Sunday, April 18, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah: Roti Canai Sedap!

Sape kata aku tak pandai masak? Hari ni lepas bangun pagi je, Uje called. Tanya samada aku nak beli breakfast ke tak? Aku terus tanya ibu sihat atau tak. He he he --- sebenarnya ibu merajuk ngan aku sebab aku tertido masa dia suruh aku picit pinggang dia. Alaa --- aku bukan sengaja pon! Tapi ibu nye tahap sensitivity lately ni makin bertambah lak. Mungkin betul gak cakap doc dulu, aku sepatutnya dah prepared lama dah. Ada kene ngena dengan berpuluh2 jenis ubat yang ibu terpaksa ambil tiap2 hari.

Uje cakap, ibu takmo datang umah depan. Tapi kalau malas nak keluar beli breakfast, boleh masak roti canai je yang ada dalam peti ais kat umah nenek.

Knowing that itu je cara aku nak pujuk ibu, aku terus cakap, "Uje, ajak ibu datang umah depan. Angah buat roti canai!!!"

Aku tahu, Uje pon terkejut sebab ni lah 1st time dalam hidup aku setuju pegang sudip ngan kuali. Cubaan memujuk aku berjaya!!! Ibu dah tak merajuk, maybe sebab lapar kot? He he he. Dan aku, mulakan dengan bismillah --- jeng jeng jeng! Walaupun asap hangit penuhkan ruang dapur nenek aku, dengan bangganya roti canai yang aku goreng MENJADI!!! Sedap lak tu!

Rahsia Roti Canai Sedap: Api tu kene make sure pandai jaga. Nak kasi garing sikit, lembut banyak!


Nenek siap puji. Sempat lak diorang mengutuk Nek Dah yang wat roti canai tu minggu lepas keras berdentum. Muahahaha --- aku dengan muka sombongnya, cakap, "Sapa kata angah tak pandai masak?"

Rahsia sedap hanya satu. Masak dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang. Chewaaaah!!! Lepas roti canai tu keluar daripada kuali, renyukkan dulu dengan kertas. Bagi lembut dan senang untuk dimakan. (Plus untuk serap minyak yang terlebih tu). Maklumlah, gigi nenek aku dah makin kurang. Kang buat garing2 kena marah pulak.

Walaupun bertahun2 ni aku hidup dengan kutukan dan gelakan keluarga aku, Nit ngan Mona (housemates aku masa kat UM) sebab tak pandai masak --- aku tetap pekakkan telinga. Aku malas nak gadoh. Aku ni suka makan je. Masak, tak mahu! (Bukan tak tahu!). Lagipun aku tak suka panas ngan percikan minyak tu! Dari dulu, suma ahli keluarga aku memang pandai masak. Baik aku cari speciality lain yang orang lain takde. Jadi, sejak kecil --- bila suma orang masuk dapur, aku sorang duduk kat ruang tamu untuk tugasan mengemas rumah. Bukan susah pun kemas, selit2 je sume barang dalam lipatan sofa tu! Muahahaha.

Satu lagi speciality aku yang orang lain tak tahu, aku pandai wat sushi. Kat HLB dulu sebab aku perasan nak kawen ngan orang Korea --- aku beria2 belajar dalam YouTube cara2 membuat kimbap roll. Aku letak timun, potong2 ikan, mayonaise, thousand island --- bla bla bla. Asal ada event yang melibatkan makan ramai2 je, aku kena paksa wat sushi. Bebudak opis lama aku tu memang main ceneke (tipu) --- ahahah --- diorang bawak roti nan, kari ngan nasi putih je!

So, moralnya di sini: Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih

Kalo skang ada jejaka idaman hati yang cakap suka makan pizza ngan sambal belacan pun, aku sanggup belajar dengan tekun! Buat sampai sedap. Tapi kalo tiap2 kali soh buat, asyik2 muka Nitti-Si-Kaki-Ngutuk-Aku tu --- hmm --- letihla. Satu je yang aku jawab, "Aku Tak Pandai Masak!"

Note: Aku lupa nak cakap, aku goreng roti canai segera je. Ha ha ha ha ha. Bukan uli tepung dari mula!

4 comments:

  1. ada improvement nmpk!! at least tak takut dah ngan percikan minyak...tp yg penting..kuar la sikit duit beli kuali cantik sikit...hehehe

    ReplyDelete
  2. Ooo ko komen nenek aku nye kuali! Itu harta pusaka arwah atuk aku tau! Aku bgtau nenek.

    ReplyDelete
  3. masak untuk akak plak yer lepas...
    teringinnya org masakkan

    ReplyDelete