Sunday, September 30, 2012

When Yu-Ri Gangnams


See...like tuan, like kucing!!! Let's gangnam!!!



Tuesday, September 4, 2012

Ikan Patin Kukus Sedap - "Cooking for Dummies" by Cruzeelicious

Kali ni aku cuba lak resipi Ikan Patin Kukus Sedap.
Memula sediakan ini --- rezeki Allah SWT bagi, beli 2 ekor ikan patin ni dengan harga RM5.15 sahaja. Aku yang tak pernah beli ikan, ingatkan normal. Bila balik umah, kakak aku dok bising. Camne leh harga ikan patin ni murah benar....

Ikan Patin
Perap ngan bawang merah, halia, garam, perahan limau and taucu
Kukus laa sampai ikan tu masak
Pastu hias laa ngan daun limau kasturi, cili pelbagai....WoW!!! Jom mamam!!!




Pâtes des Courgettes - 'Cooking for Dummies' by Cruzeelicious

Pâtes des Courgettes ni samalaa maksud dengan Zucchini Pasta. Aku kasik bunyi sedap sket je, ala2 en Francais gitew.

Hujung minggu lepas, orang sebok beraya, aku pon sebok gak mengeksperimen skill 'Master Chef' aku yang lama terpendam. Hahaha --- boleh la dikatakan kali pertama masak dalam hidup.

So, ini session aku namakan 'Cooking for Dummies - by Cruzeelicious'. Bukan senang aku nak masok dapor. Aku tak sure, samada pompuan lain ada tak yang sama cam aku. Hahahah. Bukan tak minat masak, aku ni tak suke berebut ngan orang lain. (Alasan, uols!)

Kluarga aku --- Along, Kak Dah, ibu ngan Uje sume pandai masak. Masa kekecik dulu lak, time2 cuti semester tu, konon balik rumah nak tolong ibu masak tapi asal masuk dapur ada je minor accident berlaku. Last2 semua orang soh aku dok depan umah, kemas ruang tamu laa, kemas meja makan laa, kemas segala'.

Dan yang paling penting, minat nak masak tu lambat benor nak sampai --- hinggalah setelah 30 tahun lamanya, lepas aku nengok citer Master Chef tu (yang oversea version punya haa....). Orang kuat berangan cam aku, biasalaa --- asal nengok movie je, mesti nak berangan ikot heroin movie tu. Golfer aku dah penah, princess dah, FBI dah dan kali ni, berangan jadik Master Chef lak. Phuhhh, penuh bergaya!

So, ini hasil yang pertama. Puas aku kira2 calories intake supaya makanan ini boleh dimakan dengan sihatnya.

Bukan susah uols, fettucine tu dimasukkan dalam air panas yang dijerang sampai dia lembut dan tukar warna kekuningan. Sosnya pulak, campurkan saje ingredients penyedap rasa....pape jenis bawang yang rasa2nya menyedapkan...sikit je garam....sos tomato puri nak kasi rasa masam sket.... zucchini dipotong2.... uols nak tambah mushrooms ke, daging or ayam boleh, tapi itu calories pon akan bertambah gak.

Bab hiasan lak, pepandai laa letak pape yang boleh naikkan seri makanan tu. Cam aku, aku cabut je daun pudina yang kakak aku tanam kat luar umah. Kasi naik itu warna hijau.....

Food : Pates des Courgettes (Zucchini Pasta) with Tuna
Energy150 calories
Ingredients :
1) Fettuccine
2) Tomato Puri / Sos + Zucchini 
3) Tuna
4) Daun pudina
5) Bawang Putih
6) Garam

Tadaa!!! Hasilnya, bolehlaa dimakan begitu saja! Nyum nyum.

Wednesday, August 22, 2012

Muara Hati by Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza

Member aku Mail baru dengarkan lagu ni kat aku pagi tadi. Sedapnyelaa.....ngam sangat aa ngan jiwa aku. Cewaaahhh. Ni OST untuk citer bersiri Adam & Hawa.


Lirik Lagu: Muara Hati - Hafiz ft. Siti Nurhaliza

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati

Korus:
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Hoo uuu..

Aku ada kerna engkau ada
Tercipta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

Wooo....hoo..

[Ulang Korus]

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Hoo....

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta..

Tuesday, August 21, 2012

Duit Raya: Mulut Punya Pasal =P

Yeaayyyyy!!! Selamat Hari Raya uolsss!!!

