Thursday, April 22, 2010

Family Day 2010

Berapa jam je lagi!!! Tak sabar tapi sempat ke???

Aku nak tulis panjang2 tapi mata aku dah ngantuk. Dah tak larat. Tapi keje mengedit masih belom siap. Hari ni Group Lakonan (CRM + eP) stayed back sampai lepas maghrib. Masing2 muka letih tapi aku touched gila sbb diorang tetap nak stay and balik sama2. Thanks a lot to Nitti, Gerds and Kak Ita!!! Kak Zimah and also adik Farah! 

Korang bebetul wat aku terharu --- huhuhu --- memang aku mengong beberapa hari ni kerana terpaksa menggodek benda2 yang teramat leceh. Banyak woo.....Esok rasanya tak jadi nak ke sana 8.30am. Aku terpaksa ngadap En Fendi laa mintak excuse. Movie untuk dinner lom siap! Esok petang terpaksa lah ajak Nitti ke sana lepas semuanya selesai. Hmm --- Nitti nampaknya dah mula demam petang tadi. Pressure kot sebab banyak keje lom selesai.

Checklist aku:

1) Music background Ramzi
2) Compile senarai pengangkutan peserta
3) Loading barang2 untuk dibawa ke Selesa @ 8.30am esok
4) Music untuk senamrobik (f/up dengan Warda esok)
5) Slides untuk pre-dinner
6) Movie untuk sesi Down the Memory Lane
7) Preparation : Games masa dinner (dengan Farah & Nitti)
8) Uruskan pengangkutan Mangay, Lei Chin and Mdm Khoo   Thanks to Kak Zimah yang sudi tolong!
9) Slides AJK2
10) Movie & Slide persembahan - Sindelellah the Musical - in progress
11) Music background : Digital audio
12) Emailed War Cry Group 1 & Cheer Song Kumpulan (Gooooooo C3!!!!)

Bila aku kira2 balik, patutla rasa cam nak pengsan. Aku tengok balik senarai nama AJK, baru perasan. Hmmm ---- patutnya aku kene belajar cara2 jadi orang tegas. 

Walopon belum mula, kitorang dah rasa penat giler. Yang penting, objektif utama kitorang buat Family Day ni. Aku memang dah rasa gak keseronokannya bersorak-sorai. Especially hari ni kumpulan aku tambah lagi pakaian seragam group kitorang. Habih aaa --- aku dah tried tadi, ada jugakla rupa Gaban / Kesatria Baja Hitam! Muaahahhaha!!!! Ni semua bahana gelakkan Uniform Group Nitti yang pakai topi nyonya pergi sawah tu. 

Thanks to Kak Imah yang sporting + best belanja kitorang! Kak Zimah pon terbaek sebab ada sponsor key merah. Dengan segala kelengkapan yang ada, aku berikrar akan menjadi Gaban yang terhebat di muka bumi ni!!! He he he. Aku? Hmm --- tengah sengkek ni. Aku tak sponsor pape. Tapi aku akan sumbang dari segi sorakan terkuat! Ha ha ha. Aku dah prektis habis2 cheer kumpulan nye steps yang ada gaya2 orang sumo tu.

Kesatria Baja Hitam! Jangan gelak wooo!!! (Seb baik takde orang nak sponsor pedang Star Wars! =P)

Untuk malam tu, group aku wat persembahan lakonan lawak: Sindilellah the Musical. Ideanya aku ciplak idea masa aku skolah dulu tapi lepas discussed ngan team members, jalan cerita dah jadi lagi lawak + hampeh! Ha ha ha --- lantaklah! Asalkan kitorang FUN kat atas tu and orang lain gelak nengok kitorang. Bukan senang nak nengok kitorang wat lawak bodoh. Aku dah buat latihan tahap maksima untuk tebalkan kulit muka (walopun dah tebal!). 

Aku sendiri nak tercekik baca skrip aku. Diorang ni balas dendam kat aku eh?  Watak aku memang banyak memalukan diri sendiri. Habislah saham.....Wakakaka.....masa dubbing suara, aku nye gaya memang mengalahkan Director tapi bila aku sendiri rakam suara aku, baru tau betapa susahnya nak belakon. Sorry geng! I lupa daratan!!!  Gila kuasa pon ada gak masa jadi Tuan Direktor tu. Hahaha, now ni...... watak aku dah jadi badut. Siap kene layan hindustan atas pentas. Memanjang je nyanyi tak sedap, kene cakap loghat Perlis and banyak babak kene dera and pukul ngan Family Enterprem aku.

Adik-beradik dari kiri: Sindilellah Enterprem, Sititipipi Enterprem & Sijalabung Enterprem

 Aku, Nitti & Gerds dengan gaya A.P.O.N.S

Watak: Putera Raja Zai Zai Zai Zai

Watak yang aku tak sempat nak snap pics ialah Nujum Pak Beram-Ram Bau Dia (Ramzi), Mami the Jem (Kak Zimah) ngan Pari-Parita (Kak Ita). 

Ha ha ha --- seriously, aku tak sangka diorang ni setuju buat bende lawok mengong ni. Aku takot pecah perut je atas pentas tu nanti. Memula kitorang dah penat prektis Thriller Dance MJ tapi ramai lak yang takleh bawak. Kaki terketaq2 nari. Tapi bila suggest lakonan lawak, suma jadi excited sebab jalan cerita asal Cinderella dah jadik lain. Nanti aku update lagi blog ni dengan pics sebelum dan sesudah. 

Kalau nak update more pics now, tak surprise. =P

Semoga kitorang suma cukup sporting nak proceed mende ni. Wish us luck!!! BEST!!!

Note: Aku pon nak ucap gak mekacih pada ms Hariah ngan Pip yang banyak gak bantu aku. Muaaahhhh to you all. Chaiiiyookkk!!!

No comments:

Post a Comment