Friday, April 2, 2010

Pendapat Aku Terhadap Ibu Bapa Yang Garang Terhadap Anak-Anak?

Aku selalu jugak ditanya soalan-soalan yang aku susah untuk menjawab. Maklumlah, manusia ni rambut saja hitam tapi yang lain-lainnya memang berbeza! Pendapat masing-masing tentang sesuatu perkara tu dah tentulah tak semuanya sama!

Hari ni dalam pada saat-saat memeningkan kepala, ada rakan sekerja yang tanya aku soalan, "Apa pendapat aku dengan ibu bapa yang garang terhadap anak-anak?" Argghhh --- berapa kali daaa nak hadap soalan-soalan yang cenggini? Biar je lah orang-orang yang dah kahwin and ada anak jawab. Naperlah nak beratkan kepala aku? Dah ada anak baru aku boleh jawab. Bukannya apa, aku dah beberapa kali juga menjawab soalan yang sama, dan endingnya, orang yang menyoal tu akan mempertikaikan balik pendapat aku.

Mungkin cara aku membesar memang terlalu beza dengan kawan-kawan aku yang lain. Dari pemerhatian aku sendiri pun, aku memang tak berapa setuju dengan cara kawan-kawan aku sendiri membesarkan anak masing-masing. Tapi --- tu anak diorang, buat apa aku nak menyibuk kan? Aku garang dengan budak-budak???? Memang betul pun! Ha ha ha, aku suka tengok budak-budak takut ngan aku. Bila takut, sekurang-kurangnya kalau diorang menangis aku boleh pura-pura angkat tangan --- diorang akan terus tahan nangis. But, walaupun dengan cara yang menakutkan tu, ada jugak budak-budak yang masih saaaayaaang ngan aku! Seriously!!! =P

Yang aku malas nak melayan soalan ni sebab diorang akan buat kesimpulan sendiri yang aku ni problem child yang datang dari problem family. Cheh!!! Ahaks, tapi lawak gak. Biarlah apa orang cakap, itu memang pendapat dia. Tapi kalau bukan sebab jadi problem child yang datang dari problem family, aku tak mungkin jadi 'manusia' macam sekarang. 

Sejak kecil lagi aku dan adik-beradik dah terbiasa dengan didikan ibu yang garang. Kitorang sampai gelar ibu "singa" sebab terlalu takut dengan ibu. Tapi tak pernah pula benci ibu sebab kitorang tahu ibu hanya akan marah kalau anak-anak buat salah. 

Hidup dalam keluarga kecil yang penuh dengan cikgu (arwah atuk aku, nenek dan ibu) memang agak mencabar. Aku sendiri selalu jugak jealous dengan kawan-kawan lain sebab ada ibu bapa yang sporting. Apa yang kawan-kawan aku buat, walaupun salah --- ibubapa diorang tak pernah pun hukum! Berbeza dengan aku dan adik-beradik, pantang buat salah, ibu pasti hukum. Kayu pembaris, pemukul lalat --- tu semua aku dah biasa! Itu belum lagi sampai bab2 keputusan periksa. Kawan aku dapat RM50 untuk satu A. Aku selalu jugak pujuk ibu supaya bagi kitorang tiga beradik hadiah yang 'menarik' macam tu. Dapat semua A dalam setiap matapelajaran pun, tak pernah dapat apa-apa. Tapi ibu cuma cakap, "Markah A tu lah hadiahnya. Kenapa nak bagi duit?"

Bila aku kenang-kenangkan, memang gelihati juga. Aku sekarang faham apa yang buat ibu terlalu tensed dan garang. Mana taknya, besarkan kitorang tiga beradik sendirian memang susah! Ibu amalkan prinsip guru besar kat umah. Aku masih ingat lagi, macam mana ibu hukum kitorang tiga beradik habiskan seperiuk bubur nasi seorang gara-gara tak hormat tetamu! Uje sampai muntah-muntah. Aku and along lak menangis-nangis tagih simpati. Mama Nor, jiran rumah sebelah puas pujuk ibu untuk maafkan kitorang. Tapi ibu tetap dengan caranya, "Ros nak ajar budak-budak ni."

