Wednesday, March 11, 2015

Hidup Baru, Tanggungjawab Baru, Semangat Baru!!!

2 Ogos 2015.

Kalau aku nak kenang balik semua perkara yang dah berlaku tahun ni, macam tak caya je baru bulan Ogos! Banyak gile!

Sejak bulan Mac hari tu...lepas sambut birthday aku, arwah abah meninggal, ibu warded kat spital, athma aku asek said 'hi', gado2 ngn adik lelaki aku and gado2 lagi ngn kakak aku sebelum Raya...adoiii!!! (Yes, aku mengaku aku bukan perfect. Aku tak baik but at least aku cuba jadik a better person.) 

Memang dugaan tahun ni...aku berdoa sangat jadikan aku seorang manusia dan hamba Allah yang lebih kuat dan matang!

Aku tahu dan percaya, Allah SWT bagi aku semua ujian2 ni hanya untuk ingatkan dan rapatkan lagi aku pada Dia. 

Hidup ni tak lama. We never know bila kita akan pergi...kembali padaNya. Hidup hanya sekali and yes, we should enjoy it!

"Enjoy" pada definition aku ialah enjoy semua nikmat yang Allah dah bagi dengan sebaik-baiknya. Secara zuhud. Keluarga yang bahagia, umur yang panjang, kesihatan tubuh badan, redzeki yang melimpah ruah, kekayaan harta dan kecantikan luaran dan dalaman, perkongsian nikmat dengan sesama manusia, perhubungan dan persahabatan berkekalan and yang paling penting, iman dan asas agama yang teguh kat hati. Aku nak enjoy kat dunia, supaya aku leh enjoy kat akhirat nanti! Insha Allah.

Alhamdulillah, aku banyak belajar dan kenal diri sendiri. Aku nampak banyak sangat ruang yang perlu ditambahbaik. 

Bukan semua pengalaman kurang baik yang aku hadap tahun ni. Banyak jugak yang manis, dan sekiranya aku bukan orang yang tahu bersyukur, aku mungkin buta dan takkan nampak.

Sepanjang Mac sampai skarang, alhamdulillah:
1) Yup, berat aku turun agak banyak!!!
2) Penyakit athma aku dah lama takde
3) Aku ada lifestyle baru yang sehat
4) Ibu aku sihat gak
5) Aku dapat kenal lebih rapat ngn kengkawan skolah aku
6) Aku dapat banyak kawan baru ~wink!
7) Paling terkini...esok bermulalah a new chapter untuk aku kat tempat keje. Den baru nek pangkat! Yiiiihaaaa!!!

Sebelum ni, family, boh, kawan seopis, kakak2 angkat...adik2 angkat ngn abang2 angkat...ehhhh...sume bagi nasihat supaya balance kan life aku. Jangan asek keje je. Arwah nenek aku dulu pon suke membebel sbb cucu dia ni kuar umah lepas suboh, sampai umah dah nak masuk Isya'. Payah nampak matahari, katanya.

Skang, aku dah tukar semua priority hidup. Bermula Mac 2015...alhamdulillah sampai skang aku lebih fokus kat diri sendiri. 

Problemnya satu je skarang ni...hmm...esok aku nak report duty dengan post baru, tapi smangat keje aku ni dah merudum dah. Tak macam dulu. Acanner?

Aku ada sampai tengah malam ni untuk tanam balik semangat keje aku. Hidup baru, tanggungjawab baru, semangat baru...aku kene take this seriously. Aku takmo kene tanya kat akhirat nanti. 

I know I can do this!!!

Okay, i better start climbing!!! =p

Kepada Dia Kita Kembali

11 Mac 2015.

Allah...Allahu Akbar...

Pagi tadi adik lelaki aku telefon. Sangat mixed feeling sbb aku tatau sangat nak react macam mana dengan adik kecil. Nampaknya aku kene carik masa utk jumpa dia on weekends nanti.

Petang tadi ibu baru keluar dr ICU. Alhamdulillah, ya Allah. Hari yang memenatkan fizikal dan mental. Doktor bgtau asid dalam darah ibu agak membahayakan. Terpaksa buat dialysis. Bende yang kitorang paling takut nak dengar. Meleleh air mata ibu tadi.

Alhamdulillah, dialysis selama 2 jam je. Aku nengok muka ibu macam glowing lak. Takyah minum collagen dah. Hihihi.

Sampai umah, agak flat gak. Dengan hadap adegan2 kecil yg buat sesak dada sekejap, Athma aku sekejap. Sekarang dah ok. 

