukaran tren pun aku tak ingat! And the best part, aku keluar ikut Abu Tausin pagi tu tak bawak MAP!!! Battery handphone pun dah kong habih.

Memula krew tu dok merisaukan aku, cerita semua pengalaman peserta2 lepas yang hilang passport cam aku. Nak buat police report kat France susah gila. Berjam2. Nak buat passport kat Malaysian Embassy pon ambik masa lama jugak kene investigate. Nasib baik aku amik keputusan untuk balik sendiri! Kalo tak, mesti aku dah bukak kelab anti-Abu Tausin!!!  

Info: Cerita yang berlaku sepanjang perjalanan 'romantik' akak dengan adik Abu Tausin kat kota Paris dah jadi lawak jenaka  paling top bebudak peserta KC.

Alhamdulillah, aku lom lupa 100% skill Bahasa Perancis aku masa buat report. Tergagap2 aku bagitahu polis tu, kejadian hilang dompet ngan duit. Proses tu ambil masa dalam setengah jam. Pastu aku ke kedutaan lak untuk buat passport. Alhamdulillah, it went well too. Diorang soh aku isi borang and issued emergency passport dalam masa dua jam. Takde pun sesi investigation. Abu Tausin, Abu Tausin!!! (Sambil menggeleng kepala). Buat akak gubra je. Disebabkan ada kejadian 'salah faham' antara Abu Tausin dan sorang mamat kat embassy sebelum tu, aku terpaksa minta maaf on behalf. Diorang memang 'bengkek' ngan perangai Abu Tausin. Orang2 kat embassy tu pon risau bila tahu aku kene tinggal ngan Abu Tausin sensorang.

Tapi dengan machonya dan penuh style (pakai topi Paris --- ha ha ha), aku cakap --- "Takpe, jangan risau. InsyaAllah akan selamat sampai." Aku takmo susahkan orang. Dalam hati, matilah aku sesat lepas ni. Ha ha ha.....

Info: Topi Paris ni tinggalan terakhir sebelum peristiwa dicopek. Hairul (Ketua KC) cakap, aku kena copek sebab pakai topi bling2 ni......wakakakaka.

Oh ya, selain terima 'huluran' kengkawan, aku pon terima moral support dan tambang teksi & bas hingga ke saat2 terakhir perjalanan daripada Ruby, Nora, Wanie & Khai. Thanks to all of you!!! Owh and not to forget --- Sheni the Pakistani friend!!! InsyaAllah we'll meet again gurl!

Paris Cruise Time!!! (Kat pic ni, topi Paris aku je yang nampak --- he he he). Dari hadapan: Ruby, Nora, Khai, Wani dan Topi Paris Aku.

Berbekalkan duit yang kawan2 bagi, aku dok ulang-alik naik metro and beli lunch. Tak jumpa2 destinasi. Aku cuma ingat aku keluar daripada camp site naik bas 101. Tengok map, bas paling akhir ialah nombor 98. Bila aku tanya, mamat perancis jalanan tu cakap maybe aku duduk kat luar Paris. Aduishh.....seriously tak ingat!!!

Tapi fakta lain yang aku dapat buktikan ialah --- Orang Perancis tak sombong! Siapa kata orang Perancis sombong? Sume orang yang aku tanya, baik en francais ou englais --- sume cuba bantu. Petua dia cuma satu: Malu bertanya, Sesat jalan! Dan --- jangan blur sangat, mengharap kat orang! Kena ambil tahu nama tempat tinggal sendiri! Ha ha ha.


Aku dok tanya orang2 yang aku jumpa. Vouz-parlez englais? Kalau diorg geleng pun, aku cuba gak main game Win, Lose or Draw. Ha ha ha. Macam2 aksi aku buat untuk describe khemah. Last2 adalah jugak dalam 8 orang tolong aku translate dalam French. Diorang bawak aku ke tempat Information and bukak buku jadual tren untuk tunjuk jalan balik.

Rupa2nya aku silap ambil transport! Kena naik RER, bukannya Metro! Ho ho ho, padanlah tak jumpa2. Pastu nama tempat tinggal aku ialah Joinville le Pont bukan Jean-Paul!!! Wakakaka....hampehnye bebudak khemah! Korang pelat rupanya!!!

Diorang lukis balik perjalanan balik aku ke Camp de Paris. Dan alhamdulillah, aku selamat sampai ke campsite dengan satu lagi pengalaman berharga! Merayau seorang diri kat Paris tanpa tahu arah destinasi. Thanks to Kak Fida and Kak Dory sebab sudi offer diri untuk temankan aku uruskan hal passport. Bukan aku tak mau, tapi diorang sumer perhabis duit datang dari jauh. I didn't want to spoil their vacation jek.

Best??? Of course BEST. Aku tak tipu. Seriously best giler. InsyaAllah, next time aku sampai, aku akan pastikan aku dah boleh cakap fluent francais and visit tempat2 yang aku tak sempat pergi!!!

I Heart Paris.

p/s: Balik Malaysia nanti insyaAllah aku akan contact you ols especially Kak Fida and Kak Dory!!! Missing you guys already.

No comments:

Post a Comment