Itulah ibu aku. Aku belajar menulis dan membaca masa umur empat (4) tahun. Aku masuk darjah satu masa aku umur lima tahun setengah. Tiga tahun aku jadik penghuni kelas darjah satu. Ha ha ha --- siapa kata tak boleh??? Nenek aku lah guru kelasnya!!! Setiap kawan yang aku ada, ibu akan tapis. Untuk pastikan anak-anak mendapat pendidikan agama dan tak bosan, ibu sanggup jadi 'ustazah' bebudak kat Jalan IB/5 tu. Ibu ajar kitorang mengaji dan sembahyang. Kalau tiba maghrib, ibu akan jerit dengan kuat, "Ayam Itik pun pandai balik reban masing-masing!" Sampaikan 'bapak-bapak' yang tengah melepak pun kecut-perut lari.
~
Cuba perhati 3 orang di tengah2: Along, Cikgu Nenek & Aku!

Menjadi seorang guru sekolah menengah kat Sg Buloh (kecil je Sg Buloh tu) memang dikenali ramai. Kompem sangatlah, aku dan adik-beradik terpaksa menjaga perangai masing-masing sebab rata-rata orang memang kenal siapa kitorang. Berita aku tergedik-gedik ketawa dalam bas sekolah pun boleh jadi kecoh. Tension wooo!!!

Bab2 pelajaran pulak, ibu akan pastikan setiap anak scored dalam periksa masing2. Kalau tak dapat nombor satu, mesti ada something wrong! Bukan ibu yang tentukan, tapi kitorang sendiri yang akan rasa macam tu lebih-lebih lagi kalau dapat Nombor "Selain-Daripada-Satu". Pernah jugak along and uje dapat 1st, aku lak dapat 2nd --- sangat tension! Macam dah jadi acara tahunan, tiap2 hujung tahun, aku, along ngan uje akan bergilir-gilir naik pentas untuk hadiah pelajar terbaik dan subjek terbaik. Itulah yang menjadi kebahagiaan ibu tiap-tiap tahun.

Orang mesti tak percaya, masa darjah satu, ibu paksa aku berdiri di depan kelas dan minta kebenaran teacher untuk menyanyi lagu English! Bayangkanlah!!! Aku ni memang pemalu sejak kecil. Menangis-nangis aku rejek tapi ibu paksa juga. Nak tipu ibu, tak de peluang langsung sebab semua cikgu kat sekolah aku tu dah jadi spy ibu! Jadi, nak tak nak aku terpaksa gak ke depan kelas tiap-tiap pagi ----

"Teacher, can I sing a song today?"
Teacher aku akan cubit dulu pipi aku, seperti biasa. Buat-buat tak tahu konon, padahal ibu aku dah telefon awal-awal bagitahu dia.
Aku pun mula laaa ---- sambil menggayakan aksi2 melampau --- lembu, kucing, anjing bla bla bla

"Hey diddle diddle,
The cat and the fiddle,
The cow jumped over the moon,
The little dog laughed to see such sport,
And the dish ran away with the spoon
."

Dah tentu kawan-kawan aku yang lain akan tengok aku semacam je buat pelbagai gaya depan kelas. Huaaaaaa ---- siapa kata best jadik anak cikgu wooiii???

Darjah Satu sampai Enam, ibu akan latih aku supaya jadi Juara Pertandingan Bercerita dan Talentime peringkat sekolah dan daerah. Aku ni ada penyakit nervous yang melampau. Bila berdiri depan orang ramai, mula laa kaki aku lemah and menggeletar. Kes lupa lirik and kaku atas pentas tu, dah terlalu biasa bagi aku! Along ngan Uje lak lebih ke arah pidato dan syarahan.