Baru dapat tarik nafas lega. Baru boleh proses apa yang berlaku. Baru perasaan sedih tu datang....

Abah aku meninggal hari Isnin, 9 Mac 2015, pagi jam 3am. Sempit rasanya aku nak bernafas bila teringat phone conversation aku ngan abah bulan Jan hari tu. Abah nak jumpa. Aku bagitahu, aku gi umah dia bulan Mac. Kenapa Mac? Sebab aku nak share bonus aku....

Bulan Mac abah pergi....

Hmm...I guess tak guna dah kalau aku sebut 'kalaulah aku tahu...'

Gila aku tak sedey???

I have to live sepanjang umur dengan ingatan ni. Itu hukuman untuk aku. Dah tak boleh nak edit untuk jadikan happy ending. Semoga arwah abah ditempatkan di kalangan muslimin yang beriman.

Ampunkan dosa Angah, for not being a good daughter to you, Bah. Agak2nye sempat tak abah maafkan dosa2 aku? Apa yang abah fikirkan sebelum pergi? Ralat gile rasanya.

Kata makcik, abah meninggal sebab athma. Pergi dalam tidur. Wallahualam.

Yang aku tahu, ini bukan masa untuk aku menyesal. Aku kene banyak2kan doa untuk abah. Itu je cara aku tebus balik dan sedapkan hati.

Dan, aku juga perlu pay more attention kat ibu. Permintaan ibu, jangan ditunda2. Takmo pisang berbuah dua kali.

Dari Dia kita datang, dan kepada Dia kita kembali. 

Sunday, February 22, 2015

Please Be Strong!

Mata aku ngantuk giler.

Hari yg penuh ujian.

Aku masih lagik kat KPJ Damansara sejak lepas maghrib tadi. Awal pagi dikejutkan dgn berita abah meninggal. 

Lom hilang penat dan panic, sambung lak dengan keadaan ibu yang tetibe susah nak bernafas.

Sedih tadi belum hilang. Skarang aku risau ngn takut. Pale pon masih sakit lagik sbb banyak nangis pagi tadi.

Malam ni ibu kene masuk ICU. Hmm...

Dalam pada mamai2 ni, aku bersyukur gak Along, Uje, Dhila ngn Kak Dah ada sekali.

Pale seriously tgh denyut2. Mata dah tunggu nak tutup. Allah, please jangan duga kami lagi hari ni.


Rena, be strong! 

Friday, February 20, 2015

Cuaca Panas Punca Heat Stroke?

Yup! Jangan terkejut, uols!

Sepanjang cuti Raya Cina ni aku kepanasan kat umah. Air-cond bilik belum repair lagi. Bertahan saja lah...

Ya Allah, macam mana la akhirat nanti? Matahari sejengkal dari atas kepala? Sekarang pun aku tak henti2 merungut. Cuaca yang sangat panas ni bebetul buat aku craving food yang manis2.

Wednesday, December 24, 2014

Selamat Hari Natal!

Saja nak wish semua kengkawan yang sambut Krismas --- Selamat Hari Natal dan Selamat Bercuti!

Bebudak kiut utk uols! =P

Indahnya, Kashmir! Part 1

Cerita aku kali ini tentang negara INDIA. Travel period: 22 - 30 Oktober 2014.

Okay --- meh aku citer dari mula. Kenapa India?

Secara jujurnya, aku pon tatau! Ramai orang tanya aku, memang payah aku nak jawab. Sebab I don't have the answer. Sebab negaranya kah? Sebab penduduknya kah? Sebab foodnya kah? Atau sebab Shah Rukh Khan? Errkkk. =P


Monday, November 3, 2014

Liebster Award by FAMF

Apokobondo eh Liebster Award tu?


Tetibe kene tagged. Sebelum aku proceed, aku kongsi dulu info pasal award ni.


Peraturan Liebster Award :


Qurbanku, Bakal Tungganganku di Padang Mahsyar

Entry ni actually aku dah drafted agak lama. Tak sempat nak publish.

Nak ucap "Salam Aidil Adha" macam dah terlambat lak.

Takpe --- takpe --- aku kongsi gak mende ni untuk tatapan uols.

Alhamdulillah, qurban tahun ni berjalan dgn lancar.

Frankly speaking, ilmu aku tentang qurban teramatlah cetek. Yang aku tahu, sejarah bermulanya qurban ada kene-ngena ngan Nabi Ibrahim a.s yang mengorbankan anaknya, Nabi Ismail a.s.

Wednesday, September 10, 2014

Perginya Seorang Teman...

Bulan Ogos yang terlalu banyak peristiwa....

