2 Ogos 2015.
Kalau aku nak kenang balik semua perkara yang dah berlaku tahun ni, macam tak caya je baru bulan Ogos! Banyak gile!
Sejak bulan Mac hari tu...lepas sambut birthday aku, arwah abah meninggal, ibu warded kat spital, athma aku asek said 'hi', gado2 ngn adik lelaki aku and gado2 lagi ngn kakak aku sebelum Raya...adoiii!!! (Yes, aku mengaku aku bukan perfect. Aku tak baik but at least aku cuba jadik a better person.)
Memang dugaan tahun ni...aku berdoa sangat jadikan aku seorang manusia dan hamba Allah yang lebih kuat dan matang!
Aku tahu dan percaya, Allah SWT bagi aku semua ujian2 ni hanya untuk ingatkan dan rapatkan lagi aku pada Dia.
Hidup ni tak lama. We never know bila kita akan pergi...kembali padaNya. Hidup hanya sekali and yes, we should enjoy it!
"Enjoy" pada definition aku ialah enjoy semua nikmat yang Allah dah bagi dengan sebaik-baiknya. Secara zuhud. Keluarga yang bahagia, umur yang panjang, kesihatan tubuh badan, redzeki yang melimpah ruah, kekayaan harta dan kecantikan luaran dan dalaman, perkongsian nikmat dengan sesama manusia, perhubungan dan persahabatan berkekalan and yang paling penting, iman dan asas agama yang teguh kat hati. Aku nak enjoy kat dunia, supaya aku leh enjoy kat akhirat nanti! Insha Allah.
Alhamdulillah, aku banyak belajar dan kenal diri sendiri. Aku nampak banyak sangat ruang yang perlu ditambahbaik.
Bukan semua pengalaman kurang baik yang aku hadap tahun ni. Banyak jugak yang manis, dan sekiranya aku bukan orang yang tahu bersyukur, aku mungkin buta dan takkan nampak.
Sepanjang Mac sampai skarang, alhamdulillah:
1) Yup, berat aku turun agak banyak!!!
2) Penyakit athma aku dah lama takde
3) Aku ada lifestyle baru yang sehat
4) Ibu aku sihat gak
5) Aku dapat kenal lebih rapat ngn kengkawan skolah aku
6) Aku dapat banyak kawan baru ~wink!
7) Paling terkini...esok bermulalah a new chapter untuk aku kat tempat keje. Den baru nek pangkat! Yiiiihaaaa!!!
Sebelum ni, family, boh, kawan seopis, kakak2 angkat...adik2 angkat ngn abang2 angkat...ehhhh...sume bagi nasihat supaya balance kan life aku. Jangan asek keje je. Arwah nenek aku dulu pon suke membebel sbb cucu dia ni kuar umah lepas suboh, sampai umah dah nak masuk Isya'. Payah nampak matahari, katanya.
Skang, aku dah tukar semua priority hidup. Bermula Mac 2015...alhamdulillah sampai skang aku lebih fokus kat diri sendiri.
Problemnya satu je skarang ni...hmm...esok aku nak report duty dengan post baru, tapi smangat keje aku ni dah merudum dah. Tak macam dulu. Acanner?
Aku ada sampai tengah malam ni untuk tanam balik semangat keje aku. Hidup baru, tanggungjawab baru, semangat baru...aku kene take this seriously. Aku takmo kene tanya kat akhirat nanti.
I know I can do this!!!