Walaupun ibu garang (mengalahkan singa), ibu tak lupa berikan yang terbaik pada anak-anak! Ibu hantar kitorang sekolah campur untuk belajar bercakap Bahasa Inggeris. Terkontang-kanting aku seorang bila satu kelas bercakap bahasa omputih kat SRK(2) DJ dulu. Di situlah kitorang belajar supaya tidak malu berbahasa Inggeris. Ibu hantar gak aku masuk kelas Taekwondo, Silat ngan Piano. Exposure, kata ibu! Nak kata ibu kaya masa dulu2, memang tak. Sebab nak gerak ke mana2 pun kitorang kene gilir2 amik turn bonceng belakang motor ibu. Tapi ibu gigih cari duit, jual rempeyek, jual kuih bahulu, kerepek pisang ngan kuih udang. Semua untuk besarkan kitorang. Aku sendiri pernah tolong ibu buat kerja pasang barang2 getah dari kilang dan ambil upah potong cili kering untuk jualan.

Bila besar, aku kenang balik zaman kecil dulu --- memang kelakar! Hasil daripada didikan ibu yang garang tu lah, adik-beradik aku boleh gak dikatakan berjaya masuk sekolah asrama penuh. Along masuk TKC, aku masuk SSP, Uje lak masuk Sek Men Sains K.Selangor.  Lepas tu, Along masuk UIA, aku ke UM dan Uje lak ke University of Washington. Dan sekarang aku dah nampak apa relevannya paksaan2 ibu masa kecil dulu. Ibu mahu semua anak-anak dia berani hadap orang. Ibu selalu pesan, bukan senang jadi perempuan. Perlu jadi perempuan berilmu untuk hidup supaya kalau ditinggalkan suami pun, kita masih boleh survive!

So, balik kepada soalan asal tadi. Yes, sehingga kini aku masih berpendapat ibu bapa kadang-kala PERLU bersikap garang dalam mendidik anak-anak. Aku takut dengan ibu, tapi aku tetap sayangkan ibu! Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri. Aku dah lihat macam mana budak-budak zaman sekarang yang biadap dengan ibu bapa. Tak payah jauh, aku nengok sepupu aku terjerit-jerit kat pakcik dan makcik aku (parents) dia, rasa macam tangan aku lak yang ringan nak pukul mulut dia. Dulu, kalau tinggi suara sedikit je dengan ibu, mesti kene pukul! (ibu panggil babab). And pukul tu bukanlah bermakna kena dera. Setakat pukul sikit je, sebagai anak kecil dah cukup untuk mengajar perbuatan yang dilakukan tu adalah salah.

Mulut aku sendiri pernah kena tenyeh cili api gara-gara ejek 'Mak Tina' pengasuh aku, dengan nama Orang Gaji. Ha ha ha --- itu memang salah aku sendiri! Ibu dah ajar banyak kali jangan biadab dengan Mak Tina, tapi aku yang degil.

Aku tak kata ini the best way untuk mendidik anak2 tapi sekurang-kurangnya memang berkesan. Ibu bapa zaman sekarang ni nak buat cara sporting tapi ter-salah cara. Akhirnya, anak-anak tu ter-jadik kurang ajar. Itulah yang berlaku pada kawan-kawan aku sendiri. Mungkin diorang tak perasan, atau mungkin diorg sendiri pernah lakukan perkara yang sama pada ibubapa diorg satu ketika dulu. Bagi aku, kalau seorang anak menjerit-jerit pada ibubapa diorang dengan kata-kata kasar, itu memang biadap. Tapi pelik gila bila aku dengar respon kawan-kawan aku sendiri, puji anak2 diorang yang tengah menjerit2 tu --- petah dan pandai bercakap. WTF????  Petah??? Pandai bercakap??? Bak kata Black Eyed Peas : What's wrong with the world, mama?

Apa pendapat korang eh?

Wednesday, March 31, 2010

DAYA SARING BAGI MAKLUMAT by Ustaz Nidzam Kadir

Have got this message via email from one of my LifeSifoo long time ago. Tengah clean up my mailbox and baru perasan terlalu banyak bahan penting untuk kegunaan masa depan aku yang belum aku baca. 