Belum selesai dengan hilangnya MH370, satu dunia digemparkan dengan peristiwa sayu MH17. Dalam kesibukan dan semangat membara untuk menyambut kemerdekaan Malaysia, satu lagi peristiwa sedih yang aku terima....banyak pulak citer sedih bulan ni. 

Perginya seorang kakak, merangkap rakan sekerja....

Terlalu personal. Baru dalam minggu yang sama, aku hantar whatsapp message kat dia....tetibe terima mesej yang dia dah meninggal.


Wednesday, July 2, 2014

Si Ting-Tong Seronok Naik Lori!!!

Aku dah ngantuk sangat ni. Tapi jiwa aku meronta-ronta nak jugak share pengalaman berharga yang aku hadap hari ni.

Pagi tadi aku keluar macam biasa, gi keje dalam jam 6.00 am. Elok je keluar tol Jalan Duta, masuk exit kiri lepas Shell tu sambil melayan perasaan nyanyi ikut lagu kat radio....tetibe aku macam dengar bunyi drum kuat --- cam pelik lak tak blend dengan lagu. Ada bunyi cam bende meletup gak.

Pastu aku dengar bunyi hon kete. Aku perlahankan volume radio. Baru lah dengar dan rasa macam ada yang tak kene ngan kete aku ni. Rasa berat ngan goyang2 lak.

Tuesday, July 1, 2014

Kecanggihan App iMovie --- Daebakk!!!

Asalnya, aku saja nak nge-try app iMovie dalam iphone aku.

Bila godek2, baru perasan storage tepon aku ni dah nak crash lak. Jadik, aktiviti meng-archive piccas perlu dilakukan.

Kebetulan lak aku baru dengar lagu baru penyanyi Alyah ni --- Sesal Separuh Nyawa. Sedap gile. Jatuh jiwang leleh aku dengar. Aku terlebih rajin buat cover song untuk jadikan background music video aku neh. Aku ibarat seekor burung bangau jek. Terjerit2 syok-sendiri ha ha ha. Saja nak mengingatkan di sini, I don't own the music or the credits ya! 

Marah Itu Bara Api...

Aku baca ni daripada blog Darul Nu'man.

Di antara manusia itu ada orang yang lekas marah tetapi juga lekas redanya maka ini seimbang. Ada pula yang lambat marahnya dan lambat pula redanya, ini juga seimbang. Sebaik-baik kamu lambat marah dan cepat redanya dan sejahat-jahat kamu yang cepat marahnya dan lambat redanya.

Aku? Dalam kategori manalah agak-agaknya?

Sunday, June 29, 2014

Bertemu Lagi, Hai Ramadhan!

Alhamdulillah, umur kita dipanjangkan lagi olehNya sehingga sempat merasai nikmat bulan Ramadhan tahun ini. Semoga kita sempat melakukan amal ibadah sehingga ke akhir Ramadhan ini. Buat baik pada bulan ni, dapat pahala bertimpal2 uols! Jangan lepaskan peluang!

Kali ni aku nak kongsi dengan uols tentang bulan Ramadhan. Jom kita berebut2 mencari pahala bulan neh!

Aku dapat info ni dari Google...bukan sendiri buat eh.... =P

KELEBIHAN RAMADHAN

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: …Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu 

KELEBIHAN BERPUASA

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun Akhlaq sewaktu berpuasa.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni Allah tidak menerima puasanya) 


KELEBIHAN SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH 

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan: 

  1. Malam 1 - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah. 
  2. Malam 2 - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman). 
  3. Malam 3 - berseru Malaikat di bawah ‘Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau. 
  4. Malam 4 - memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AL-Quran. 
  5. Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa. 
  6. Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.  
  7. Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman. 
  8. Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam. 
  9. Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
  10. Malam 10 - Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat. 
  11. Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan. 
  12. Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya). 
  13. Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan. 
  14. Malam 14 - Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
  15. Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
  16. Malam 16 - Allah swt tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga. 
  17. Malam 17 - Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi. 
  18. Malam 18 - Seru Malaikat: Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).
  19. Malam 19 - Allah swt tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus. 
  20. Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin. 
  21. Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur. 
  22. Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar). 
  23. Malam 23 - Allah swt binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur. 
  24. Malam 24 - Allah bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud). 
  25. Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
  26. Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat. 
  27. Malam 27 - Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar. 
  28. Malam 28 - Allah swt kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat. 
  29. Malam 29 - Allah swt kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur. 
  30. Malam 30 - Allah swt beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’”.