Ni yang rasa nak menyanyi lagu raya pepagi buta. Hihihi suke hati sangat ni. Datang opis lambat, jalan masih lengang. Parking kat opis pon sunyi sepi uols! Kalo tetiap hari camni, iolss mmg semangat-prebet sangat nak datang keje.

Yiiihhhaaaaaaaaa!!!

Bende pertama aku buat sebaik je sampai kat opis ni ialah mencari sampul yang berisi duit raya. Sampai tertonggeng2 bawah meja. (Long, den dah jumpe duit raya den!!!)

Adoiiiyaaiiii.

Ni semua mulut aku punya pasal lah! Gatal sangat dok sebut kat sumer orang. Sume pakat usik aku baik benor bagi duit raya kat bebudak. Nak cover macho punya pasal, aku guna jawapan template: "Tahun ni tukar duit raya sebab nak dapat duit baru je. Takmo bagi kat bebudak yang datang beraya sangat."

Rasa cam nak pisau2kan je mulut aku.

Raya Pertama --- bebila budak2 datang umah, gubra aku mencari2 duit raya. Memangla takmo galakkan sangat bebudak zaman skarang beraya semata2 duit raya. Tapi bila aku terkenang2 zaman kecik2 aku, tak sampai hati!!! Naseb baik la Along ada extra duit yang aku leh pinjam.

Bila dah tua ni, boleh lah cakap, "Apalah sangat duit raya seangpau serumah tu!"

Masa kecik2 dulu, sebab duit rayalah aku sebok nak pegi beraya!!! Sampai merajuk2 ngan adik-beradik aku, kalo duit raya aku tak sama banyak ngan diorg.

Orang len dok sebok masuk duit ke dalam angpau sebelum Raya, aku ni baru nak terhegeh2 masukkan skarang. Hujung minggu ni target aku, nak huluq gak kat sepupu2 kecik, sedara-mara yang aku jumpe masa 'sesi melawat sanak sedara terchenta'.

Note: Bukan pasal nak terapkan kat bebudak pasal budaya duit raya tapi nak bebudak seronok dan ada mende yang boleh dikenang masa diorg dah tua. Daripada bebudak skarang takmo beraya dan dok memerap kat umah main Angry Bird kat iPad tu.......

Umpama beraya tanpa lagu rayalaaa.....tak lengkap! =P

Pesanan untuk diri sendiri, mulut kita, doa kita. Lenkali takyah maintain kewl kat orang. Aku memang berjiwa kolot dan tradisional. Aku suke bagi duit raya. Dapat duit raya --- lagilah suka!!! Ngaku je laaa...

Peace uols!!!

Thursday, August 16, 2012

Jumaat yang Sangat Touching

Awal pagi hari ni, aku sampai opis buat rutin seperti biasa. Hari ni dah bertambah best sbb orang tak ramai pon keje. Yiiihaaaaa!!! Aman sangat.

Bila 'adik kesayangan' aku sampai, as usual dia akan tegur dengan ramah dan senyum lebar. Mood aku pon sangat bagosss dan aku pon sambut dengan ramah mesra giler.

Tetiba Aminah (bukan nama sebenar) datang ke meja aku. Kasik satu beg.

Jeng jeng jeng!!!

Serious giler --- sangat touching. Baru aku tahu perasaan jadik sorang cikgu + kakak. (Kunun laa cikgu!!!)Hahahaha. Tapi betul babe, seb bek tak meleleh je air mata den ni haa....terharu giler.

Maruku dan Kad Raya Spesyel daripada Aminah (siap ada lagu Raya woooo....)

Note: Silalah klik kat pic tu utk nengok apa Aminah tulis yang wat aku sangat terharu. (Huhuhu....btw, nama Aminah telah aku delete.)

Sunday, August 12, 2012

Selamat Hari Merdeka!

Sibuk dengan persediaan sambutan hari merdeka, aku sesaja snap pic ni. Dalam keluarga aku, nenek sorang je yang baca suratkhabar. Excited nampak muka cucu dia terselit --- dia framekan tros.

Kunun masa ni, patiklaa yang bg idea jahit baju ala2 bendera Malaysia tu. Auuwww....

1997: Sambutan Hari Merdeka kat skolah den. Abaikan ler jambul busuk ala2 Rosmah tu.