Menuntut ilmu biarlah hingga ke negara China. Aku memang pegang dengan kata-kata tu. Itu yang aku dengar berkali-kali dari ibu sejak kecil. Bila aku tanya kenapa pilih negara China, bukan Malaysia? Ibu mula dengan hujah panjang. Yang pastinya, kalau nak belajar biarlah habis. Janganlah separuh jalan. Dan untuk menjadi cemerlang dan tak terpesong, kita perlu punya daya saring.

1. Islam menyeru agar umatnya mencari ilmu. Termasuk dalam makna ilmu ialah maklumat, info dan sebagainya.

2. Namun bukan semua info yang diterima boleh dipercayai bulat-bulat.

3. Dalam surah al-Hujurat ayat 6, Quran mengajar konsep mencari bukti jika ada satu berita disampaikan. Dalam satu riwayat bacaan, Ia mengajar konsep mencari ketetapan.

4. Dalam riwayat sunnah, Nabi saw memberi kebenaran untuk meriwayatkan hadis daripada ahli kitab. Dalam istilah, disebut riwayat Israiliyyat. Namun Nabi memberi panduan agar jangan membenarkan ahli kitab dan jangan mendustakan mereka. Konsepnya agar disiasat terlebih dahulu.

5. Dalam satu riwayat hadis, Nabi saw bersabda mafhumnya : "Memadai bagi seseorang individu akan dosa jika dia menceritakan setiap apa yang dia dengar".

6. Konsepnya perlu ada daya saring terhadap setiap maklumat.

7. Hari ini, maklumat boleh diperolehi melalaui akhbar, majalah, buku, internet dan sebagainya. Sewajarnya ia tidak diterima bulat-bulat. Juga jangan ditolak begitu sahaja.

8. Fikir, kaji, saring dan ambillah yang terbaik. 

Saturday, March 27, 2010

Legioning Me

Hari ni hari aku menggodek barang2 multimedia. On and off dengan tido gak. Dari video ke website dan jugak grafik. Memang tetibe datang semangat rajin. Maklumlaa semalaman aku tido dengan nyenyaknya sbb tahap migrain yang melampau. Lately ni penyakit migrain aku memang dah pandai. Akan menyerang hanya pada hujung minggu. Apa daa....sapalah yang mengajar? Tak kasi can langsung aku nak mengambil mc doktor --- he he he.

Asalnya sebab aku mula mengatur movies yang nak di-download dalam JDownloader aku. Baru teringat cerita Legion ni belum lagi tengok. Tapi dah dengar banyak juga feedback orang kata tak berapa sedap. Hmm....layan je la nanti! Dalam pada berfikir-fikir pasal filem ni, aku dapat lak idea baru.

Okeh, gambor yang menjadi mangsa kali ni ialah gambor aku sendiri laa. Aku amik masa kat opis (Sabtu rasanya, sebab anak Kak Hazrita ada sekali!).


So, setelah dimekap2kan, terhasillah karya "Legioning Me" yang konon2 nya aku jadik penulis angel. Hantam sajalah. So, leh la aku selitkan kat memana posts yang aku update kat net.

Monday, March 22, 2010

Littlest Thing



Seriously i love this song. Sweetnya cam gula2.... =P wink~

Sunday, March 21, 2010

Ku Sangkakan Hujan Hingga ke Petang, Rupanya Dah Cerah Sejak Tengahari!

Aku cuti hari ni. Sebab kena hantar ibu ke PPUM. Keluar rumah as usual. It started bila aku bgtau ibu, aku terpaksa isi minyak and angin tayar. Ibu tak banyak citer, follow je.

Mula2 takde jadi apa2. Aku singgah ke Esso and pam minyak macam biasa. Bila aku alih kereta ke tempat isi angin. 1st tayar, 2nd tayar --- aku dah rasa pelik. Apa pasal makin isi, makin lembik ni? Bila aku tengok display screen, baru perasan ada tanda error. Sabar, ngah! Aku pun alih lak kereta ke sudut Esso lagi satu. Ada sebuah kereta lak tengah parking kat situ. Bila aku datang dekat, aku perasan couple yang dalam kereta tu pura2 tidur. Ah, lantakla! Siapa suruh korang parking kat situ untuk tidur?