Saturday, June 28, 2014

iHeart Movie: Maleficent 2014

Sebutan dia --> Ma-le-fi-sen.



Sebuah lagi filem Disney yang cuba menyingkap kisah sebenar di sebalik kekejaman villain dalam cerita Sleeping Beauty. Heroin dalam citer ni sudah tentulah villainnya, Maleficent.

Watak jahat dalam cerita ni nama dia Maleficent, dilakonkan oleh Angelina Jolie. Jarang nengok karakter jahat yang cantek woo!!!

iHeart Movie: Blended 2014

Baru je layan citer ni.

Satu lagi cerita romantic comedy yang aku boleh sarankan untuk tontonan keluarga. Pendapat peribadi aku, Adam Sandler ngn Drew Barrymore ni macam sesuai lak digabungkan bersama. Mungkin sebab dedua pelakon ni macam blur2-klakar kot. Filem 50 First Dates pun aku leh layan.

Doa Untuk Adik Muhammad Firdaus Dullah (dan juga kamu, Pn Lola)


Aku tahu kisah tentang adik Muhammad Firdaus Dullah, remaja OKU ni bila aku bukak FB. Friends kat FB, kebanyakannya shared posts tentang penemuan remaja OKU ni dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

Beberapa hari lepas tu, ada lagi blogger yang berkongsi pula pengalaman kisah sehari beliau bertemu dengan bekas penjaga adik OKU tu. Kemudian ada pulak rentetan-rentetan kisah pembelaan Pn Lola oleh beberapa pihak, ibu adik OKU yang dikatakan hidup susah yang melampau sehingga tidak dapat memberi sebuah kehidupan yang 'biasa' kepada anak pertamanya. Pastu ada pulak pendedahan mengenai gaji bersih bulanan Pn Lola, tudung2 Pn Lola, akaun FB dia dan jugak smartphone yang dimiliki. Perempuan, biar apa alasan kamu --- aku doakan Allah SWT memberi balasan yang setimpal. Dan kiranya kamu memang tidak bersalah, semoga Allah SWT membantu kamu menjadi seorang wanita yang tabah dan kuat iman. Kebenaran pasti akan dibuka. Dan yang paling aku tak boleh terima --- pembelaan Pn Lola oleh seorang artis yang dikenali dengan penghijrahannya dan pendapat2 berani yang kengkadang aku pun takut nak dengar --- last2 ada kaitan lak dengan kerajaan.

Tuesday, June 3, 2014

Mataku Lari Gagah Berani --- Errkkk

Penat. Nak nyanyi lagu Kak Pah pun tak larat. Sampai terlalut2.

Hari ni penat bukan sebab banyak keje. Biasalah --- keje memang ada pun, banyak ke sikit aku tak suke nak komplen. Sebab I'm paid to do the work!

Aku penat sebab aku tahan ngantok. Mata ni ---- adeehhhh tak larat dah. Dari pagi tadi, dia nak tutup. Sampai je opis, aku sempat tido gak dalam sejam. Sakit pale woo tahan ngantuk cenggini.

Semalam tido dalam sejam setengah je. Pedih betul nak bukak mata pagi tadi.

Monday, June 2, 2014

Jet lag

02/06/2014
Tolong...........................
Aku takleh tido!!!!!!!!!!!

Dah jam 3.30 pagi. Ada 1.30 jam je lagi untuk aku siap2 ke kerja. Allah, tolong!!!

Berapa kali aku bukak tutup cerita bersiri Arrow ni. Dah habis Season 1, aku sambung pulak Season 2. Mata masih tak mengantuk. Pertama kali aku Jet lag. Huaaaaa. Padan muka. Aku suke kata orang mengada2.

Apa itu Jet lag?

Friday, May 30, 2014

London Trip : Day 9 Home Sweet Home, Malaysia!

28/05/2014
Back to Reality!


There's no place like home! True...


Walau sejauh mana aku berjalan, rasa cinta dan rindu kat umah atau negara sendiri semakin kuat pulak. Aku rindu keluarga, cuaca, makanan2 sedap, orang2 sekeliling aku, dan rumah aku kat Kampung Kuang tu.

Wednesday, May 28, 2014

London Trip : Day 8 Walk the Red Carpet

27/05/2014
Live the Celeb's Life. Click! Click! Click!

It was awesome!!! Met lots of stars in the Madame Tussauds London. Dhila got us discounted tickets --- using the 2 for 1 London ticket --- hihihi --- each ticket costs abt 15 pound. 

It was raining, luckily we brought our umbrellas along. The queue --- phewww it was quite long and we had to wait for about 30 minutes to get into the building.