Pam angin yang ini pun dua kali lima gak! Dah rosak agaknya. Angin tayar aku makin banyak keluar. Seorang lelaki in his 40s yang dari tadi pandang je aku tertonggeng2 kat tayar kereta datang. Dia nak bantu, katanya (mumbling). Dia pun samalah join kelab menonggeng aku. Kejap dia berdiri tengok reader, kejap lagi dia tertonggeng sebelah tayar. Aku punya bersyukur masa tu sebab ada jugak orang yang sudi menolong.

Lima minit. Dua puluh minit. Masa berlalu laju jugak pagi tadi. Muka ibu dah makin kelat. Aku tahu, mesti dia risau kalau-kalau tak jadi pergi hospital hari ni. Aku cuba buat lawak, untuk sorokkan kerisauan aku yang makin menjadi-jadi. 

Dalam pada kebusanan menunggu tayar yang tak kembung2, aku mula give-up. Lelaki tadi yang menolong pun macam dua kali lime je kalau dibandingkan dengan aku. Bila aku datang dekat, dia suruh aku berdiri sebelah reader. Hampir meletup gak gunung berapi aku bila lelaki tu suruh lagi aku tunggu. 

"Takpelah, encik. Saya pergi ke stesen Petronas pulak. Pam ni dah rosak agaknya. Dari tadi tak kembung2 pun tayar tu."

Tapi lelaki tu masih lagi belek2 tayar kereta aku. Buat aku punya darah makin gelodak. Dia ni dengar ke apa aku cakap?

Lelaki tu ada mumbling sesuatu. Aku tak ambil pusing pun untuk minta dia ulang. Sebab kepala tengah ligat fikir macam mana aku nak suruh lelaki ni ke tepi? Kalau gerak dari Sungai Buloh lambat, alamat kebas la kaki tekan brek sebab traffic jam.

"Encik, saya nak pergi Petronas. Terima kasih ya." Aku terus ambil punat penutup angin tayar dari atas kereta. Bila aku tunduk, terkial-kial aku cari mana pergi lubang angin tayar ni? Bila aku toleh, lelaki tu tunjuk2 je balik kat tayar kereta aku. Sungguh, memang tak dengar apa yang dia cakapkan.

"Mana lubang angin tu, encik?" Tanya aku.

Dia dah nampak sedikit gelabah. Tangan masih lagi tunjuk2 arah tayar. Aku pandang muka ibu aku. Mungkin ibu juga baru perasan yang lelaki tu macam ada masalah komukasi. Mungkin bisu, pelat atau tak fasih berbahasa kot??? Sebab aku langsung tak dapat tangkap apa yang dia cuba nak cakapkan. Aku cuba godek2 rim tayar aku. Heiii....pakcik ni macam dah bengkokkan muncung angin tu ke dalam rim. Sampai tak jumpa!

Nak marah, tapi aku tahu tak appropriate. Lelaki tu memang berniat nak tolong. Tapi tak sangka pulak makin burukkan keadaan. Puas aku mencungkil2 balik rim untuk keluarkan balik muncung angin tu. Dalam hati, memang aku mula berdoa. "Ya ALLAH, permudahkanlah jalan aku hari ini. Jangan kau duga lagi kesabaran aku."

Demi ALLAH SWT, kalau ikutkan panas hati, memang aku boleh jugak tempelak kat lelaki tadi. Mungkin dia suruh aku berdiri jaga reader tu sebab dia takut aku nampak dia dah ter'sorok'kan muncung angin tayar. Nasib baik tak patah! Hampeh la pakcik nih!

Lepas dapat keluarkan, aku terus baca bismillah and pandu kereta ke stesen Petronas. Yup, dengan dua tayar lembik! Alhamdulillah, selamat juga sampai. Nasib baik tak jadi apa2!

Ibu gelak. Mungkin gelihati dengar aku mengomel sorang2 pasal lelaki tadi. Aku tahu, niat orang tu baik tapi dah ditakdirkan pulak.....lain jadinya. Siap nak cover lagi, tu yang buat aku tak leh terima. Jam dah tunjuk kitorang dah lewat 30 minit.

Lepas isi angin, aku pandu balik heading to KL. And guess what ---- jalan jem teruk!!! Sangkut dalam jem je dah makan dalam satu jam! Adoiii ---- dugaan hari ni memang betul-betul mencabar kesabaran. Kena tunggu polis trafik sampai baru boleh gerak. Sepanjang tempoh 'stuck' dalam kereta, aku cuba pujuk ibu. 

"InsyaAllah bu, petang ni kita akan happy."

"Kenapa pulak Ngah?" Ibu tanya.

"Angah selalu cakap camni untuk sejukkan hati. Somehow it always turns right. Kita dah diduga macam2 pagi ni, mesti sebab ALLAH nak bagi kita relaks petang karang. "

Sampai kat PPUM, dalam tempat parking pun jem jugak! Arggghhhhh!!!! Memang dah takde jalan lain, aku ikut je la. Lepas tu, aku tunggu ibu kat tempat radiologi. Dia kena buat CTScan. Mentara menunggu, aku habiskan masa berfacebook dan mengambil snapshots kasut aku sendiri.

Tak sampai pon sejam, ibu muncul sambil tersengih2. Lapar, katanya. We had our breakfast kat cafe luar. Alhamdulillah jalan balik tak se-adventurous masa pergi. 

Sekarang pukul 12.20 tengahari ---- and mata aku dah mengantuk tahap world. Aku nak tidur dulu. Kalau la ada orang leh picit kaki, kan best??? Hmmm.....Zzz Zzz Zzz...Hari panas terik, disejukkan dengan air-cond bilik....waaahhh.

Pengajaran Hari Ini: 
1) Lain kali jangan isi angin and minyak last minute! Nasib baik bukan hari aku bekerja.
2) Statement ibu yang relates ke 'permintaan aku lekas2 kawen tu' ternyata SALAH! Kalau kawen semata2 nak suruh isi angin tayar, betulkan air-cond, tukar mentol lampu --- tu semua anak ibu dah master, insyaAllah!
3) Jangan marah pada orang yang berhati mulia yang sudi hulurkan bantuan. Tak baik!!! =P
4) Tapi kalau nak tolong orang, kena make sure jangan jadi tikus baiki labu!
5) Haa.....kalau nak tidur, tidur kat umah. Jangan tidur kat stesen minyak! he he he
6) Ku sangkakan hujan hingga ke petang, rupanya hari dah cerah sejak tengahari! (Betul la ni)

Kolaj kasut aku masa menunggu ibu kat depan radiology PPUM.

Thursday, February 18, 2010

KEK SPECIAL HANYA UNTUK MY ALONG

Hari ni 18hb Feb 2010.
Hari Jadi Along yang ke-22 ---- eh, 29 tahun!
HAPPY BIRTHDAY ALONG! Angah doakan Along panjang umur. 
 
Nothing much to share hari ni. Cuma, frankly speaking aku sangat happy. Banyak perkara yang buat aku happy........

Aku beli kek special ni dari Kak Zura. Aku tahu, since this is the 1st time dia buat kek ni, upon request, dia pun tak sabar and tertunggu2 aku punya comment. 

Kak Zura, thanks a lot! Chocolate Cheese Cake ni memang sedap. Saya tak tipu! Akak tahu kan, bab2 bagi komen, saya memang takkan bagi false comment. Kalau tak sedap, I will not say anything. He he he --- so kalau saya cakap sedap, trust me, it's a plain compliment.

Untuk Along, aku doakan biarlah tahap kesihatan dia meningkat sikit this year, insyaAllah. Along dah tolong aku agak banyak jugak......

Hopefully along and kak dah suka kek ni...... =P

Sunday, February 14, 2010

Family Portrait | SingSnap